DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG


“Saudara-saudara sekalian!”

“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”


“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”


“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

Tawau,Sabtu: Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah melancarkan Program Masyarakat Prihatin pada 24 Oktober 2009 yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan masyarakat yang tidak berkemampuan di cawangan-cawangan yang telah dikenal pasti.Program itu yang dikendalikan oleh Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan akan memberi bantuan berupa barang-barang keperluan dapur kepada 10 keluarga di setiap UPU selama setahun bermula bulan Oktober ini.

petugas sedang memasukkan barang-barang sumbangan ke dalam beg plastik

Seramai 100 buah keluarga daripada 10 UPU dijangka akan terlibat dalam program ini yang menelan belanja sebanyak RM60,000 hasil sumbangan orang ramai dan juga ahli PAS di Kawasan Tawau ini.Bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan melalui cek ataupun wang tunai,boleh lah terus masukkan ke dalam akaun bernombor 10025010011767 ( BIMB ) atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

Sdr Mohd kasman sedang memberikan ucapan ringkas

Semoga segala usaha dan bantuan yang kita lakukan ini akan diberkati oleh ALLAH SWT.Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan usaha murni ini.

Sumbangan dihulurkan tanda persaudaraan dan kasih sayang


Alhamdulillah Konsert kesenian Islam yang dianjurkan ole Dewan pemuda PAS Tawau telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai walaupun ianya dibuat pada sebelah malam dan bukan hari cuti am.

Seawal jam 8 malam orang ramai dari segenap lapisan masyarakat telah mula berbaris di pintu masuk Dewan Masyarakat Tawau.Apa yang paling menggembirakan ialah golongan remaja adalah kelompok paling ramai menghadiri konsert tersebut.Syukur pada Allah,sekurang-kurangnya
kami tahu bahawa program-program sebegini masih mendapat tempat di hati para remaja walaupun yang hadir pada malam tersebut datangnya daripada pelbagai karektor dan penampilan tetapi mereka tetap akur dengan syarat yangdikenakan oleh pihak penganjur yang memisahkan kedudukan penonton muslimin dan muslimat bermula dari pintu masuk tanpa banyak soal atau bantahan.Ada yang datang dengan teman wanita pada malam tersebut juga tidak membantah apabila dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang syarat tersebut dan mereka mematuhinya sehingga habis persembahan.

antara watak-watak utama di sebalik kejayaan konsert kali ini..ramai lagi wajah-wajah yang tidak dapat di paparkan di sini atas beberapa sebab..

Bagi pihak penganjur,kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana telah sudi mengawal keselamatan sepanjang konsert berjalan.


gunung sama didaki,lurah sama dituruni

Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan semasa konsert ini berjalan.kami selitkan sedikit gambaran suasana di malam konsert tersebut untuk tatapan sahabat yang tak dapat hadir kerana keuzuran dan sebagainya...

Golongan remaja berbaris panjang di pintu masuk

"Berhibur cara islam",tema konsert kita pada kali ini bukan sekadar retorik sahaja tetapi ia dibuktikan dengan tindakan dan perlaksanaan.Pihak penganjur telah mengambil pendekatan yang berani dengan memisahkan kedudukan antara muslimin dan muslimat bermula di pintu masuk lagi.



Para tetamu mula mengisi tempat duduk seawal pukul 8 malam lagi..



gerai-gerai jualan juga dibuka untuk para pengunjung konsert


Bagi memastikan Konsert Kesenian Islam yang berlangsung pada 21 Oktober 2009 ini berjalan mengikut lancar dan tidak melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan dalam Islam maka pihak penganjur telah memutuskan agar tempat duduk para penonton yang datang menyaksikan konsert tersebut dipisahkan kepada 3 kategori,iaitu:

1. Tempat duduk penonton Muslimat
2. Tempat duduk penonton yang berkeluarga
3. Tempat duduk penonton Muslimin

Berikut lakaran gambarajah tempat duduk dalam dewan itu nanti ;




"MOHON MAAF GAMBARAJAH KURANG JELAS "

Tinggal lagi 2 hari menjelang Konsert Kesenian Islam yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Dewan Pemuda PAS Tawau bermula.Debaran semakin kencang kerana masing-masing bimbang tentang sambutan yang bakal diterima daripada masyarakat Tawau.Ialah..sekarang ni kan 'time exam' bagi para pelajar,dah la gitu konsert tu pula dibuat pada hari bekerja,mujurlah ianya dibuat sebelah malam..harap-harap ianya mendapat sambutan.Ramai yang bertanya,ngapa tidak dibuat pada hari cuti,so jawapannya ialah tarikh tersebut Nazri Johani yang tentukan bukan pihak penganjur, so kita teruskan je gerak kerja untuk menjayakan konsert ni,yang lain tu kita serah je pada ALLAH SWTkan..


Kita terima tawaran untuk menganjurkan Konsert Kesenian Islam ni kerana nak memberikan alternatif kepada masyarakat terutama sekali golongan remaja yang gemar kepada hiburan. Ianya juga sebagai menjawab persoalan yang selalu ditimbulkan iaitu apakah PAS akan mengharamkan program-program hiburan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara satu hari nanti atau apakah yang PAS boleh buat untuk memastikan golongan remaja tidak terus hanyut dengan hiburan yang melalaikan dan menyebabkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat.Maka ini adalah salah satu caranya.Kita tidak anti pada hiburan kerana kita tahu Islam juga tidak melarang kita berhibur.Cuma cara berhibur itu mesti betul dan tidak melanggar syarat-syarat yang telah di tetapkan supaya apa juga yang kita lakukan ianya tidak mendapat murka ALLAH SWT.

Selain daripada Nazrey Johani(bekas vokalis Kumpulan Nasyid RAIHAN ) konsert itu juga nanti akan diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tempatan yang dijemput khas iaitu Kumpulan Nasyid PASTI Nurul Farah Ain Merotai(juara Pertandingan Nasyid Ihtifal Alam Ria Tawau dan juga pernah mewakili PASTI negeri Sabah untuk bertanding diperingkat kebangsaan),Kumpulan Nasyid Syotul Syabab daripada Unit Amal,yang dibarisi oleh anak-anak muda yang berbakat dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan juga Kumpulan Nasyid SMK Balung Tawau yang sudah memang tidak asing lagi di daerah ini kerana mereka sering menjuarai pertandingan nasyid peringkat sekolah samada di Tawau atau pun negeri.

Tiket-tiket masuk boleh dibeli dengan ejen-ejen yang telah dilantik atau terus je beli di dewan masa hari konsert nanti.Semoga konsert ini mendapat sambutan daripada masyarakat Tawau. Teman-teman yang berada di kejauhan tu tolong doakan ye semoga konsert ni berjaya...

Ramai orang sibuk boikot barangan Israel, bila aku fikir-fikir balik........



Sekarang ni semua orang kat ofis pakai computer
,
Bila tengah hampir hujung bulan atau masa orang rumah malas masak, korang makan


Bila nak kuat selalu minum MILO cap
,

Bini pakai mekap nak pakai yang ada cap
,,

Bila orang rumah bendera merah suruh beli



Barang baby banyak pakai yang
,


Sekarang anak2 tak pakai lampin..........kini pamper...

Bila balik rumah tengok anak dok depan TV tengok
, yang belajar sekolah tengok

untuk tahu berita sensasi terkini tengok channel

Sambil layan TV atau atau pi restoran korang minum
dan makan ,

beli tisu untuk letak di kereta korang beli jenama...




Teringat esok nak kerja terus pi kilat kasut pakai
, pakai baju polo

Nak bagi wangi dalam rumah pakai
, sebelum gi kerja.....nah...sembur keliling badan


Balik rumah letih cari dalam peti ais ada
,

Dan yang paling susah sekarang ni...nak pakai handpond yang berjenama



FUhhhh..yang memeningkan kepala penagih rokok bila ada duit lebih sikit mulalah capai rokok yangberjenama
........nak jaga status konon...Tapi..walau


apapun aku tetap BOYCOTT ISRAEL LAKHNATULLAH!!!

Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.

Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.

Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.

BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini.

Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?

Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!

~ pendikar gunung kriang

;;