2. Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan .
3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .
4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .
6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .
8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .
9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .
a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaitan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
j ] Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura
"Ada demonstrasi kah" tanya salah seorang pengunjung pasar tersebut.
"Tidak encik,kami datang pagi ni untuk memperkenalkan Ketua Pemuda kami dari Pusat yang datang melawat ke Sabah" jawabku ringkas.
"ooh begitu. Yang mana satu orangnya?"tanya salah seorang peniaga di situ.
"Ok nanti saya pekenalkan dengan kakak yer" balasku.
Lawatan singkat itu telah membuktikan bahawa masyarakat umum dan rakyat Sabah secara keseluruhannya dapat menerima PAS denga baik sekiranya kita sering datang dan melawat mereka.Justeru itu aktiviti serta program-program kemasyarakatan wajar diperbanyakkan bagi memastikan PAS khususnya di Sabah mendapat tempat di hati pengundi dari pelbagai kaum di negeri ini.
ceramah umum di Kota Belud
Syabas kepada semua pimpinan yang begitu gigih menyampaikan dakwah walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan.
Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Pusat Penerangan Pakatan Rakyat, Universiti Apartment
Masa : 8.30 hingga 11.30 malam
Penceramah :
Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sdr. Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Sdr. Abdul Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah
Sdr. Teddy Yang, Ketua DAPSY Negeri Sabah
Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Kg. Batangan, Cabang Tuaran
Masa : 8.30 hingga 11.30 malam
Pencaramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
Haji Ansari, Ahli Pimpinan Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat
YB Dr. Hiew, Ahli Parlimen Kota Kinabalu
Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Perkarangan rumah Ustaz Awang Laiman, mantan calon PKR bagi DUN Tempasuk
masa : 8.30 hinnga 11.30 malam
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Hj Ansari Abdullah Ahli Pimpinan Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat
Tarikh : 17 Januari 2010
Tempat : Hyati Villa, Putatan
Masa : 8.30 hingga 11.30
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
p/s : Jemput datang beramai-ramai!! Maklumat lanjut, hubungi urusetia di 0138987033
3 hari lalu aku bertemu dengan seorang sahabat ketika sedang sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan.Lalu kami pun ambil kesempatan untuk berbual sekejap...Ya..bicara soal-soal kehidupan dan gerak-kerja kepemudaan untuk memantapkan lagi jamaah..sebelum kami berpisah hari tu dia sempat mengkhabarkan kepada ku tentang kisah satu student yang belajar di sebuah IPT tempatan.Student ni cukup bermasalah katanya..Selalu ponteng kelas dan pointer pun semakin menurun..!Dia minta aku nasihatkan budak ni..Sambung sahabat ni lagi yang dia telah dimaklumkan oleh kawannya yang menjadi pensyarah di 'U' tempat student bermasalah ini belajar yang nama budak ni dah acap kali disebut dan dibincang dalam mesyuarat pentadbiran..
Pensyarah tu geram dengan sikap student ni sebab tak pasal-pasal dia pula yang kena gara-gara masalah yang ditimbulkan..
"Ngapa pula pensyarah tu yang kena?"tanyaku.
"Budak ni dapat masuk U pun sebab pensyarah ni yang rekemen kan!"jawab sahabat tadi.
Lalu sahabat tadi minta aku cuba nasihatkan student tadi agar dia tidak terus-terus memburukkan nama jamaah.Sebab katanya budak ni sering memberi alasan yang kononnya dia ponteng kelas pun sebab selalu balik kampung dan bantu jamaah di kawasan!Peh! pedih juga telingaku mendengarnya..Tambah sahabat tu lagi dari maklumat yang dia terima sehingga kini student tu belum lagi masuk-masuk kelas sejak cuti hari tu..
Untuk makluman pensyarah tersebut,student ni memang seorang yang aktif sebelum dia masuk U.Tapi dia berubah secara mendadak apabila sudah bergelar pelajar U..Kopiah dah jarang-jarang pakai..pejabat pun dah AMAT JARANG dilawati..Kerja-kerja jamaah pun sudah boleh dikira keterlibatannya.Jadi tentulah aku agak marah dan bengang dengan alasan yang diberikan oleh the problem boy ni!Dia yang enak-enak,jamaah pula yang dapat busuknya!
Pada student ni,andainya dia terbaca posting ni,ataupun teman-temannya kah yang terbaca,aku nasihatkan baliklah segera ke U awak tu dan belajarlah bersungguh-sungguh..Tak rasa bersalah ke dengan ibubapa yang amat mengharapkan kejayaan kamu? Tak rasa bersalah kah dengan orang-orang yang merekemenkan kamu? tak rasa bersalahkah dengan sahabat-sahabat kamu yang sering mendoakan kejayaan kamu? Dan tak rasa bersalah kah dengan Jamaah yang terpaksa menanggung beban kerana masalah yang kamu buat?
Aku harap kamu segera terjaga dari tidur yang panjang..Masih ada waktu untuk kamu perbetulkan keadaan..Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat kelak...amin..
Akhirnya umpan ku mengena...memang sudahku duga isu yang aku paparkan sebelum ini akan menimbulkan kontroversi! Aku menerima banyak sms dan juga cemuhan kerana telah membongkar satu perancangan jahat yang telah disusun dengan rapi kononnya tapi alhamdulillah ianya dapat dihidu lebih awal.
Perancangan mereka ini mula dapat dihidu apabila mereka mula mengemukakan cadangan pada tahun 2008 agar penasihat persatuan pelajar tersebut ditambah kepada 2 orang yang diletakkan dengan tujuan untuk mengurangkan pengaruh penasihat yang lama agar beliau dapat disingkirkan secara perlahan-lahan.
Banyak lagi usaha yang telah mereka buat dan sedang mereka rancang untuk memastikan nafsu serakah mereka ini dapat dipuaskan..Kepada "ahli kumpulan elit" ini aku cuma dapat menasihatkan agar dapat bersabar seketika..Aku yakin masa untuk korang pegang persatuan pelajar tu akan tiba jua..Pimpinan yang sedia ada tidak berniat pun nak pegangnya sampai mati! tapi kalu iya pun sabar-sabarlah sikit...Jangan lah jadi macam puak-puak parti sebelah sana tu yang sanggup khianati kawan semata-mata untuk mendapatkan kuasa!
Tak salah pun kalau persatuan pelajar ini dipegang oleh mereka-mereka yang ada masalah dari segi teknikal yang penting mereka punyai bakat kepimpinan serta bertaqwa pada ALLAH SWT! Janganlah kutuk mereka tapi berilah bimbingan..jangan lah hina mereka tapi berilah nasihat.. Apa hak saudara untuk mengatakan yang persatuan ini telah "diantarabangsakan" hanya kerana segelintir mereka punyai masalah teknikal? Hei!! ayuh kawan! relax lah...
Aku teringat kata-kata penasihat persatuan pelajar ini pada satu hari yang dia lontarkan dalam satu majlis Usrah di rumah Cg 'A' pada pertengahan tahun 2006, katanya "Cikgu tidak terkejut jika satu hari nanti ada kelompok yang menentang cikgu dan tidak bersetuju dengan pendapat cikgu dan di antara mereka yang berada dalam kelompok itu adalah terdiri dari bekas pelajar-pelajar cikgu ataupun mereka-mereka yang pernah berusrah bersama cikgu!" ternyata apa yang beliau katakan itu terbukti sudah pada hari ini!!
Hai!! dunia...dunia...
Assalamualaikum pada semua...
Rasanya dah lama blog ni tak di update.Kesibukan dalam menguruskan diri,keluarga dan jemaah sehingga terkadang terlupa nak settlekan benda lain..
Dah seminggu kita berada di tahun 2010 ni,terlalu cepat masa berlalu..tup tup, pejam celik pejam celik tak sedar yang masa terus berlalu menandakan usia semakin meningkat dan saat kematian dah semakin dekat.Kita terus dengan kesibukan kita sehinggakan tak sedar dengan temu janji kita dengan Yang Maha Esa..
Terlalu banyak peristiwa penting yang berlaku pada tahun 2009 yang telah meninggalkan kita.Cuma pada kali ini aku hanya ingin mengulas sedikit peristiwa-peristiwa yang menjadi kontroversi di persekitaranku sahaja dan bukan diperingkat yang lebih tinggi. Yalah kekadang kita ni kuman di seberang laut kita nampak tapi gajah yang berada didepan matapun kekadang buat-buat tak nampak!
Yang pertamanya aku nak menyatakan kekesalanku atas apa yang berlaku pada Organisasi yang aku antara orang yang diamanahkan untuk memimpinnya..Berslogankan 'MELANGKAH GAGAH' rupanya masih belum cukup untuk menaikkan semangat juang teman-teman yang berada dalam saf pemuda yang amat aku sayang ini.Gerak langkah kami masih terlalu longlai..
Banyak program-program yang diaturkan tidak mendapat kerjasama yang baik daripada sebilangan besar teman-teman.Ada sebahagiannya terus sibuk mengaturkan program-program pribadi seolah-olah mereka tidak rasa bersalah dan tidak takut dengan pertanyaan Allah di akhirat kelak tentang amanah yang dipikulkan di atas pundak mereka.Semoga Allah memberikan kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan di tahun 2010 ini.Ingat pesanan ust Idris Ahmad, "Untuk memastikan kita mengecapi kemenangan yang selesa pada PRU13,maka kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelemahan dan kerosakan yang berlaku pada parti lawan,tapi kita kena membina kekuatan kita sendiri bermula dari sekarang.Justeru itu sebagai langkah yang paling berkesan kita hendaklah menghidupkan usrah-usrah yang kita kelolakan kerana ianya merupakan enjin kepada jemaah kita.Kalau enjin itu rosak maka terbantutlah gerakan kita..
Yang keduanya,
Aku nak komen pasal satu kontroversi yang berlaku dengan satu Persatuan Pelajar yang merupakan salah satu ranting kecil dalam Pemuda.Akhir tahun lalu persatuan ini mengadakan mesyuarat agungnya dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan yang baru.Itu merupakan perkara yang biasa yang mesti dilaksanakan oleh mana-mana organisasi ataupun persatuan. Cuma yang aku agak terkejut apabila aku dimaklumkan bagaimana satu perancangan rapi telah dibuat oleh sekumpulan bekas ahli persatuan tersebut untuk memastikan pemimpin yang naik pada kali ini adalah merupakan 'orang-orang mereka' terlaksana seperti mana yang diinginkan! Mereka pun pasang la 'SB' dari kalangan ahli persatuan itu sendiri untuk melaporkan kepada mereka apa-apa jua perancangan termasuk butiran mesyuarat dan juga keputusan-keputusan yang dibuat.Buktinya bagaimana keputusan penting dan sepatutnya menjadi maklumat sulit yang dibuat oleh ahli majlis tertinggi persatuan tersebut boleh terlepas kepada pengetahuan ramai..Sebenarnya banyak lagi perancangan yang telah dan sedang diatur bagi memastikan hasrat 'Kumpulan Elit' ini tercapai.So,kepada yang bertanggung jawab ke atas persatuan pelajar ini jangan alpa dan leka. Pastikan agar tahun ini persatuan anda bebas daripada serangan anai-anai yang boleh menghancurkan persatuan anda.Jangan biarkan diri anda diperlekeh oleh golongan yang merasakan merekalah yang paling hebat..Dan pastikan tiada ahli yang wataknya macam watak JKKK kampung yang dilantik oleh UMNO berada dalam persatuan anda!
Setakat ini dulu ulasan yang dibuat tentang apa yang berlaku di akhir tahun 2009!Semoga kita semua tabah dalam menempuh onak dan duri di tahun baru ini....