Selepas 2 minggu dinaikkan,akhirnya banner ucapan Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang digantung oleh Jawatankuasa Penaja PAS Kunak telah hilang samada ianya diturunkan ataupun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,sdr Daramansah Lamasa.Menurut sdr Daramansah,dia telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang sahabat yang juga mendapat maklumat tersebut melalui KUNAKPRESS.BLOGSPOT.COM.


Inilah banner yang digantung oleh petugas PAS tempoh hari...( gambar diambi dari kunakpress )


Sudah pasti insiden ini tidak akan mematahkan semangat ahli PAS terutamanya pihak Dewan Pemuda PAS Tawau ,malah ianya tambah membangkitkan lagi semangat mereka.Kejadian seperti ini adalah merupakan asam garam dalam perjuangan.Fitnah,mehnah dan tribulasi seolah sudah sebati dalam jiwa anak muda yang cintakan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan syiar Islam dengan cara yang dibenarkan oleh syarak dan juga dengan semangat demokrasi yang sekian lama kita dokong bersama.


....namun banner tersebut telah hilang 2 minggu kemudian


Oleh bagi pihak Dewan Pemuda PAS dan Badan Penaja PAS Kunak kami sekali lagi ingin menyatakan bahawa walau sehebat manapun dugaan yang terpaksa kami tempuh namun insyaAllah PAS akan tetap bertapak di Kunak..Oleh itu kepada mereka-mereka yang berniat untuk menghalang penubuhan PAS di Kunak kami ingin menasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut kerana kami yakin dengan apa yang kami perjuangkan.Ibarat berada dalam perlawanan bolasepak,marilah kita bermain di padang yang sama rata agar kita boleh menguji kemampuan sebenar kita untuk membangunkan negara yang kita cinta ini yang juga menjunjung amalan dan semangat demokrasi sejak sekian lama.

InsyaAllah,Parti Islam Semalaysia ( PAS ) akan menubuhkan cawangannya di Daerah Kunak sedikit masa lagi.Buat permulaannya sebuah Badan Penaja akan ditubuhkan di sana. Gerak kerja ke arah itu sudah dimulakan.Cuma setakat ini mereka yang menguruskan Penaja tersebut masih belum boleh didedahkan untuk mengelakkan mereka diganggu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab..Mereka adalah anak tempatan Kunak yang terdiri daripada generasi muda yang punyai potensi untuk menjadi pemimpin...

Harapan kami ialah agar ramai lagi penduduk Kunak terutamanya anak-anak muda akan tampil dan menyertai PAS..Kita perlukan satu pasukan yang betul-betul mantap untuk menyaingi UMNO/BN di Kunak. Mari kita wujudkan satu suasana baru dalam membentuk landskap politik terutamanya di Daerah Kunak yang majoriti pengundinya adalah dari kelompok Melayu Islam. InsyaAllah kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan mengadakan kempen pendaftaran ahli baru PAS dan pendaftaran Pemilih baru untuk PRU yang ke-13 di daerah Kunak dalam masa terdekat ini.Kerjasama dari parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP Kunak amatlah diharapkan..



Kepada anak muda kelahiran Kunak yang berada di perantauan,baliklah...kami memerlukan pertolongan anda bagi memantapkan lagi perjuangan PAS di Kunak.Kepada mereka yang masih berada di Kunak samada anda bekerja sendiri,memegang jawatan atau tidak dalam kerajaan,sudah pencen atau sebagainya, sambutlah tangan yang kami hulurkan..PAS tidak akan berkembang di Kunak tanpa pertolongan anda..Kami amat mengharapkan sokongan anda semua.

;;