Tawau,Khamis : Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, PAS kawasan Tawau tetap meneruskan Program Masyarakat Prihatin yang telah dilancarkan awal bulan Oktober lalu bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan.



Ust Allias menyampaikan sumbangan kepada pelajar lelaki


Pada 5 November 2009 baru-baru ini,PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan bantuan berupa wang tunai kepada 17 pelajar Madrasah Darul Hidayah yang terletak di Kampung Sg.Imam,Tawau.Pelajar terbabit yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketua Urusan ulama' PAS Kawasan Tawau,Al-Fadhil Ust Allias Sulung.



antara pelajar muslimat yang menerima sumbangan PAS Kawasan Tawau


Majlis ringkas tersebut turut disaksikan oleh Ust Tassir Moding yang merupakan mudir Madrasah Darul Hidayah,Sdr Darmansyah Lamasa Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dan Sdr Rusly Basri setiausaha kerja Dewan Pemuda PAS Tawau.


Sdr Darmansyah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terpilih


sdr Rusly menyemak nama-nama pelajar yang menerima sumbangan

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka ini melalui dewan Pemuda PAS Kawasan tawau,bolehlah terus masukkan ke dalam akaun bernombor 10025010011767 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.
Semoga sumbangan tuan/puan diberikan balasan setimpal oleh ALLAH SWT,amin...

2 Comments:

  1. Pembantu Pejuang said...
    yop.. kena ingatkan pg lujnah kebajikan pemuda sokmo, kot2 dia lupa ingatkan kepala2 upu.. termasuk ust yusry umas.. he he.. lama2 beras tu rosak..
    Abg Dai said...
    ya ust,betul betul betul

Post a Comment