BADWI MUALLAF!!

Peh!! ini adalah entri terakhir terakhir dari blog matbulan sebelum ianya ditutup secara rasmi bagi menghormati pandangan semua pihak yang menganggap bahawa kewujudan blog ini menjadi bebanan kepada jemaah dan dianggap hanya mempromosikan pribadi penulisnya tanpa memberikan pulangan kepada jemaah...

Tapi ngapa pula pilih tajuk Badwi Muallaf? kah kah kah..kelakar jugakan...tapi inilah gelaran terakhir yang aku dapat sebelum menghadiri muktamar kawasan baru-baru ini..Yalah tapi ngapa pula dibagi gelaran Badwi Mualaf? buruknya gelaran tu...mulanya aku pun
'konpius' juga ngapa aku digelar macam tu..rupa-rupanya gara-gara sikap dan cara aku menyampaikan pandanganku dalam muktamar pemuda sebelum itu yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak beradab dan cakap main hentam ikut suka mulut je...macam orang badwi...kasar dan kurang ajar!!

Tapi terima kasih pada mereka-mereka yang menggelarkan aku begitu..sekurang-kurangnya ia menyedarkan aku daripada terus terlajak...kekadang kita perlukan orang lain untuk menyedarkan kita..ampun maaf kepada sesiapa yang telah tersinggung dengan cara aku berkomunikasi...aku manusia biasa...inilah aku dulu,kini tapi bukan selamanya..maafkan aku...

Namun ianya memerlukan masa untuk aku bersikap lebih sopan selepas ini...Aku dah cuba memulakannya pada muktamar kawasan baru-baru ni dengan mengambil pendirian tidak banyak bercakap dan hanya menyampuk sekali-sekala denga cara yang
paling sopan dan beradab yang sehabis mungkin...peh susah juga bro...orang kasar macam aku nak berubah jadi lembut..terasa macam pondan pula!!tapi takpalah yek...sikit-sikit lama-lama jadi juga kan...

Kepada sahabat semua terima kasih atas sokongan anda selama ini...blog ini terus bernafas selama ini kerana sokongan anda juga...

AMANAH

Aku ambil artikel ni dari blog Ust Zaem, salah seorang penceramah bebas yang tengah top di Tawau sekarang ni. Beliau sering ke udara di Radio Malaysia Tawau setiap Jumaat jam 5.15ptg dalam slot Kemusykilan Agama.Bagus juga tulisan Ust Zaem ni,ia mengingatkan kita tentang tanggungjawab dan amanah yang wajib kita laksanakan,lebih-lebih lagi kita yang berada dalam Jemaah Islam ni..


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا
الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Pandangan Ulama’ berkaitan tafsiran ‘ AMANAH’ pada ayat 72 Surah al-Ahzab ini :

1- Ibnu Abbas : a] Ketaatan kepada Allah B] Kewajipan Ibadah-ibadah Fardhu

2- A’masy,Ubai B. Kaa’b : Wanita yang memelihara kehormatan dirinya

3- Qatadah : a] Tuntutan agama b] Ibadah Fardhu c] Hudud

4- Imam Malik, drpd Zaid B. Aslam : a] Solat b] Puasa c] Mandi Junub

Kesimpulan daripada kesemua pandangan ini ialah : Amanah yang dimaksudkan pada ayat 72 al-Ahzab ini, ialah segala perkara yang telah ditaklifkan [ diberati ] , kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk melaksanakan AMANAH YANG BERAT LAGI HEBAT INI !!!

وكل هذه الأقوال لا تنافي بينها، بل هي متفقة وراجعة إلى أنها التكليف، وقبول الأوامر والنواهي بشرطها، وهو أنه إن قام بذلك أثيب، وإن تركها عُوقِبَ، فقبلها الإنسان على ضعفه وجهله وظلمه، إلا مَنْ وفق اللَّهُ، وبالله المستعان.

Rujukan :

1- Tafsir al-Quranil A’zhim, Ibnu Kathir
2- Tafsir Pimpinan ar-Rahman

Peringatan ni bagus untuk kita semua.Cuma aku pun bimbang juga bila bicara tentang amanah ni...bimbang aku hanya pandai bercakap..tapi tak reti nak buat ataupun tidak melaksanakan amanah yang diberi!!...kan besar kemurkaan Allah tu...

Sumber asal : http://zaimhilmi.blogspot.com

Minda Sayuti SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucu, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Ahad ini.

Dari dua kali tinjuan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain.

Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman.

Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang senonim dengan MCA sebelum ini sudah tidak menyebut MCA lagi.

"Apa itu MCA, parti orang sudah tidak mahu. Kalau ada orang sokong pun mereka yang buta saja," begitulah kata seorang pengundi Cina bila ditanya mengenai peranan MCA. Ternyata peranan MCA dalam pilihan raya kecil kali ini tidak menyerlah. Mungkin perpecahan yang melanda parti itu menyebabkan MCA lebih memikirkan nasib diri mereka.

Begitu juga dengan MIC. "Untuk apa saya sokong MIC, calonnya dipilih oleh Umno. MIC sudah tidak berkuasa lagi. Jadi lebih baik saya sokong PKR," begitu pula luah seorang India. Umurnya sebaya dengan Cina tadi sekitar 55 tahun. Selalunya orang veteran masih kekal dengan nostalgia menyokong BN. Tetapi sikap ditunjuk mereka berdua itu ada perubahan sikap yang ketara di kalangan Cina dan India.

Malam tadi saya hadir di dua ceramah PKR; satu di Taman Datuk Harun, Serendah dan satu lagi di Kelumpang. Gambaran dua tempat ini boleh saya simpulkan sokongan masyarakat Cina melebihi 70 peratus sementara sokongan India pula kira-kira 40 peratus. Kedudukan ini memberi gambaran bahawa BN agak tertekan dengan keadaan ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin semalam membuat psywar mengatakan sokongan Cina semakin meningkat.

Sudah pasti kalau momentum tiga hari ini dikekal, peluang PKR mengekalkan kerusi berkenaan agak cerah.

Selain daripada suasana itu, kelebihan untuk PKR juga disokong oleh suasana di dalam BN sendiri tidak begitu selesa. Kalangan golongan muda dalam Umno tidak begitu seronok dengan pencalonan Kamalanathan. Orang Melayu yang sedia bersalaman dengan Kamalanathan hanya orang Melayu berusia 55 tahun ke atas yang dituba pemikirannya oleh rejim lama Umno.

Satu maklumat dalaman diterima malam tadi, Pemuda Umno bahagian Hulu Selangor telah aktif dalam berkempen. Puncanya kerana kontrak menyediakan poster dan peralatan kempen tidak diberikan sedikitpun kepada mereka. Semua pembekalan poster dan papan iklan dihandle sendiri oleh Umno Malaysia. Jumlah kontrak itu saja dikatakan melebihi RM5 juta.
Jadi mereka dikatakan hanya meraikan majlis saja atau ke bilik gerakan untuk menjamu selera, mengambil rokok dan baju T, tetapi tidak berkerja. Begitu juga dengan kalangan wanita muda. Malam tadi seramai 30 wanita telah menyatakan sokongan kepada PKR. Mereka ini bertindak kerana tidak setuju dengan pencalonan Kamalanathan.

Ada beberapa perkembangan lain lagi. Dan seperti mana saya dugakan awal-awal semalam bahawa calon bebas Melayu juga akan menarik diri dari bertanding. Ternyata apa yang saya ramalkan itu menjadi kenyataan. Selepas calon bebas India, Chandran menarik diri, ia diikuti oleh calon Melayu, Johan Mohd Diah pula berbuat demikian. Saya yakin kedua calon bebas ini menyokong BN dan langkah mereka menyerahkan kertas pencalonan hanya sebagai taktik saja.

Kini Zaid akan berdepan dengan Kamalanathan secara satu lawan satu.

Perkembangan mengenai aliran sokongan itu menyebabkan BN kini memfokuskan kepada undi Melayu dan India saja. Sumber bilik Gerakan BN juga memberi tahu mereka sudah tidak ada harapan kepada undi Cina lagi. Justeru apa yang mereka perkuatkan untuk mendapat undi Melayu agar melebhi 60 peratus.

Hanya dengan cara itu saja BN boleh mengimpi untuk merampas kerusi berkenaan. Sekiranya mereka gagal mendapat 60 peratus undi Melayu, ini bermakna BN bakal menangis tidak berlagu. Secara umumnya peratus undi Melayu yang dikuasai BN pada masa ini kira-kira lebih 55 peratus. Sementara undi India sekitar 55 atau 60 peratus. Bagaimana pun ada tanda-tanda menunjukkan undi India ini akan menurun disebabkan kerana faktor calon dan kemarahan masyarakat India kepada Samy Vellu dan Palanevil semasa menjadi ahli parlimen dahulu. Kalangan cerdik pandai dalam MIC atau India pula sudah merasai bahawa parti MIC tidak lagi dihormati oleh rakan mereka, Umno.

Apa yang perlu diingati oleh PKR undi India ini tidak konsisten dan ia akan beralih apabila ada tawaran langsung terutama dari kalangan perempuan veteran. BN dijangka akan menggoda masyarakat India disaat akhir pengundian dengan pemberian hamper dan wang. Sekiranya BN tidak mengawal atau membalas pemberian ini menyebabkan undi India yang dimiliki PKR sebanyak kira-kira 35 hingga 40 peratus ketika ini akan merosot di bawah 35 peratus.

Kemerosotan undi India dan tidak dapat melonjakkan peratus undi Melayu sehingga mencecah 45 peratus ini menjadikan PKR akan kehilangan kerusi Parlimen berkenaan dan hanya menang semangat dan sorak saja dalam pilihan raya itu.

Di sebalik perkembangan itu masih banyak peristiwa dan kejadian-kejadian di sebalik tabir dalam pilihan raya berkenaan. Ia tidak sesuai di dedahkan kerana boleh mengaibkan individu tertentu. Sementara mengenai isu pula BN ternyata kekurangan isu berbanding dengan PKR. BN banyak menaburkan poster dan billboard dengan slogan merendah, memnpersoalkan kemampuan PKR berbanding dengan hujah-hujah dan idea yang mantap dan bernas. Terdapat juga poster yang mengecam peribadi pemimpin PKR.

Sebaliknya PKR pula sarat dengan hujah yang tidak mampu dibalas oleh BN. Dakwaan BN misalnya mengatakan PKR tidak mampu memerintah negeri dijawab dengan disertakan bukti dan fakta kukuh mengenali penerimaan rakyat kepada kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Begitu juga dengan fakta-fakta pencapaian kerajaan.

Sikap Umno memainkan isu peribadi mengenai Zaid minum arak ternyata telah memakan diri sendiri. Isu itu terpalit kepada diri Umno menjadikan Umno terpaksa mengzipkan mulutnya sendiri. Beberapa pemimpin BN telah menarik balik isu berkenaan. Khairy Jamaluddin sendiri menasihat penceramah Umno tidak memainkan isu peribadi. Khairy mungkin bimbang kalau isu turut diperkatakannya isu peribadi dirinya sendiri juga akan dibongkar seluas-luasnya.

Al hasilnya isu Zaid minum arak yang dijawab dengan pernuh berhikmah dan gentlemen oleh Zaid menyebabkan BN mati kutu. Seperti biasanya SPR tidak dapat menyucikan diri dari mengotorkan diri dengan memberi sokongan kepada BN. SPR telah melakukan pemindahan terhadap kira-kira 14,000 pengundi. Pengundi yang dulunya mengundi di Hulu Selangor telah dipindah ke serta tempat. Mungkin pemindahan ini dilakukan terhadap pengundi dikesal pasti pengundi Pakatan Rakyat. Apakah pemindahan ini menguntungkan BN atau sebaliknya akan merugikan BN, 25 April nanti akan menjawab segala teka-teki ini.


Seorang teman memaklumkan kepada aku pagi tadi bahawa ada seorang sahabat kami yang bertugas sebagai pendidik telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak yang berkenaan kerana dituduh terlibat dalam penganjuran ataupun mengaturkan ceramah umum bersama Pimpinan DAP YB Lim Kit Siang.Pegawai yang menyiasat memaklumkan bahawa siasatan terpaksa dijalankan kerana mereka mendapat arahan daripada ibupejabat di KK.Pegawai di KK pula memaklumkan yang mereka telah menerima 'complain' dari BN sabah agar sahabat kami ini diambil tindakan kerana kononnya bersekongkol dengan Pembangkang!

Peh!! nampaknya..BN sabah dah mula takut dengan Pakatan Rakyat! Bila mereka sudah mula usung kertas bantahan ke sana sini,itu bermakna mereka dah mula risau dengan sokongan yang orang Sabah bagi dekat Pakatan Rakyat!

Tapi camana pula mereka tahu yang rakyat Sabah dah mula sokong Pakatan Rakyat? Bn main hentam saja kah? Woo..tidak...tidak...Mereka bukan saja-saja nak buat benda tu...Tapi tentulah mereka telah dapat maklumat dari para SB,para pemberi maklumat mereka,dari hasil kajian yang mereka buat yang menunjukkan bahawa sokongan rakyat Sabah sudah mula beralih arah!!

Apa buktinya? salah satunya ialah apabila mereka melihat penduduk Merotai daripada suku kaum Iban berbondong-bondong datang ke Ceramah Umum yang dianjurkan PAS baru-baru ni di daerah Merotai!! tak pernah lagi dalam sejarah Merotai...orang Iban datang ke Ceramah PAS!! Sebab tu mereka dah mula menggelabah...Benda ni tak boleh dibiarkan kata BN Sabah.. Ni baru buat bantahan...lepas ni dorang akan mula gila arah polis pula ambil tindakan....kesian abg-abg polis kita..tak pasal-pasal dorang kena pi tangkap orang yang tidak bersalah..pi tangkap orang yang memperjuangkan hak dan keadilan yang dianjurkan Islam..pi tangkap golongan yang lemah,tertindas dan yang dizalimi...sedangkan mereka tahu golongan yang dizalimi ni dimakbulkan doanya oleh Allah SWT..tak pasal-pasal mereka pula yang diaminkan supaya dilakhnat oleh ALLAH SWT...Kesian abang polis kita...

Sebahagian daripada masyarakat suku kaum Iban yang hadir ke ceramah PAS..

Rakyat mula memberi sokongan,ni lah yang umNO/Bn paling takut sekali..

Ayuh!! para pejuang keadilan...tak kira siapa anda..Teruskan gerak kerja..kita tumbangkan umNO/Be End pada pilihanraya yang ke-13 nanti..jangan takut,jangan bimbang..dah menjadi sunnah orang yang berjuang...mesti ada tekanan..kalau tak mahu hadapi tekanan baik pi tidur dan berselimut di rumah...TAKBIR!!!!

Alhamdulillah...sempat juga aturkan program untuk Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah al-fadhil Ust Akhmal yang juga bekas Penasihat Agama di Istana negeri Sabah,ketika beliau berada di Tawau atas tugasan rasmi baru-baru ini.


Ust Akhmal sedang menyampaikan kuliah


Para jemaah tertarik dengan cara ust Akhmal menyampaikan kuliah dengan cara santai dan bersahaja..


Kuliah maghrib yang diadakan di sebuah masjid di daerah Tawau itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat walaupun mereka sebenarnya tahu yang menyampaikan kuliah tersebut adalah "Orang PAS"


Jemaah daripada golongan muslimat pun turut mendengar kuliah beliau


Seorang AJK masjid sedang bertanyakan soalan..

...ini bermakna PAS sudah semakin diterima oleh masyarakat dan penduduk di Tawau khususnya dan Sabah amnya..

Tepat jam 10pagi 12 April 2010 aku dihubungi seorang sahabat,ada kebakaran katanya...mungkin dekat pasti Kuhara.Tanpa berlengah aku terus bergegas ke tempat kejadian .

Beberapa buah motorsikal pelanggan turut hangus terbakar


Api begitu cepat merebak, panas!!

Mulanya kami sangka kebakaran itu berlaku di Ambar Park tapi rupanya kebakaran itu berlaku betul-betul di hadapan SRJK YUK CHIN... Kebakaran itu melibatkan sebuah bengkel motorsikal dan juga sebuah kedai Hardware...seorang pekerja bengkel telah tercedera dalam kejadian itu... kerugian pula dianggarkan puluhan ribu ringgit...


Pihak Bomba berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke rumah bersebelahan

Orang ramai yang menyaksikan kebakaran itu dari jauh..


Melecur!! pekerja bengkel yang tercedera dalam kebakaran tersebut

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau kami ingin mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat dalam musibah ini..Bersabarlah...Hanya itu yang mampu diucapkan..


Tawau : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang berlangsung pada 4 April 2010,berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.Mesyuarat yang diadakan di Markaz Tarbiah Jalan Kuhara itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Tuan Mohamad bin Husain.Mesyuarat yang bermula seawal pukul 8.30pagi telah berlangsung dengan begitu hangat apabila beberapa perwakilan dan EXCO pemuda berbahas dalam sesi soaljawab dan perbahasan.





;;