Kalau dulu orang seperti aku malas untuk menulis atau mencari maklumat untuk dijadikan bahan fikir namun sejak kehadiran 'matbulan' ini aku seolah-olah sudah menjadi wartawan yang tak bertauliah dan sentiasa tak cukup tangan.Saban hari mencari maklumat yang benar untuk disebarkan kepada masyarakat umum, samada sumber itu daripada kawan,golongan atas pagar ataupun pihak lawan.Sampaikan ada teman-teman yang menggelarkan aku 'Mat Update' kerana boleh katakan setiap hari 'mat bulan' akan mempamerkan isu baru untuk tatapan umum.Ianya juga adalah medan untuk aku mengasah bakat penulisan dan menajamkan lagi minda ,satu aktiviti yang sebenarnya telah lama aku tinggalkan dan abaikan semenjak aku
menamatkan alam persekolahan.
Namun sejak akhir-akhir ini ada juga suara-suara dari 'dalam' yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kewujudan blog-blog milik pribadi ini.Kononnya ia tidak menyumbang kepada perkembangan atau perluasan pengaruh kepada sebuah organisasi atau jemaah.Pentingkan diri dan hanya rajin 'mengupdate' blog pribadi tetapi berkira dan agak kedekut dalam menyumbangkan maklumat untuk memurnikan lagi blog persatuan atau jemaah adalah antara tuduhan yang dilemparkan!Malah blog-blog kami tidak diikhtiraf atau dianggap tidak menyumbang sesuatu kepada jemaah.
Isu ini hampir membunuh semangat untuk terus menulis! Mana kan tidak,sepatutnya suara-suara itu memberi galakan dan semangat bukannya melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar!Di saat pihak musuh terus melahirkan ratusan penulis blog setiap hari kerana mereka percaya blog memainkan peranan yang amat penting dalam menaik atau menjatuhkan sesebuah organisasi itu,tapi kita pula berusaha untuk menyekat dan meminimakan kelahiran penulis-penulis blog yang boleh dikatakan boleh memberikan sesuatu pada jemaah.Peh!! sungguh aku tak faham..
a) Lihatlah dulu dari segi berita ataupun benda yang disampaikan samada ianya menguntungkan sesebuah organisasi itu ataupun ianya hanya menceritakan perihal kehidupan seharian penulis tersebut.
b) Sudah semestinya setiap organisasi itu telah melantik individu untuk dipertanggung jawabkan mengendali dan menjaga posisi-posisi tertentu termasuklah pengendalian sesebuah laman blog. Maka berilah kepercayaan mereka untuk melakukan kerja tersebut dengan baik tanpa terlalu memberikan tekanan.
Semoga dengan kerjasama semua pihak dan kehadiran begitu ramai penulis blog akan dapat memastikan maklumat yang ada itu dapat sampai ke sasaran yang betul.Perlu dingat bahawa kita mempunyai ramai kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mungkin mereka ini tidak sempat menjengok blog organisasi kita tapi mereka selalu melayari blog-blog pribadi sahabat kita.Apa yang penting ialah maklumat penting yang ada perlu disebar luaskan.Janganlah menyempitkan lagi medan dakwah yang ada sekarang.
Kami ini yang dikategorikan sebagai pemilik 'blog pribadi 'sebenarnya perlukan bimbingan dan dorongan untuk memantapkan lagi mutu penulisan kami.Tolonglah beri tunjuk ajar bukannya pertikaikan apa yang kami lakukan tanpa memikirkan atau menghargai sedikitpun sumbangan yang diberikan hasil daripada tulisan dan maklumat yang disampaikan.Mengapalah kita berbalah sesama sendiri atas suatu perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita,sedangkan pihak-pihak yang bencikan kita sentiasa mempergunakan apa jua peluang ada untuk menghancur dan memecah-belahkan kita?
Fikir-fikrkan lah...
Sekian dariku MATBULAN...
Namun sejak akhir-akhir ini ada juga suara-suara dari 'dalam' yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kewujudan blog-blog milik pribadi ini.Kononnya ia tidak menyumbang kepada perkembangan atau perluasan pengaruh kepada sebuah organisasi atau jemaah.Pentingkan diri dan hanya rajin 'mengupdate' blog pribadi tetapi berkira dan agak kedekut dalam menyumbangkan maklumat untuk memurnikan lagi blog persatuan atau jemaah adalah antara tuduhan yang dilemparkan!Malah blog-blog kami tidak diikhtiraf atau dianggap tidak menyumbang sesuatu kepada jemaah.
Isu ini hampir membunuh semangat untuk terus menulis! Mana kan tidak,sepatutnya suara-suara itu memberi galakan dan semangat bukannya melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar!Di saat pihak musuh terus melahirkan ratusan penulis blog setiap hari kerana mereka percaya blog memainkan peranan yang amat penting dalam menaik atau menjatuhkan sesebuah organisasi itu,tapi kita pula berusaha untuk menyekat dan meminimakan kelahiran penulis-penulis blog yang boleh dikatakan boleh memberikan sesuatu pada jemaah.Peh!! sungguh aku tak faham..
Pada aku,perkara ini tidak sepatutnya berlaku.Ramai di kalangan pimpinan kita yang mempunyai laman blog mereka sendiri.Apakah mereka juga boleh dipertikaikan kerana mereka juga selalu mengeluarkan kenyataan atau memberikan maklumat melalui laman-laman blog pribadi mereka? Adakah mereka juga boleh dianggap sebagai mementingkan diri dan laman blog sendiri? Ataupun apa? Pada aku ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu pertuduhan dilemparkan,antaranya :
b) Sudah semestinya setiap organisasi itu telah melantik individu untuk dipertanggung jawabkan mengendali dan menjaga posisi-posisi tertentu termasuklah pengendalian sesebuah laman blog. Maka berilah kepercayaan mereka untuk melakukan kerja tersebut dengan baik tanpa terlalu memberikan tekanan.
Semoga dengan kerjasama semua pihak dan kehadiran begitu ramai penulis blog akan dapat memastikan maklumat yang ada itu dapat sampai ke sasaran yang betul.Perlu dingat bahawa kita mempunyai ramai kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mungkin mereka ini tidak sempat menjengok blog organisasi kita tapi mereka selalu melayari blog-blog pribadi sahabat kita.Apa yang penting ialah maklumat penting yang ada perlu disebar luaskan.Janganlah menyempitkan lagi medan dakwah yang ada sekarang.
Kami ini yang dikategorikan sebagai pemilik 'blog pribadi 'sebenarnya perlukan bimbingan dan dorongan untuk memantapkan lagi mutu penulisan kami.Tolonglah beri tunjuk ajar bukannya pertikaikan apa yang kami lakukan tanpa memikirkan atau menghargai sedikitpun sumbangan yang diberikan hasil daripada tulisan dan maklumat yang disampaikan.Mengapalah kita berbalah sesama sendiri atas suatu perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita,sedangkan pihak-pihak yang bencikan kita sentiasa mempergunakan apa jua peluang ada untuk menghancur dan memecah-belahkan kita?
Fikir-fikrkan lah...
Sekian dariku MATBULAN...
Tawau,Khamis : Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, PAS kawasan Tawau tetap meneruskan Program Masyarakat Prihatin yang telah dilancarkan awal bulan Oktober lalu bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Pada 5 November 2009 baru-baru ini,PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan bantuan berupa wang tunai kepada 17 pelajar Madrasah Darul Hidayah yang terletak di Kampung Sg.Imam,Tawau.Pelajar terbabit yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketua Urusan ulama' PAS Kawasan Tawau,Al-Fadhil Ust Allias Sulung.


Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka ini melalui dewan Pemuda PAS Kawasan tawau,bolehlah terus masukkan ke dalam akaun bernombor 10025010011767 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.
Semoga sumbangan tuan/puan diberikan balasan setimpal oleh ALLAH SWT,amin...
Gombak,Selangor : Seorang ahli Unit Amal Tawau,Sdr Firdaus bin Mohd Yusuf telah terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini. Beliau yang bekerja sebagai Grafic Designer di sebuah syarikat percetakan dikatakan telah gagal mengawal motorsikal yang ditungganginya di sebuah selekoh lalu terbabas dan mengakibat kecederaan di bahagian kaki.Ketika dihubungi sebentar tadi beliau yang kini berada dalam keadaan yang stabil mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan yang serius ataupun membawa maut.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Tawau,kami mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh terus menyumbang tenaga pada jemaah walau dimana beliau berada.Kepada semua sahabat-sahabat yang berada di tanah semenanjung diharap agar dapat menziarahi sdr Firdaus andainya terdapat luang dan kesempatan.
Labels: .
Kelantan,Sabtu : Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak PASTI Kawasan Tawau yang telah dianugerahkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik di Malaysia pada majlis sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang diadakan di Kota Bahru pada 31 Oktober 2009 baru-baru ini.Majlis yang dirasmikan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah berlangsung selama 3hari bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2009.
Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia,Kelantan adalah antara negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu bagi negeri tersebut.Antara 2 hari tersebut,maka hari Jumaat adalah hari yang paling ditunggu oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana pada hari tersebut mereka akan berpeluang mengikuti kuliah mingguan yang disampaikan oleh Menteri Besar kelantan,YAB Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz di Medan Ilmu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bahru.
Memang amat jauh bezanya negeri yang ditadbir oleh Ulama' yang mengambil berat tentang kehidupan ukhrawi dan duniawi serta memegang erat amanah yang diberikan dengan negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang hanya mementingkan keuntungan di dunia semata-mata dan menjadikan amalan rasuah sebagai satu cara untuk mengkayakan diri dan keluarga serta sahabat handai.
Hati begitu tenang melihat lautan manusia di setiap penjuru kota yang sanggup duduk di atas aspal jalan raya yang panas dan hanya beralaskan selipar atau surat khabar hatta mereka sanggup duduk ditepi-tepi longkang sekalipun asalkan dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh tok guru tanpa mengira pangkat dan darjat,kaya atau miskin serta fahaman politik yang berbeza.Sama-sama khusyuk mendengar kerana mereka yakin bahawa ketika itu mereka sedang berada di taman-taman syurga..
Kesempatan berkunjung ke Kelantan baru-baru ini,tidak disia-siakan penulis untuk mengikuti kuliah tersebut secara langsung.Namun hati agak sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bersalaman dengan Tok Guru kerana ribuan lagi sedang menunggu untuk melakukan perkara yang sama.
Selain daripada mendapat keuntungan akhirat,keuntungan dunia juga tidak terlepas kerana ramai peniaga-peniaga kecil berpeluang meraih rezeki yang berlipat ganda apabila gerai-gerai jualan turut dibuka untuk kemudahan para pengunjung yang bertandang ke majlis ilmu tersebut saban minggu.
Kepada yang belum berkesempatan menziarahi Kelantan ,rebutlah peluang sekiranya berkemampuan untuk melihat sendiri suasana kehidupan rakyat negeri tersebut. Sesungguhnya apa yang saudara/i, dengar dan lihat di kaca tv atau dicorong radio sangat jauh berbeza dengan fakta sebenar.Kelantan tidak mundur atau ketinggalan,cuma kesederhanaan hidup yang diamalkan oleh rakyatnya sering disalah tafsir oleh mereka-mereka yang bencikan kepimpinan ulama di negeri yang mendapat jolokan serambi Mekah ini tempat istirahat kepada mereka yang cintakan kehidupan di akhirat sana.
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)







