Pagi tadi aku dihubungi oleh seorang teman memaklumkan bahawa nama ku telah disebut di dalam sebuah blog kerana dianggap sebagai orang yang memberi pandangan dalam 'shoutmix' terhadap satu isu dengan menggunakan nama samaran 'Guest'..Aku tak tahu camana tuan empunya blog tu boleh mengesan bahawa si Guest tu adalah aku tanpa bertanya atau berjumpa dengan aku terlebih dahulu untuk mensahihkannya..Setelah aku kaji dan selidiki mengapa aku dianggap sebagai orang yang melontar pandangan itu walaupun pihak yang menuduh tidak berjumpa dengan yang tertuduh untuk mendapat penjelasan terlebih dahulu maka aku dapati ada beberapa sebab yang mungkin dia jadikan hujjah untuk menuduh ku..

  1. Mungkin kerana aku antara orang yang terserempak dengan dia di majlis itu dan aku dijadikan "suspek utama".
  2. Mungkin kerana adanya komen tentang satu lagi unit yang hampir sama dengan unitnya maka aku dijadikan 'suspek utama' kerana sebelum ini aku mungkin dilihat anti atau tidak sebulu dengan unit itu maka tentula sudah tiada orang lain selain aku!!
  3. Mungkin juga dia mengesan darimana datangnya orang yang mengomen itu melalui data pelawat yang melawat diblognya,sapa tau orang itu menggunakan matbulan untuk melontarkan pandangan.
  4. Atau mungkin aku antara orang yang berada dalam senarai manusia yang paling dia tidak gemari atau disukainya,lalu kalau ada yang tidak kena maka aku mestilah dijatuhkan hukuman terlebih dahulu..Ni dah jadi macam orang umNO dah ni!!!hukum dulu baru siasat!!
Apapun aku ucapkan syabas kepada dia kerana telah berjaya menangkap dan menjatuhkan hukuman kepada 'suspek utamanya' dalam masa yang begitu singkat.Kalau lah macam ni pihak berkuasa bertindak dalam menyiasat kes-kes berprofil tinggi dalam negara kita kan bagus...
Cuma nasihatku kalau iya pun jumpalah dulu orang yang dituduh itu untuk mendapatkan penjelasan,itukan lebih baik...kalau selepas tuduh baru nak jumpa maka ianya samalah seperti.... Lu fikir lah sendiri labu...

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.

Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.

Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.

PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Samada ianya benar-benar akan berlaku atau tidak,sama-samalah kita lihat nanti. Namun itulah maklumat yang aku dapat dari sahabat yang berada di Felda Umas,ust Yusri.

"Akh,PASTI di Felda Umas ni diarah keluar dari bangunan tempat beroperasi sekarang ni" begitulah lebih kurang bunyi sms yang aku terima dari ust Yusri,mudir PASTI Nurul Ikhwan Felda Umas.Beliau telah dimaklumkan tentang arahan itu daripada Pengerusi Surau tempat PASTI beroperasi sekarang ini.

Menurut ust Yusri lagi sehingga sekarang pengerusi surau tersebut agak sukar untuk ditemui untuk membincangkan perkara ini,"Telefon pun tidak berjawab,sms tidak berbalas" jelas Ust Yusri.Tindakan beliau ni agak pelik kerana sikapnya sebelum ini bukan begitu... seolah-olah dia takut atau telah ditakutkan oleh pihak-pihak tertentu.

Akhirnya ust Yusri dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..

Wajah ceria kanak-kanak ni akan..

bertukar menjadi suram dan sedih,andainya..

mereka terpaksa melangkah pergi untuk mencari tapak baru dan berpindah kerana menjadi mangsa kezaliman puak-puak yang tidak bertanggung jawab..


Aik? Pelik juga kan... ngapa pula kena berjumpa dengan puak ni? apa kena-mengena dia dengan pentadbiran surau tadi? Atau kah dia ni yang....

Hai..kalaulah benda ni berlaku pada TABIKA KEMAS dan terjadi pula di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat...Confirm!! TV1,TV2,TV3 dan sekutu-sekutunya termasuklah akhbar tunggangan UMNO menjadikan isu ni sebagai berita UTAMA! Confirm...seminggu keluar berita tentang kezaliman yang dilakukan KONONnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada kanak-kanak yang tidak berdosa! Tapi kalau berlaku pada PASTI...semua dok senyap je...macam takda apa yang berlaku...

1. Politik cantas atau "cah keting" dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau sejamaah .

2. Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan .

3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .

4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .

5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .

6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .

7. Suka ditegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .

8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .

9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .


10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .

a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang .
c] Tutup segala ruang buat syaitan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah .
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah .
f] Dengar dan taat arahan pimpinan .
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri .
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur .
j ] Memuktamadkan keputusan melalui sistem syura

Terkejut seketika para pengunjung di Pasar Putatan Kota Kinabalu apabila melihat kehadiran gerombolan pemuda PAS pada pagi Ahad 17 Januari baru-baru ini.Lengkap dengan baju yang mempunyai lambang parti dan membawa risalah agak meresahkan seketika para peniaga di situ.

"Ada demonstrasi kah" tanya salah seorang pengunjung pasar tersebut.

"Tidak encik,kami datang pagi ni untuk memperkenalkan Ketua Pemuda kami dari Pusat yang datang melawat ke Sabah" jawabku ringkas.

"ooh begitu. Yang mana satu orangnya?"tanya salah seorang peniaga di situ.

"Ok nanti saya pekenalkan dengan kakak yer" balasku.

bertanya khabar kepada peniaga di pasar Putatan

Ust Tantawi sedang berbual dengan peniaga muda di situ

Begitulah serba sikit senario yang berlaku pada pagi itu.Mula mereka agak risau melihat kehadiran kami,tapi setelah melihat sendiri sikap peramah yang ditunjukkan oleh ust Nasaruddin Tantawi yang mengetuai lawatan itu,mereka mula menunjukkan respon dan layanan yan baik kepada kami.


Keramahan Ketua Pemuda PAS Malaysia ini amat disenangi oleh para peniaga dan pengunjung pasar Putatan

Lawatan singkat itu telah membuktikan bahawa masyarakat umum dan rakyat Sabah secara keseluruhannya dapat menerima PAS denga baik sekiranya kita sering datang dan melawat mereka.Justeru itu aktiviti serta program-program kemasyarakatan wajar diperbanyakkan bagi memastikan PAS khususnya di Sabah mendapat tempat di hati pengundi dari pelbagai kaum di negeri ini.

;;