Selepas 2 minggu dinaikkan,akhirnya banner ucapan Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang digantung oleh Jawatankuasa Penaja PAS Kunak telah hilang samada ianya diturunkan ataupun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,sdr Daramansah Lamasa.Menurut sdr Daramansah,dia telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang sahabat yang juga mendapat maklumat tersebut melalui KUNAKPRESS.BLOGSPOT.COM.


Inilah banner yang digantung oleh petugas PAS tempoh hari...( gambar diambi dari kunakpress )


Sudah pasti insiden ini tidak akan mematahkan semangat ahli PAS terutamanya pihak Dewan Pemuda PAS Tawau ,malah ianya tambah membangkitkan lagi semangat mereka.Kejadian seperti ini adalah merupakan asam garam dalam perjuangan.Fitnah,mehnah dan tribulasi seolah sudah sebati dalam jiwa anak muda yang cintakan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan syiar Islam dengan cara yang dibenarkan oleh syarak dan juga dengan semangat demokrasi yang sekian lama kita dokong bersama.


....namun banner tersebut telah hilang 2 minggu kemudian


Oleh bagi pihak Dewan Pemuda PAS dan Badan Penaja PAS Kunak kami sekali lagi ingin menyatakan bahawa walau sehebat manapun dugaan yang terpaksa kami tempuh namun insyaAllah PAS akan tetap bertapak di Kunak..Oleh itu kepada mereka-mereka yang berniat untuk menghalang penubuhan PAS di Kunak kami ingin menasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut kerana kami yakin dengan apa yang kami perjuangkan.Ibarat berada dalam perlawanan bolasepak,marilah kita bermain di padang yang sama rata agar kita boleh menguji kemampuan sebenar kita untuk membangunkan negara yang kita cinta ini yang juga menjunjung amalan dan semangat demokrasi sejak sekian lama.

InsyaAllah,Parti Islam Semalaysia ( PAS ) akan menubuhkan cawangannya di Daerah Kunak sedikit masa lagi.Buat permulaannya sebuah Badan Penaja akan ditubuhkan di sana. Gerak kerja ke arah itu sudah dimulakan.Cuma setakat ini mereka yang menguruskan Penaja tersebut masih belum boleh didedahkan untuk mengelakkan mereka diganggu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab..Mereka adalah anak tempatan Kunak yang terdiri daripada generasi muda yang punyai potensi untuk menjadi pemimpin...

Harapan kami ialah agar ramai lagi penduduk Kunak terutamanya anak-anak muda akan tampil dan menyertai PAS..Kita perlukan satu pasukan yang betul-betul mantap untuk menyaingi UMNO/BN di Kunak. Mari kita wujudkan satu suasana baru dalam membentuk landskap politik terutamanya di Daerah Kunak yang majoriti pengundinya adalah dari kelompok Melayu Islam. InsyaAllah kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan mengadakan kempen pendaftaran ahli baru PAS dan pendaftaran Pemilih baru untuk PRU yang ke-13 di daerah Kunak dalam masa terdekat ini.Kerjasama dari parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP Kunak amatlah diharapkan..



Kepada anak muda kelahiran Kunak yang berada di perantauan,baliklah...kami memerlukan pertolongan anda bagi memantapkan lagi perjuangan PAS di Kunak.Kepada mereka yang masih berada di Kunak samada anda bekerja sendiri,memegang jawatan atau tidak dalam kerajaan,sudah pencen atau sebagainya, sambutlah tangan yang kami hulurkan..PAS tidak akan berkembang di Kunak tanpa pertolongan anda..Kami amat mengharapkan sokongan anda semua.

Sebenarnya aku pun malas nak ambil tahu hal rumah tangga UMno ni..tapi semalam aku dihubungi oleh seorang pegawai "cawangan khas" kurang lebih jam 7.40mlm...ketika tu aku sedang "makan angin" dengan isteri dan anak-anak..Dia tanya samada pemuda PAS Tawau tahu atau mempunyai maklumat tentang individu atau kumpulan yang bertanggung jawab menyimbah cat merah di wajah MP Kalabakan YB Ghaffur Salleh yang diletakkan disimpang masuk ke Kompleks Sukan Tawau dan beberapa tempat yang lain..Dia juga bertanya samada insiden itu berlaku kerana pergolakkan dalaman ataupun tidak..

Aku pun pelik juga dengan kawan 'SB' aku ni..aku tak tahu ngapa dia merujuk dengan Pemuda PAS tentang masalah ni...sebagai pegawai keselamatan sepatutnya dia tentulah lebih arif tentang perkara ni kan..tapi takpalah mungkin juga dia sekadar bertanya untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci..ataupun mungkin untuk ........(faham-faham lah ces ) So aku jawab mudah je semalam.."Kami tak tahu"

Bukan tak mahu bekerjasama tapi kami memang tak tahu! Makhluk yang bertanggung jawab merosakkan wajah kacak MP Kalabakan tu tentunya beroperasi tengah malam atau time sunyi..masa tu orang PAS sedang bersolat sunat Tahajud!! lagipun kawasan kompleks tu gelap sangat..harap tiang lampu je banyak tapi tak berfungsi! Haa..ini juga satu benda yang harus diambil perhatian oleh bapak menteri yang jaga kompleks sukan tu..jangan sibuk promosi wajah di papan iklan dekat simpang tu je..tapi kalau lampu tak menyala camana orang nak tengok wajah awak!! ( Di situ matinya Ces!! )

Melepas geram atau konflik dalaman?


Tapi benda ni bukan baru berlaku..Ingat kah lagi saudara semua bahawa kejadian serupa pernah juga terjadi kepada bekas ADUN Merotai penggal lalu Dato( sekarang Tan Sri) Liew Yun Fah? Masa tu semua orang heboh..tapi lepas tu senyap je..sapa yang buat tak dapat dikesan...

Kepada kawan SB aku ni,InsyaAllah kalau kami ada maklumat kami akan salurkan..jangan bimbang..Kami tiada masalah untuk bekerjasama dengan polis untuk membenteras masalah jenayah..kepada yang buat kerja tak berfaedah ni,hentikan lah kerja bodoh awak tu..kalau nak marah dengan pemimpin pun tunjukkan kemarahan anda dalam Pilihanraya Umum yang akan datang dengan tidak memilih mereka lagi..bukan dengan simbah cat digambar mereka..gambar tu bukannya boleh melawan pun...

Sumber : Malaysiakini

Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:

- Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

- Menguatkuasakan dasar gaji minimum

- Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini

- Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan

- Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya


Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakhir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.


Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.Selain itu, ahli parlimen Kuala Krai itu memberitahu pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.


"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Aku dapat maklumat seorang sahabat kami akan diambil tindakan yakni kemungkinan besar beliau akan dipindahkan bertugas di kawasan pendalaman kerana penglibatannya dengan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran Islam yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Kerana sumbangan yang diberikan walaupun kecil tetapi telah menyebabkan Pakatan Rakyat telah menang dalam PRK di Sibu baru-baru ni. juga kerana penglibatannya secara aktif atas penyebaran dakwah islamiah di negeri Sabah yang tercinta ini...Difahamkan juga tindakan diambil atas laporan yang dibuat oleh puak-puak yang kalah tu.

Dorang bengang kerana walaupun menghabiskan duit berjuta-juta tapi tetap juga ditolak oleh rakyat di Sibu..Hah..nak lepas geram dengan orang Sibu takut pula PRU negeri Sarawak nanti mereka kehilangan negeri tersebut..so yang jadi mangsanya orang yang bertugas siang dan malam lah...Fuh! ni lah yang dipanggil Pondan ataupun pengecut..Gentleman lah sikit bro..Kalau nak bertarung biarlah betul-betul.Kalau dah kalah terimalah dengan hati yang terbuka..janganlah berdendam pula...

Tapi jangan bimbang sahabatku...kita mohon pada Allah..kita merayu pada Allah..atas kezaliman yang telah mereka lakukan kepada kita...tidak di dunia InsyaAllah mereka akan dapat balasannya di akhirat kelak..Cuma pintaku janganlah kerana tekanan,mehnah dan tribulasi yang dikenakan ke atas kita,menyebabkan kita lari dari perjuangan ini..Kita teruskan perjuangan...kemenangan milik kita jua akhirnya,InsyaAllah..

;;