Kita mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka di Bagan Pinang kerana keterbatasan waktu yang ada pada kita...

Kita mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka di Bagan Pinang kerana lautan yang luas yang memisahkan kita...

Kita mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka di Bagan Pinang kerana kemiskinan atau ketidak mampuan dan kesempitan hidup yang ditakdirkan kepada kita...

Kita juga mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka di Bagan Pinang kerana terlalu banyak bebanan dan tanggungjawab yang dipikulkan di atas pundak kita...

tapi...

Satu perkara yang aku yakin kita semua sebagai pendokong gerakan Islam mampu lakukan ialah memohon dan bermunajat kepada ALLAH SWT agar menurunkan pertolongan dan kemenangan kepada PARTI ISLAM di Bagan Pinang...

Justeru..

Aku merayu dan memohon pada antum sekalian agar hadir beramai-ramai pada malam ini di markas Tarbiah PAS,Jln Kuhara Tawau atau dimana jua tempat dan lokasi yang telah ditetapkan oleh jemaah untuk melaksanakan solat hajat dan memohon kepada Allah SWT agar cahaya Islam bersinar di Bagan Pinang..

namun sayangnya..

kalau itupun kita tak dapat lakukan kerana pelbagai alasan yang kita ciptakan...

apalah nilaian diri kita di sisi ALLAH...



Apalah alasan yang akan kita berikan di hadapan ALLAH kelak...

Bukankah Allah telah mengurniakan masa 24jam sehari?

Mengapakah kita terlalu kedekut untuk menginfakkan sedikit masa untuk perjuangan dan kemuliaan Islam?

TEPUK DADA TANYALAH IMAN MASING-MASING...


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.


Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.


PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.


Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Masjid Al-Kauthar yang terletak di bandar Tawau Sabah mula dikenali di seluruh negara apabila ianya diziarahi oleh Yang di-Pertuan Agong ke-12,Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail beberapa tahun yang lalu.Pada September 2009,sekali Masjid Al-Kauthar mencipta sejarah apabila ianya dikunjungi oleh orang nombor 1 negara yakni Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis berbuka puasa.

AL-KAUTHAR MASJID YANG PALING TERBESAR DI TAWAU

Kini,sekali lagi Masjid Al-Kauthar mencipta kejutan dan kontroversi apabila semenjak sebulan kebelakangan ini tiada lagi kedengaran laungan azan apabila masuknya waktu solat.Pelbagai andaian telah dibuat oleh masyarakat umum mengenai masalah yang berlaku ini.Sehinggakan ada individu yang mendakwa bahawa pihak Masjid Al-Kauthar telah mendapat bantahan daripada pihak gereja berhubung isu azan tersebut yang kononnya laungan azan tadi telah mengganggu ketenteraman awam lebih-lebih lagi pada waktu subuh.

Ada juga yang mendakwa bahawa pihak Pengurusan Masjid Al-Kauthar terpaksa tunduk dengan tekanan dari pihak-pihak tertentu berkaitan dengan isu azan tadi menyebabkan mereka terpaksa mengarahkan bilal yang bertugas hanya menggunakan 'speaker' dalam masjid sahaja apabila melaungkan azan.Kes serupa juga pernah berlaku pada Masjid Bandar Tawau,apabila pihak pengurusannya terpaksa tunduk dengan tekanan daripada pihak-pihak tertentu kerana pihak tersebut mendakwa laungan azan setiap waktu solat telah mengganggu ketenteraman pelanggan mereka yang ingin berehat! Akibat dari bantahan itu sehingga sekarang kita mendapati azan yang dilaungkan di Masjid Bandar hanya dapat didengar di sekitar masjid sahaja kerana 'speaker'nya diletak menghala ke dalam masjid dan bukan ke luar seperti masjid yang lain.

masjid Bandar Tawau juga menjadi mangsa tekanan pihak yang bencikan laungan azan

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini,penulis telah menghubungi pihak ataupun sumber yang rapat dengan pengurusan Masjid Al-Kauthar bagi mendapat gambaran yang sebenar supaya berita yang disampaikan nanti bersifat adil dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.Menurut sumber tersebut segala andaian atau prasangka yang dibuat mengenai isu azan di Masjid Al-Kauthar adalah tidak tepat.Sebenarnya sistem pembesar suara pada masjid tersebut telah mengalami kerosakan dari segi teknikal menyebabkan laungan azan tidak dapat didengar melalui corong pembesar suara yang terletak pada menara masjid. Menurutnya lagi puluhan ribu telah dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pembesar suara tersebut namun ianya masih masih belum dapat diatasi.Katanya lagi pihak pengurusan Masjid Al-Kauthar telah menganbil keputusan untuk memperbaiki sistem pembesar itu secara menyeluruh iaitu dari A-Z,agar masalah itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Demikianlah ulasan yang dapat dibuat mengenai isu terbaru di bandar Tawau ini. Tentunya maklumat ini berguna untuk kita semua.Penulis menyerahkan sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat penilaian,namun apa yang penting ialah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di sini.Walaupun mungkin isu bantahan dari pihak-pihak luar terhadap isu azan itu tidak benar tapi isu pengurusan kewangan Masjid Al-Kauthar ini perlu diambil perhatian.Jadilah masyarakat yang prihatin! Isu ini merupakan isu besar yang harus diambil perhatian yang serius!!





TAWAU-Ihtifal Alam Ria PASTI Tawau kali yang ke-9 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau telah berlangsung dengan begitu meriah dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.Hampir 3000 orang hadir pada majlis tersebut.

Majlis itu yang dirasmikan oleh AJK PAS Pusat Tuan HJ Ahmad Dullah telah turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan juga Democratic Action Party (DAP) kawasan Tawau.

Sedikit info bergambar untuk tatapan anda pada sebelum,semasa dan selepas acara ihtifal itu dijalankan.

SEBELUM MAJLIS BERMULA(PERSIAPAN TEMPAT)

Dewan utama tempat acara berlangsung


Para petugas jemaah bertungkus lumus menyiapkan latar belakang pentas

antara tenaga penting yang menjayakan ihtifal kali ini



Guru-guru PASTI bekerjasama menyiapkan pentas


Usrah tetap diadakan tak kira di mana atau sesibuk manapun kita

SEMASA MAJLIS BERJALAN


orang ramai memenuhi ruangan tempat duduk sejak awal lagi

antara acara yang sempat dirakamkan

SELEPAS MAJLIS

berat sama dipikul,ringan sama dijinjing



para petugas diraikan setelah penat mengerah tenaga sepanjang hari

orang-orang penting PASTI ( dari kiri Timb Pengerusi,Pengarah Ihtifal Alam ria dan Pengerusi PASTI )

barisan hakim yang arif lagi bijaksana

adik-adik Nisa turut membantu memeriahkan lagi majlis

Doa dipanjatkan agar majlis ihtifal ini diberkati

Kepada semua yang menjayakan Majlis Ihtifal Alam Ria Kali ke-9 ini,kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,Allah saja yang dapat membalasnya.Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan di sepanjang majlis ini dijalankan..

UMNO dilihat semakin terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini apabila parti itu mengumumkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka bagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Isa yang sebelum ini telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana melakukan rasuah dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004 telah diumumkan sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi UMNO di Port Dickson jam 5.15 petang tadi walaupun ianya tidak dipersetujui oleh banyak pihak termasuklah bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad.

Isa dijulang oleh penyokong fanatiknya

Mahathir dalam responnya sebelum ini menyatakan bahawa UMNO akan ditolak oleh rakyat di seluruh negara dalam pilihanraya umum akan datang walaupun mereka menang di Bagan Pinang sekiranya mereka tetap memilih Isa sebagai calon kerana ianya memperlihatkan ketidaksungguhan UMNO dalam memerangi rasuah apabila mereka memilih pemimpin yang pernah melakukan rasuah sebagai calon parti itu.


UMNO,menang sorak maruah tergadai

Apalah nak jadi dengan UMNO ni...dah takde ke ahli atau pemimpin yang lebih berintregriti,jujur,amanah dan tidak rasuah untuk dijadikan sebagai calon? inilah tanda-tanda parti yang nazak dan dah nak mati dah....

;;