Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Tawau, Isnin - Satu pertemuan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat Tawau telah diadakan hari ini bagi membincangkan isu kematian mengejut Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.


Perbincangan yang mengambil masa hampir 2jam itu diadakan di Pejabat PAS Kawasan Tawau telah menemukan wakil PAS,DAP dan PKR.PAS diketuai oleh Sdr Mohamad Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Sdr Darmanshah Lamasa, Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Mohd Kasman AJK Dewan Pemuda PAS Tawau, DAP pula diketuai oleh YB Jimmy Wong ADUN Sri Tanjung,Chan Foong Hin,Mr James dan sdr Fung Thin Yein manakala PKR diwakili oleh En. Gan dan En Nasaruddin.


Satu sidang akhbar akan diadakan esok pagi bagi memaklumkan pendirian pihak Pakatan Rakyat Kawasan Tawau berhubung dengan kes kematian Teoh yang mendapat liputan diseluruh negara.

Semua wartawan akhbar tempatan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar itu yang diadakan pada :

Tarikh : 21 Julai 2009
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Tawau
Masa : 10pagi

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.



Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.




Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.





Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalah lapor.

CERAMAH UMUM


TAWAU : Satu ceramah umum bersama dengan ust Mujahid Yusuf Rawa AJK PAS PUSAT dan sdr Hu Pang Chow Penasihat Kelab Penyokong PAS Malaysia akan diadakan pada 25 Julai 2009. Ceramah umum itu yang dianjurkan oleh PAS kawasan Tawau akan diadakan di sebuah hotel bermula pukul 8 malam. Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor yang tertera di bawah ini :


089-760215, 089760221, 0198333639 ,0128610033, 0198732884, 0145582853,

"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"


;;