Pagi tadi aku dihubungi oleh seorang teman memaklumkan bahawa nama ku telah disebut di dalam sebuah blog kerana dianggap sebagai orang yang memberi pandangan dalam 'shoutmix' terhadap satu isu dengan menggunakan nama samaran 'Guest'..Aku tak tahu camana tuan empunya blog tu boleh mengesan bahawa si Guest tu adalah aku tanpa bertanya atau berjumpa dengan aku terlebih dahulu untuk mensahihkannya..Setelah aku kaji dan selidiki mengapa aku dianggap sebagai orang yang melontar pandangan itu walaupun pihak yang menuduh tidak berjumpa dengan yang tertuduh untuk mendapat penjelasan terlebih dahulu maka aku dapati ada beberapa sebab yang mungkin dia jadikan hujjah untuk menuduh ku..

  1. Mungkin kerana aku antara orang yang terserempak dengan dia di majlis itu dan aku dijadikan "suspek utama".
  2. Mungkin kerana adanya komen tentang satu lagi unit yang hampir sama dengan unitnya maka aku dijadikan 'suspek utama' kerana sebelum ini aku mungkin dilihat anti atau tidak sebulu dengan unit itu maka tentula sudah tiada orang lain selain aku!!
  3. Mungkin juga dia mengesan darimana datangnya orang yang mengomen itu melalui data pelawat yang melawat diblognya,sapa tau orang itu menggunakan matbulan untuk melontarkan pandangan.
  4. Atau mungkin aku antara orang yang berada dalam senarai manusia yang paling dia tidak gemari atau disukainya,lalu kalau ada yang tidak kena maka aku mestilah dijatuhkan hukuman terlebih dahulu..Ni dah jadi macam orang umNO dah ni!!!hukum dulu baru siasat!!
Apapun aku ucapkan syabas kepada dia kerana telah berjaya menangkap dan menjatuhkan hukuman kepada 'suspek utamanya' dalam masa yang begitu singkat.Kalau lah macam ni pihak berkuasa bertindak dalam menyiasat kes-kes berprofil tinggi dalam negara kita kan bagus...
Cuma nasihatku kalau iya pun jumpalah dulu orang yang dituduh itu untuk mendapatkan penjelasan,itukan lebih baik...kalau selepas tuduh baru nak jumpa maka ianya samalah seperti.... Lu fikir lah sendiri labu...

Pasti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Umno memberikan jawapan kenapa mereka membuat bantahan terhadap isu Perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang sedangkan 3 negeri yang diperintah Umno mengumumkan tidak mengadakan sebarang perarakan.

Bergegar tujuh petala langit bila mendengar Umno begitu nekad dan bersemangat memperjuangan perarakan maulidur Rasul yang umum mengetahui bahawa itu bukanlah sebahagian amalan yang dituntut atau diwajibkan oleh Islam. Kerajaan Pulau Pinang dituduh sebagai cuba menindas orang Melayu dan cuba menafikan hak mereka untuk berarak. Umno menuduh Kerajaan Pakatan cuba melenyapkan syiar Islam dan macam-macam lagi pertuduhan yang bersifat rasis dan melampau.

Akhirnya, kejahilan Umno ditampar oleh jabatan agama di 3 negeri yang mereka perintah sendiri. Jabatan Agama Johor, Pahang dan Perlis memaklumkan minggu lepas kepada wartawan Malaysiakini bahawa mereka tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Mujurlah masih ada Jabatan Agama yang berani untuk menempelak kejahilan Umno ini. Jika tidak Umno akan terus jadi kaduk naik junjung dan menatang penuh kejahilan mereka atas dasar politik dendam kesumat.

Seluruh negara tahu, Umno kini bagai cacing kepanasan selepas kalah PRU-12. Setiap bulan mereka mencari alasan untuk adakan demontrasi seluruh negara. Setiap hari mereka memikir untuk cari isu untuk menghentam Pakatan. Mereka cuba jadi juara rakyat, cuba jadi juara Islam. Setelah modal ‘Melayu’ tidak laku, mereka mereka cuba jual ‘Islam’ untuk kepentingan politik mereka. Tapi rakyat tidak bodoh, Umnolah yang jahil.

Kepada seluruh ahli PAS dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama membaca surah yasin supaya Allah memberi hidayah kepada ahli umno sempena meraikan Maulidur Rasul. Rasulullah sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti berdakwah, hatta kepada orang munafik dan Fasiq.

PAS yakin, ramai ahli Umno yang semakin cerdik hari ini dan mahu memilih Islam sebagai jalan perjuangan. Mungkin kerana takut hilang kesenangan dunia mereka masih ragu-ragu untuk tinggalkan Umno. Kita bacalah Yasin dan doakan semoga mereka diberikan hidayah untuk tinggalkan Umno dan menyertai perjuangan Islam yang sebenarnya. Tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit kerana akhir hidup ini hanyalah liang lahad yang dinisankan dengan tulisan jawi dengan malaikat sedia menanti.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

;;