TAWAU : Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang di ketuai oleh Ketua Pemudanya sdr Lahirul Latigu dan beberapa EXCO pemuda negeri telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Tawau pada 19-20 Disember baru-baru ini.Beberapa program telah diaturkan sepanjang lawatan itu antaranya mengadakan sesi dialog dengan barisan AJK Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau, mengadakan kunjungan hormat ke atas barisan pimpinan PAS negeri Sabah , perjumpaan muhibbah dengan peneroka FELDA Umas dan juga mengadakan perjumpaan dengan para alumni MARSIS dan bekas siswazah di Tawau.

Berikut diselikan sedikit gambaran perjalanan program tersebut...

DIALOG BERSAMA EXCO PEMUDA TAWAU




KUNJUNGAN HORMAT KE KEDIAMAN YDP PAS KAWASAN TAWAU



LAWATAN KE PROGRAM LUJNAH PELAJAR DPPKT






PANAS: Gambar aksi penyokong gerombolan yang melampau!..sebarkan!















[[ Penulis tak mahu komen panjang..sudah berbuih mulut ini bicara mengenai dasar kebangsaan dan semangat asobiyyah penyokong gerombolan..melayu, melayu, melayu dulu kini dan selamanya..lihat sahaja contoh diatas...betapa jelas perjuangan mereka sebenarnya hanya untuk bangsa ditempat pertama, agama ditempat kedua..

Ternyata sikap dan tindak tanduk mereka tidak melambangkan tatasusila dan adab seorang Melayu, jauh sekali bertepatan dengan akhlak dan peribadi muslim..penulis malu mengaku sebagai orang Melayu jika ini cara fikir dan tindak sebahagian dari umat Melayu (dalam Umno)..terlalu kuat dasar kebangsaannya, terlalu keras semangat asobiyyahnya..sehinggalah terlihat perwatakan sebenar mereka melalui gambar diatas..]]

Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

...Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.

Sumber, Malaysiakini

[[ Satu sahaja penulis nak cakap..dasar pembohong!..gambar2 diatas jelas menyanggah kata2 sumbang Muhyidin..kononnya mereka tidak tahu kain rentang terbabit wujud..sedangkan dan hakikatnya dari kalangan merekalah yang bertanggungjawab menyediakannya!

Jika sebelum ini, heboh 1Malaysia mengenai isu pemimpin DAP memijak gambar ADUN 'katak' dan ramai menuntut mereka memohon maaf, bahkan kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim sendiri yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut, sehinggalah mereka memohon maaf..

Tapi untuk kali ini, ternyata pemimpin tertinggi mereka, Muhyidin awal-awal lagi mempertahankan tindakan ahli-ahlinya walaupun jelas ianya perlakuan salah dan biadap..kerana apa? kerana itu bertepatan dengan ciri dan budaya mereka...benar kata Tun Mahathir membenarkan kata seorang bekas pemimpin kanan Umno, "Umno busuk sehingga ke ususnya"..buktinya....







Akhir kalam, inilah yang dikatakan 'asobiyah tidak bertempat'..jauh sekali menepati 'asobiyah terpimpin' yang selari dengan syariat dan nilai2 Islam seperti yang dituntut Ibnu Khaldun...wallahua'lam..]]

Doa adalah rahsia antara hamba dengan Penciptanya. Bahkan agama memang menggalakkan supaya seseorang itu berdoa dengan perlahan-lahan kerana Pencipta manusia adalah Maha Mendengar. Pencipta kita membenci orang yang berdoa dengan suara keras.

Tok Guru Nik Aziz boleh berdoa secara senyap-senyap sahaja supaya orang itu dan parti itu musnah. Orang itu tidak tahu, Hishamuddin tak tahu, Mufti Perak tak tahu, Noh Gadut tak tahu dan profesor-profesor universiti yang menghentam Tok Guru pun tak tahu.

Kita pun tidak tahu. Tahu-tahu, orang itu dan parti itu musnah sahaja andai doa itu termakbul.

Tetapi, mengapa Tok Guru menyebutnya secara terang-terangan? Ada orang parti itu boleh tolong jawab soalan tadi?

Tok Guru ada tujuan tersendiri mengapa perkara itu disebut secara terang-terangan. Kalau dia tidak menyebutnya pun boleh, tak mengapa, tetapi dia mengambil keputusan untuk menyebutnya. Mengapa?

Bagi saya, Tok Guru ingin menyedarkan orang ramai mengenai kejahatan orang itu dan parti itu. Kejahatan orang itu dan parti itu tidak disedari oleh mereka yang mabuk dengan irama dan khayalan yang didendangkan oleh orang itu dan parti itu.

Dendangan orang itu menyebabkan sebahagian Mufti dan ustaz yang menyokong parti itu, juga profesor yang mengampu orang itu dan parti itu terlena, terleka, lalai dan lupa. Mereka lalai dan ralit bahawa parti itu dan orang itu telah, sedang dan akan merampas hak orang lain.

Isunya bukan doa. Isunya ialah orang itu dan parti itu jahat. Orang itu dan parti itu tidak menunaikan amanah. Itu yang ramai orang tak sedar termasuk Mufti, bekas Mufti dan profesor.

Selepas Tok Guru menyebut akan berdoa untuk kemusnahan orang itu dan parti itu, barulah orang itu dan parti itu terkejut besar. Barulah Mufti, ustaz dan profesor yang membodek parti itu terjaga daripada khayalan masing-masing.

Bila isu itu dikaitkan dengan doa, barulah Hishamuddin, Harussani, Noh, profesor-profesor itu terkejut. Wah, rupa-rupanya ada kejahatan yang dibuat oleh orang itu sehingga Tok Guru terpaksa menyebut secara terang-terangan untuk berdoa memusnahkan orang itu dan parti itu.

Itu sebenarnya penangan pengumuman doa Tok Guru tersebut.

Ayoh, mari kita semua berdoa perlahan-perlahan supaya orang itu dan parti itu musnah. Apa macam? Apa kata Hishamuddin? Tok Guru Nik Aziz berdoa secara senyap-senyap, macam mana?

Mana lebih bahaya, doa senyap-senyap dengan doa bising-bising? Nasib baik Tok Guru bising, boleh juga orang parti itu tahu bahawa Tok Guru akan berdoa supaya parti itu lingkup. Kalau dia berdoa senyap-senyap dan parti itu benar-benar lingkup, apa macam?

Orang itu dan parti itu nak salahkan siapa? Bila Tok Guru sebut, bolehlah mereka nak salahkan Tok Guru.

Hah, rupa-rupanya orang parti itu yang sudah lama berpolitik pun tidak tahu membaca silat politik juga. Rupanya banyak silat politik yang orang politik perlu belajar daripada Tok Guru.

Terima kasih Tok Guru.

Tulisan,

Ust Zolkarnain Abidin ( sumber Kedah Lanie )

Rasanya seperti baru semalam mengenalinya.Orangnya cukup peramah,hormat dan sentiasa merendah diri.Pertama kali aku bersua dengannya ketika aku bersama rombongan Dewan Pemuda PAS Tawau mengikuti kursus unit Amal anjuran pemuda negeri di Tamparulli beberapa tahun yang lalu.Ketika itu aku panggil dia 'ust tuala' sebab dia meletakkan tuala di bahu ketika menyampaikan kuliah maghrib(maaf ust,ana tak tahu lagi nama ust masa tu..)

Selepas itu barulah aku dimaklumkan yang nama 'Ust Tuala' yang sebenarnya ialah Ust Hafizullah..Aku terus ingin mengenalinya dengan lebih rapat ketika kami bersama dalam barisan EXCO pemuda negeri. Namun kerana jarak sempadan yang begitu luas memisahkan kami maka ianya sedikit sebanyak telah membataskan kemesraan kami.Rasanya dekat setahun aku tidak dapat berjumpa dan berbual dengannya walaupun kami bersama dalam saff kepimpinan..Tup..tup.. aku dengar berita dia dah nak berpindah!




Bohonglah kalau aku katakan aku tidak terkejut ketika mendengar perkhabaran ini..

Bohong jugalah aku jika aku tidak terasa dengan perpindahannya..

Dan tentulah aku berbohong jika aku tidak berasa sedih dengan perpisahan ini..

Aku cuba membayangkan apakah akan jadi selepas ini..adakah yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti? Ya..aku sentiasa teringat kata-kata bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan dan bukan kita juga yang mengakhirkan perjuangan..Tapi realitinya tidak berlaku sedemikian.Ramai sudah sahabat-sahabat yang kembali ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan dan menyambung sisa-sisa perjuangan tetapi tempat yang mereka tinggalkan sehingga kini belum lagi diisi atau ada pengganti.Memang betul ramai sarjana dan para ust yang dihantar bertugas di Sabah,tapi mereka ini datang secara senyap dan pergi juga secara senyap.Seboleh mungkin mereka ini tidak mahu kelibat mereka di Sabah dicium oleh jemaah di sini.Ada di antara mereka anak-anak pimpinan di peringakt negeri di tanah semenanjung. Ada di antara mereka merupakan pimpinan kita di Mesir,Jordan dan sebagainya. Ada di antara mereka yang merupakan pimpinan-pimpinan kampus! Tapi apabila mereka sampai di bumi Sabah mereka jadi seperti tikus!! Mereka lebih senang duduk di dalam zon yang selesa daripada berjuang di jalan dakwah!




Namun walau macam manapun kita terpaksa melepaskan Ust Hafiz pergi..Adat orang merantau akhirnya kembali ke asal jua...SELAMAT BERJUANG SAHABATKU...terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan untuk mempertahankan islam di bumi Sabah..Doakan kami di bumi Sabah ini agar terus istiqamah dalam perjuangan dan mempertahankan islam sehingga kita memperoleh kemenangan ataupun kami Syahid dalam perjuang...

Minda Sayuti  SAYA merenung dan berfikir panjang dengan apa yang menimpa ke atas batang tubuh Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat sehari dua ini. Saya menghela nafas dan mengeluh sendiri. Kesal dan terkilan. Sedih! Daun-daun dukacita luruh melambak ke dalam diri

Sedih kerana ia menimpa batang tubuh peribadi persis Tok Guru. Kenapakah dalam usia sebegitu dan perjalanan jihadnya sudah hampir rapat ke langit, tiba-tiba ada musibah begitu. Kenapa ada yang tergamak melakukannya? Sungguh saya tidak mengerti? Apakah ini takdir atau satu suratan keran ada sejuta hikmah disebaliknya? Atau pun satu kecelakaan kerana kelalaian, atau musibah itu ujian terakhir dari Tuhan buatnya?

Saya percaya Tuhan tidak mencetuskan sesuatu kejadian dan takdir itu dengan sia-sia saja tanpa ada hikmah disebaliknya? Dan saya juga percaya atas kemusyidulannya, beliau kini sedang meraba-raba hikmat Tuhan di sebalik semua yang berlaku itu.

Kesedihan dan simpati terhadapnya tidak dapat diselindungkan. Bukan saja saya, malahan orang ramai juga. Saya sedih kerana mengenangkan kemuliaanya pada saya tidak sepatutnya beliau menerima perhinaan demikian rupa. Saya membayangkan bagaimanakah kudratnya yang sudah lemah itu untuk menghadapi musibah seperti itu. Tentulah beliau sendiri sangat sakit untuk menerimanya? Dalam keadaan hari ini sewajarnya kalau beliau dibahagiakan semahunya, dan tidak diganggu dengan kejadian-kejadian yang hina dan menyentuh perasaan begitu.

Dan kenapa saya katakan musibah itu menyedih dan menyesalkan, kerana ia benar-benar menyerabutkan Tok Guru. Betapa pun kuat tahap kesabarannya namun saya yakin, tidur, makan, masa solat, masa rihat Tok Guru terganggu dan terbagar-bagar dengan fitnah itu.

Musibah itu juga bukan saja melukai dan mencela dirinya sebagai pemimpin, tetapi mencelakan seluruh kredibiliti dan intergritinya sebagai seorang yang diagung-agungkan. Seorang bertaraf tok guru yang disanjungi. Secara tak langsung juga ia mencalarkan partinya kerana statusnya sebagai Mursyidul Am Pas. Dan tidak dapat tidak ia juga tercalar nama baik keluarga dan keturunannya.

Sebelum ini beliau bukan tidak menghadapi bebanan berat. Bohonglah sebagai manusia tidak maksum beliau senantiasa bahagia dan berlapang dada. Tuhan senantiasa turunkan beban ke atas sesiapa saja untuk mengujinya. Begitu juga dengan Tok Guru. Bukankah ada firman yang bermaksud, kamu tidak boleh mengaku sebagai beriman selagi tidak diuji. Makanya musibah itu adalah satu ujian penuh berhikmah sekali.

Tok Guru memang sering diuji dan ujiannya lebih besar daripada apa yang ahli dan penyokong bawahan terima. Bahkan sejuta masalah sepanjang lebih 60 tahun perjuangannya beliau telah melalui dan merasai pahit dan getirnya. Tetapi apa yang dapat saya rasanya ia tidak seberat musibah berlaku hari ini.

Apa tidaknya, saat azan hendak dilaungkan dan ayam lembu dikorbankan untuk diadakan kenduri bagi mengiringi keberangkatan beliau ke tanah suci bersama isteri dan keluarga tercinta, tiba-tiba ia terpaksa dibatalkan.

Pembatalan itu bukan kerana uzur syarie, tetapi kerana fitnah liar yang membakar keadaan. Inilah merujakan dan mengilankan dirinya dan seluruh kerabat keluarganya dan rakyat yang menyanyanginya di Kelantan.

Musibah fitnah yang berlaku bulan Zuhkaedah ini adalah peristiwa paling pahit buat Tok Guru kerana ia membabitkan terhalang niat sucinya untuk bertamu ke rumah Allah. Perjalanan ke manakah paling suci kalau bukan ke Makkah, Madinah dan Baitumuqadis? Pun begitu kegagalan pemergian itu rasanya tidak sepedih taburan fitnah dan konotasi yang dilemparkan ke atasnya.

Saya pernah melihat sendiri bagaimana satu masa Tok Guru berada dalam keadaan resah dan gelisah. Saya pernah melihat bagaimana beliau menggelupur ditikam gunda dan kecemasan. Peristiwa ini saya lihat pada malam keputusan pilihan raya umum 2004. Ketika itu beliau bersendirian di sebuah bilik di pejabat Pas, Jalan Dato’ Pati Kota Bharu. Saya nampak beliau begitu resah dan gelisah menanti penghukuman rakyat.

Saya nampak di dahinya ada peluh kecil merecik. Sepinggan buah anggur di hadapannya tidak disentuh. Beliau sangat cemas dan gelabah. Beliau bergelacar mencari bilik air untuk mengambil wuduk. Beberapa kali dia berpusing tidak ketemu bilik air, sehinggalah saya menunjukinya.

Malam itu saya tahu Tok Guru cemas bukan kerana takut kehilangan pangkat dan kedudukan kalau Pas tewas. Tetapi apa yang membimbangkan benih Islam yang baru ditanam di Kelantan ketika itu akan musnah kalau kerajaan Pas tumbang. Itulah menyebabkan dia jadi cukup cemas dan bimbang pada malam itu pada perkiraan saya. Beliau lebih memikirkan soal Islam daripada dirinya sendiri.

Tetapi perisitwa yang dihadapi hari kini benar-benar mencabarnya. Ia berbeza dengan keresahan dan kebimbangan di malam keputusan pilihan raya 2004 itu. Fitnah yang berlaku hari ini memalu dan benar-benar mengilankannya. Beliau seorang tok guru telah dilempar dengan najis fitnah melampau. Diarak dan disorak di seluruh pelusuk negara oleh media sebagai ulama rasuah!

Jutseru itu dalam hemat saya peristiwa yang berlaku kini akan memberi implikasi moral dan politik terhadap Tok Guru. Musibah ini menekan psikologis Tok Guru sebagai seorang murabbi. Dan rasanya inilah niat dan tujuan petulang mencetuskan soal penajaan haji sehinggakan mengundang SPRM ke pejabat MB itu. Dalam melihat ini bagi saya ia semacam ada konspirasi halus untuk memburukkan Tok Guru sebagai MB dan pemimpin Pas bertaraf ulama itu.

Makanya menyimpul secara mudah apa yang berlaku itu Tok Guru sudah tidak ada banyak pilihan lagi. Beliau tidak seharusnya boleh terus berdiam atau memakan ubat-ubat lama untuk merawat sakit hatinya kini. Bagi saya Tok Guru hanya ada dua pilihan saja kini sama ada hendak ke kanan ataupun ke kiri. Di hadapannya ada dua persimpangan, yang perlu beliau pilih.

Ke kiri bermakna beliau harus berhenti dan beristirehat. Berundur dari kerusi menteri besar Kelantan dan juga melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Memilih jalan kiri bermakna beliau harus meninggalkan Kota Darulnaim dan boleh terus kekal di pejabat Pas untuk memberi kuliah agama setiap Jumaat.

Untuk memilih jalan ke kiri, ia sesuatu yang mudah dan simple bagi Tok Guru. Cukup melafaz sepatah ayat dan menyediakan sepucuk surat. Perjalanan melalui ke jalan kiri tidak memerlukan bekalan yang banyak. Jalan ini tidak penuh dengan onak dan duri seperti ke jalan kanan. Beliau tidak perlu peduli apa yang berlaku kepada Pas selepas itu. Biarlah Pas menjadi dagang tanpanya. Bukankah Tok Guru sendiri pernah melafazkan Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah menunjukkan sesiapa bakal menggantinya!

Dan saya yakin, dengan sunatulahlah sepohon yang direstui Tuhan meskipun ia patah, ia akan tumbuh kembali. Kalau pun yang tumbuh itu tidak terus subur, dan hanya ceding, kemudian ia tetap akan membesar menjadi dahan dan batang yang kuat juga satu masa nanti. Tok Guru juga asalnya dari tunas dan ceding. Apakah bersara adalah pilihan sesuai buat Tok Guru?

Sebaliknya kalau beliau ingin memilih jalan kanan, meneruskan tugas dan tanggungjawab dan amanah Allah ke atasnya, maka Tok Guru kena berbuat sesuatu. Beliau tidak boleh bertahan dengan ubat-ubatan atau bekalan yang ada hari ini. Jalan kanan penuh seribu liku ini menuntut beliau perlu memejam mata untuk melakukannya.

Sekiranya beliau ingin meneruskan tugas dan tanggungjawab selagi kudrat masih ada, Tok Guru harus berani dan sedia membuat pembersihan dan penyucian. Beliau harus nekad melakukan pembersihan dalam dua aspek, parti dan dalam kerajaan.

Tok Guru harus sedar dengan apa yang menimpa dirinya kini bukan saja kerana adanya anak Quraisy sesat. Tetapi masalah hari ini disebabkan wujudnya juga Haman yang tamak kepada kedudukan dan harta benda dan tidak sabar untuk menyinggahi tahkta. Inilah elemen yang mengharu birukan Pas dan kerajaan kini.

Iya.. mungkin mereka yang alergik dengan Umno dengan mudah menuduh semua kerja buruk ke atas Tok Guru dilakukan oleh orang Umno kerana mereka musuh yang nyata. Tetapi orang lupa bahawa segala butir-butir dan lafaz ratib dan zikir memburukkan Tok Guru itu orang Umno tidak tahu menghafalkan kalau bukan orang dalam sendiri yang memberi tahu dan mengajar lafaz dan taranumnya.

Saya sangat percaya dan yakin berpandukan kepada teori politik serta dengan bukti-bukti berbentuk lisan, analisa yang dilakukan bahawa kerja memburukan Tok Guru turut sama melihatkan anak Haman dan bukan saja tertumpu kepada anak Quraisy. Anak Qurasy hanya si perantau yang tersesat jalan yang tumpang mencari makan di bumi warisnya. Jangan persalahkan beliau.

Dalam konteks ini apa yang perlu disalahkan orang yang memberi pelindungan, memberi minum air dan membawa anak Quraisy ke bertaman dalam rumah. Yang memberi makan dan ikut membawanya ke majlis-majlis cukur kepala, melihat penginokulasian depu, tanam padi organik dan sebagainya yang melibatkan Tok Guru.

Pembersihan dan penyucian yang perlu Tok Guru lakukan, paling utama ialah dalam parti. Badan perhubungan Pas perlu dirombak dan disusun semula. Sedar atau tidak sedar pembentukan badan perhubungan Pas hari ini adalah diuruskan oleh satu kepala saja. Ia bukan satu pembentukan mencerminkan keazaman dan kesepakatan pemuka-pemuka Pas Kelantan. Pembentukan itu lebih kepada usaha untuk mencapai maksud seseorang. Kerana dalam pembentukan itu ada agenda busuklah menyebabkan Pas Kelantan kini berpuak-puak atau 'bertanah rancangan'.

Untuk mengemaskan Pas, mungkin Tok Guru boleh mengembalikan semula beberapa veteran Pas yang masih dihormati rakyat. Mereka mungkin tidak profesional tetapi sentuhan politik mereka masih bergetah dan mudah berjelira kepada rakyat serta masih dihormati kawan dan lawan.

Sekiranya veteran ini menduduki badan ini Tok Guru atau sesiapa saja tidak perlu merasa curiga kepada kehadiran mereka. Mereka tidak akan membuka agenda untuk mengatasi Tok Guru atau berperasaan untuk mengganti Tok Guru melainkan menumpahkan tenaga kepada parti. Mereka ini sudah teruji akan kesetiaan dan kewala'kan mereka dalam menerima kepimpinan Tok Guru sebagai pemimpin Pas dan MB selama lebih 30 tahun. Mereka juga sudah tua dan kehadiran mereka boleh dijadikan sebagai bomoh dan pawang di raja.

Nama-nama seperti Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman atau Muhammad Iraq boleh dipertimbangkan. Mungkin mereka sudah usang dan lapok, tetapi pada saya lebih baik Tok Guru menggunakan perkakas usang dan lapok yang jelas keasliannya ini daripada menggunakan perkakas baru dan moden tetapi diperbuat dari plastik atau pun getah yang tidak tahu menghayati roh perjuangan Islam dan Pas. Mereka ini boleh digandingkan dengan pemimpin pelapis yang ada hari ini yang profesinal dan memiliki ilmu agama yang mantap seperti Ahmad Yaacob, Mohd Amar Abdullah dan lain-lain.

Kedua yang perlu disusun semula ialah kerajaan Kelantan, ini termasuklah Exco dan juga badan-badan berkanun (GLC) Kelantan. Pergolakan dan keadaan tidak tenteram di Kelantan hari ini berpunca daripada pengagihan potfolio yang tidak seimbangan di kalangan Exco. Maksud tidak seimbang di sini ialah kerana ada yang terlalu banyak memegang potfolio komersil sehingga tidak termampu untuk melaksanannya.

Keadaan ini menyebabkan berlakunya lambakan kuasa. Lambakan kuasa ini sangat bahaya menyebabkan ada Exco tertentu lumayan dan mewah. Situasinya ini juga mendedahkan kepada penyalahgunaan kuasa dan kewangan. Di sinilah saya melihat pengagihan kuasa Exco ini kurang dicermarti dan inilah yang menimbulkan masalah.

Bagaimana sekiranya kalau anggota Exco perlu diganti, maka Tok Guru perlu memerhati kepada kesemua Adun-Adun dan mengesan kebolehan mereka masing-masing. Hari ini Pas tidak kasik dengan Adun seperti tahun 2004. Hari ini Pas ada 37 orang Adun yang boleh dipilih untuk menjadi Exco. Dalam pemilihan itu bukan saja mereka yang pakar dalam bidang iktisad dan pengurusan tetapi hendaklah yang jelas iman dan takwanya serta menghayati fislsafah Pas.

Selain daripada menyusun semula barisan Exco atau potfolio, seperkara yang Tok Guru kena perhati dan semak ialah peranan, tanggungjawab para pegawai di pejabatnya. Perlu diingat pegawai di pejabatnya adalah cermin yang sentiasa mematurkan wajah dan pemikiran siasah Tok Guru.

Kalau cermin ini robek dan sopek maka renyot dan sumbinglah wajah dan fikrah Tok Guru.

Misalnya dalam tilikan saya dan juga sudah menjadi cakap-cakap di luas sana mengenai Setiausaha Politik Tok Guru, Annual Bakri Haron. Sudah lama posisi ini tidak diubah. Apa yang nampak hari ini Annual Bakri tidak memberi input yang baik atau gagal berperanan sebagai penasihat politik kepada Tok Guru menyebabkan ada kalanya pemahaman Tok Guru terpesong. Apakah ada virus tertentu yang bermukim dalam kepala setiausaha politik ini?

Yang jelas, Anual Bakri sudah terlalu lama berada di situ . Kerana itu mungkin Anual Bakri juga sudah hilang sentuhan berbiasa bagaimana untuk menyubur dan memberi pandangan praktikal mengikut mazhab asal parti kepada Tok Guru. Bagi saya selagi penyair ini berada di pejabat MB itu maka selama itulah Tok Guru sesekali akan terlena dengan syair-syair Siti Meriam @ See Wei Leong Abdullah dan Hikayat 1001 malam. (Siapa Siti Meriam, akan diceritakan di lain masa). Mungkin nama Wan Nik Wan Yusuf bekas MP Bachok boleh dipertimbangkan untuk mengganti tempat Annual Bakri.

Selain itu juga apa yang perlu disemak dan disucikan oleh Tok Guru ialah badan-badan atau syarikat milik kerajaan (GLC). Peranan dan para pemain di GLC juga perlu ditukar ataupun diganti kerana ada sesetengah pemain di GLC ini hanya membantu diri sendiri tanpa mempedulikan rakyat. Dalam erti kata lain Tok Guru kena melakukan overhaul sempena genapnya 19 tahun pentadbirannya sebagai MB.

Semoga Tok Guru diberikan hidayah dan taufik untuk memilih antara dua persimpangan yang kini berada di depannya. Saya percaya kedua jalan itu amat getir untuk dipilihnya tetapi itulah takdir yang harus berlaku! Saya berdoa semoga Tok Guru diberikan kekuatan seperti mana saya seirng meminta Tok Guru doakan saya diistiqamahkan Allah dalam perjuangan yang hakiki! [wm.kl. 10:00 am 16/11/09]http://msomelayu.blogspot.com/

Sumber : Minda Rakyat

Tawau : Seorang kanak-kanak perempuan yang baru mencapai usia 12 tahun telah mengugut untuk membunuh diri jika cintanya ditolak oleh teman lelakinya yang juga seusia dengannya. Kanak-kanak perempuan itu yang masih lagi belajar di darjah 6 di sebuah sekolah di Kawasan Tawau telah mengambil tindakan demikian setelah mendapati yang teman lelakinya yang juga belajar di sekolah yang sama tidak mahu menerima cintanya.Ugutan untuk membunuh diri itu telah dinyatakannya dalam sekeping surat yang dikirimkan kepada teman lelakinya.

surat tanda cinta adik 'ima' dgn teman lelakinya 'K',keduanya baru 12 tahun bro!

Aku dapat surat ni dari seorang pelajar darjah 5 di sekolah sk... sebenarnya aku 'tangkap' surat ni ketika buat 'spotcheck' dekat masjid kampung aku.Aku memang selalu buat pemeriksaan di masjid tu untuk mengelakkan budak-budak yang datang sembahyang tu tidak bawa benda-benda yang tidak sepatutnya ke masjid.Pernah satu ketika aku ternampak dia orang bawa 'pitik',pisau dan bermacam-macam benda lagi.

gelagat anak-anak muda kita di jalan pantai sabindo

Ketika baca surat ni,bermacam-macam perasaan menerjah fikiranku.Nak ketawa pun ada,nak menangis pun ada dan bermacam-macam perasaan lagilah.Bayangkanah budak-budak tu baru 12 tahun tapi dah pandai bercinta,pandai tulis surat dan pandai ugut bunuh diri!! tak lucu kah? bulu ketiak pun belum tumbuh lagi!! Tak sedih kah? Bayangkanlah kalau dia tu anak tuan-tuan atau adik tuan-tuan atau anak saudara tuan-tuan.


bercumbuan secara terbuka sudah jadi perkara biasa(mana pihak penguatkuasa?)

Inilah akibatnya kalau kita tidak menjadikan islam sebagai satu cara hidup.Kita tidak mau menjadikan ulama sebagai pemimpin kita.Kita takut menegur anak-anak kita,kononnya sayang tapi sebenarnya kita telah menghancurkan masa depan mereka dengan membiarkan mereka melakukan perbuatan maksiat dan sebagainya.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar....

Blog @ Website  SEKURANG-KURANGNYGA satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam waktu terdekat menjelang rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet Malaysia bagi memberikan beliau peluang untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dalam perbicaraan kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Mahkamah Tinggi Hong Kong kelmarin, seorang saksi utama menyebut nama seorang VVIP daripada Sabah sebagai pemilik wang $16 Juta Dolar Singapura yang cuba di seludup keluar Michael Chia Tien Foh daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Nama saksi berkenaan terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan, namun dengan penglibatan VVIP berkenaan dalam kes jenayah terancang antarabangsa yang sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) sejak tiga tahun lalu, akan menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melakukan beberapa rombakan Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri Sabah.

sumber: Minda Rakyat

Kemunculan blog-blog yang bersifat pribadi ataupun yang berorganisasi sejak akhir-akhir ini sebenarnya tambah merancakkan lagi penyebaran maklumat di bumi Tawau ini.Kalau dulu blog begitu asing dan hanya menjadi tatapan orang-orang bandar yang kaya-kaya saja namun sekarang ini ianya sudah menjadi mainan anak-anak kampung yang miskin seperti aku.

Kalau dulu orang seperti aku malas untuk menulis atau mencari maklumat untuk dijadikan bahan fikir namun sejak kehadiran 'matbulan' ini aku seolah-olah sudah menjadi wartawan yang tak bertauliah dan sentiasa tak cukup tangan.Saban hari mencari maklumat yang benar untuk disebarkan kepada masyarakat umum, samada sumber itu daripada kawan,golongan atas pagar ataupun pihak lawan.Sampaikan ada teman-teman yang menggelarkan aku 'Mat Update' kerana boleh katakan setiap hari 'mat bulan' akan mempamerkan isu baru untuk tatapan umum.Ianya juga adalah medan untuk aku mengasah bakat penulisan dan menajamkan lagi minda ,satu aktiviti yang sebenarnya telah lama aku tinggalkan dan abaikan semenjak aku menamatkan alam persekolahan.

Namun sejak akhir-akhir ini ada juga suara-suara dari 'dalam' yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan kewujudan blog-blog milik pribadi ini.Kononnya ia tidak menyumbang kepada perkembangan atau perluasan pengaruh kepada sebuah organisasi atau jemaah.Pentingkan diri dan hanya rajin 'mengupdate' blog pribadi tetapi berkira dan agak kedekut dalam menyumbangkan maklumat untuk memurnikan lagi blog persatuan atau jemaah adalah antara tuduhan yang dilemparkan!Malah blog-blog kami tidak diikhtiraf atau dianggap tidak menyumbang sesuatu kepada jemaah.

Isu ini hampir membunuh semangat untuk terus menulis! Mana kan tidak,sepatutnya suara-suara itu memberi galakan dan semangat bukannya melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak wajar!Di saat pihak musuh terus melahirkan ratusan penulis blog setiap hari kerana mereka percaya blog memainkan peranan yang amat penting dalam menaik atau menjatuhkan sesebuah organisasi itu,tapi kita pula berusaha untuk menyekat dan meminimakan kelahiran penulis-penulis blog yang boleh dikatakan boleh memberikan sesuatu pada jemaah.Peh!! sungguh aku tak faham..

Pada aku,perkara ini tidak sepatutnya berlaku.Ramai di kalangan pimpinan kita yang mempunyai laman blog mereka sendiri.Apakah mereka juga boleh dipertikaikan kerana mereka juga selalu mengeluarkan kenyataan atau memberikan maklumat melalui laman-laman blog pribadi mereka? Adakah mereka juga boleh dianggap sebagai mementingkan diri dan laman blog sendiri? Ataupun apa? Pada aku ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu pertuduhan dilemparkan,antaranya :

a) Lihatlah dulu dari segi berita ataupun benda yang disampaikan samada ianya menguntungkan sesebuah organisasi itu ataupun ianya hanya menceritakan perihal kehidupan seharian penulis tersebut.

b) Sudah semestinya setiap organisasi itu telah melantik individu untuk dipertanggung jawabkan mengendali dan menjaga posisi-posisi tertentu termasuklah pengendalian sesebuah laman blog. Maka berilah kepercayaan mereka untuk melakukan kerja tersebut dengan baik tanpa terlalu memberikan tekanan.


antara blog pribadi yang mencuri tumpuan

Semoga dengan kerjasama semua pihak dan kehadiran begitu ramai penulis blog akan dapat memastikan maklumat yang ada itu dapat sampai ke sasaran yang betul.Perlu dingat bahawa kita mempunyai ramai kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mungkin mereka ini tidak sempat menjengok blog organisasi kita tapi mereka selalu melayari blog-blog pribadi sahabat kita.Apa yang penting ialah maklumat penting yang ada perlu disebar luaskan.Janganlah menyempitkan lagi medan dakwah yang ada sekarang.

Kami ini yang dikategorikan sebagai pemilik 'blog pribadi 'sebenarnya perlukan bimbingan dan dorongan untuk memantapkan lagi mutu penulisan kami.Tolonglah beri tunjuk ajar bukannya pertikaikan apa yang kami lakukan tanpa memikirkan atau menghargai sedikitpun sumbangan yang diberikan hasil daripada tulisan dan maklumat yang disampaikan.Mengapalah kita berbalah sesama sendiri atas suatu perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kita,sedangkan pihak-pihak yang bencikan kita sentiasa mempergunakan apa jua peluang ada untuk menghancur dan memecah-belahkan kita?

Fikir-fikrkan lah...

Sekian dariku MATBULAN...


Tawau,Khamis : Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, PAS kawasan Tawau tetap meneruskan Program Masyarakat Prihatin yang telah dilancarkan awal bulan Oktober lalu bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan.



Ust Allias menyampaikan sumbangan kepada pelajar lelaki


Pada 5 November 2009 baru-baru ini,PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan bantuan berupa wang tunai kepada 17 pelajar Madrasah Darul Hidayah yang terletak di Kampung Sg.Imam,Tawau.Pelajar terbabit yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketua Urusan ulama' PAS Kawasan Tawau,Al-Fadhil Ust Allias Sulung.



antara pelajar muslimat yang menerima sumbangan PAS Kawasan Tawau


Majlis ringkas tersebut turut disaksikan oleh Ust Tassir Moding yang merupakan mudir Madrasah Darul Hidayah,Sdr Darmansyah Lamasa Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dan Sdr Rusly Basri setiausaha kerja Dewan Pemuda PAS Tawau.


Sdr Darmansyah menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terpilih


sdr Rusly menyemak nama-nama pelajar yang menerima sumbangan

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka ini melalui dewan Pemuda PAS Kawasan tawau,bolehlah terus masukkan ke dalam akaun bernombor 10025010011767 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.
Semoga sumbangan tuan/puan diberikan balasan setimpal oleh ALLAH SWT,amin...

Gombak,Selangor : Seorang ahli Unit Amal Tawau,Sdr Firdaus bin Mohd Yusuf telah terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini. Beliau yang bekerja sebagai Grafic Designer di sebuah syarikat percetakan dikatakan telah gagal mengawal motorsikal yang ditungganginya di sebuah selekoh lalu terbabas dan mengakibat kecederaan di bahagian kaki.



Ketika dihubungi sebentar tadi beliau yang kini berada dalam keadaan yang stabil mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan yang serius ataupun membawa maut.

kecederaan yang dialami oleh sdr Firdaus

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Tawau,kami mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh terus menyumbang tenaga pada jemaah walau dimana beliau berada.Kepada semua sahabat-sahabat yang berada di tanah semenanjung diharap agar dapat menziarahi sdr Firdaus andainya terdapat luang dan kesempatan.

Kelantan,Sabtu : Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak PASTI Kawasan Tawau yang telah dianugerahkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik di Malaysia pada majlis sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang diadakan di Kota Bahru pada 31 Oktober 2009 baru-baru ini.Majlis yang dirasmikan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah berlangsung selama 3hari bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2009.


Barisan ALP PASTI Pusat bersalaman dengan Tuan Guru Mursyidul Am


Tuan Guru ketika menyampaikan ucapan perasmian

Hadiah kepada penerima anugerah telah disampaikan oleh YB Hj Che Abdullah bin Mat Nawi ADUN N-04,Wakaf Bahru merangkap EXCO kerajaan negeri Kelantan yang telah merasmikan penutupan majlis tersebut. Pengerusi PASTI Kawasan Tawau,sdr Karim Dulah yang menerima penganugerahan tersebut bagi mewakili PASTI kawasan Tawau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkorban tenaga,masa dan wang ringgit demi memastikan agar PASTI Kawasan Tawau terus diterima oleh masyarakat umum seterusnya boleh sampai ke tahap sekarang ini.

YB Tuan Hj Che Abdullah Mat Nawi ketika merasmikan acara penutupan


Sdr Karim Dulah menerima anugerah 'PASTI Kawasan terbaik Malaysia' dari Che Abdullah


Hadiah disampaikan kepada pemenang kategori masing-masing


;;