Sebenarnya aku pun malas nak ambil tahu hal rumah tangga UMno ni..tapi semalam aku dihubungi oleh seorang pegawai "cawangan khas" kurang lebih jam 7.40mlm...ketika tu aku sedang "makan angin" dengan isteri dan anak-anak..Dia tanya samada pemuda PAS Tawau tahu atau mempunyai maklumat tentang individu atau kumpulan yang bertanggung jawab menyimbah cat merah di wajah MP Kalabakan YB Ghaffur Salleh yang diletakkan disimpang masuk ke Kompleks Sukan Tawau dan beberapa tempat yang lain..Dia juga bertanya samada insiden itu berlaku kerana pergolakkan dalaman ataupun tidak..

Aku pun pelik juga dengan kawan 'SB' aku ni..aku tak tahu ngapa dia merujuk dengan Pemuda PAS tentang masalah ni...sebagai pegawai keselamatan sepatutnya dia tentulah lebih arif tentang perkara ni kan..tapi takpalah mungkin juga dia sekadar bertanya untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci..ataupun mungkin untuk ........(faham-faham lah ces ) So aku jawab mudah je semalam.."Kami tak tahu"

Bukan tak mahu bekerjasama tapi kami memang tak tahu! Makhluk yang bertanggung jawab merosakkan wajah kacak MP Kalabakan tu tentunya beroperasi tengah malam atau time sunyi..masa tu orang PAS sedang bersolat sunat Tahajud!! lagipun kawasan kompleks tu gelap sangat..harap tiang lampu je banyak tapi tak berfungsi! Haa..ini juga satu benda yang harus diambil perhatian oleh bapak menteri yang jaga kompleks sukan tu..jangan sibuk promosi wajah di papan iklan dekat simpang tu je..tapi kalau lampu tak menyala camana orang nak tengok wajah awak!! ( Di situ matinya Ces!! )

Melepas geram atau konflik dalaman?


Tapi benda ni bukan baru berlaku..Ingat kah lagi saudara semua bahawa kejadian serupa pernah juga terjadi kepada bekas ADUN Merotai penggal lalu Dato( sekarang Tan Sri) Liew Yun Fah? Masa tu semua orang heboh..tapi lepas tu senyap je..sapa yang buat tak dapat dikesan...

Kepada kawan SB aku ni,InsyaAllah kalau kami ada maklumat kami akan salurkan..jangan bimbang..Kami tiada masalah untuk bekerjasama dengan polis untuk membenteras masalah jenayah..kepada yang buat kerja tak berfaedah ni,hentikan lah kerja bodoh awak tu..kalau nak marah dengan pemimpin pun tunjukkan kemarahan anda dalam Pilihanraya Umum yang akan datang dengan tidak memilih mereka lagi..bukan dengan simbah cat digambar mereka..gambar tu bukannya boleh melawan pun...

Sumber : Malaysiakini

Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi, gabungan NGO yang membantah kenaikan harga barang akan menganjurkan perhimpunan besar-besar menentang kenaikan "5-dalam-1" yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.Sebagai respons kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula gas, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) membuat lima tuntukan kepada kerajaan:

- Hentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)

- Menguatkuasakan dasar gaji minimum

- Kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan bulan ini

- Jelaskan bagaimanapun 'penjimatan' 4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan

- Menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya


Bagaimanapun menurut PROTES, perhimpunan tersebut merupakan langkah terakhir, kata penyelarasnya Dr Hatta Ramli (kiri) yang juga bendahari PAS.Dalam tempoh itu, kempen yang dinamakan "Bantah: Selamatkan Rakyat" itu akan dilancarkan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam bagi memastikan mesej itu sampai kepada pelbagai pihak.


Menurut Dr Hatta, tempat itu dipilih kerana ia antara kawasan tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur - yang paling terasa dengan kenaikan harga barangan.Selain itu, ahli parlimen Kuala Krai itu memberitahu pihaknya juga akan menghantar memorandum bantahan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 14 Oktober depan.


"Kita tunggu sehingga hari akhir sidang parlimen. Kalau mereka (kerajaan) masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bulan Disember ini," tegasnya.

Aku dapat maklumat seorang sahabat kami akan diambil tindakan yakni kemungkinan besar beliau akan dipindahkan bertugas di kawasan pendalaman kerana penglibatannya dengan perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran Islam yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Kerana sumbangan yang diberikan walaupun kecil tetapi telah menyebabkan Pakatan Rakyat telah menang dalam PRK di Sibu baru-baru ni. juga kerana penglibatannya secara aktif atas penyebaran dakwah islamiah di negeri Sabah yang tercinta ini...Difahamkan juga tindakan diambil atas laporan yang dibuat oleh puak-puak yang kalah tu.

Dorang bengang kerana walaupun menghabiskan duit berjuta-juta tapi tetap juga ditolak oleh rakyat di Sibu..Hah..nak lepas geram dengan orang Sibu takut pula PRU negeri Sarawak nanti mereka kehilangan negeri tersebut..so yang jadi mangsanya orang yang bertugas siang dan malam lah...Fuh! ni lah yang dipanggil Pondan ataupun pengecut..Gentleman lah sikit bro..Kalau nak bertarung biarlah betul-betul.Kalau dah kalah terimalah dengan hati yang terbuka..janganlah berdendam pula...

Tapi jangan bimbang sahabatku...kita mohon pada Allah..kita merayu pada Allah..atas kezaliman yang telah mereka lakukan kepada kita...tidak di dunia InsyaAllah mereka akan dapat balasannya di akhirat kelak..Cuma pintaku janganlah kerana tekanan,mehnah dan tribulasi yang dikenakan ke atas kita,menyebabkan kita lari dari perjuangan ini..Kita teruskan perjuangan...kemenangan milik kita jua akhirnya,InsyaAllah..

Walaupun pertemuan dengan ahli Kumpulan Lagenda Rock tanah air iaitu SEARCH terlalu singkat dan hanya seketika,tapi aku dan sdr Rusli SUK pemuda sempat memberikan mereka beberapa keping risalah yang diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau..Pertemuan di Lobi sebuah Hotel di Tawau itu diharap dapat memberikan gambaran jelas bahawa kami pemuda PAS tidak anti dengan artis dan hiburan.Tapi apa yang kita pertikaikan ialah bagaimana cara hiburan itu dilaksanakan.Kalau ianya dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam maka kita tidak ada masalah dengannya walau apapun jenis muzik yang dimainkan.Sudah banyak kita lihat sekarang kumpulan ROCK yang menyanyikan lagu yang liriknya berkaitan dengan unsur kerohanian dan ketuhanan..ROCK rohani!!

Senang rasa hati bila risalah yang kami beri disambut dengan senyum yang melebar tanda sokongan oleh Kid gitaris utama SEARCH...Din,Yazid dan Nasir pun memperlihatkan sikap yang serupa.Cuma Amy je kami tak sempat jumpa..kalau tak boleh juga jemput dia untuk buat ceramah motivasi kepada anak-anak muda yang merupakan para peminatnya...semoga kita dipertemukan di lain masa...


Bingung juga nak mencari bahan untuk dimuatkan dalam blog ni..Nak masukkan cerita pasal program terbaru yang telah dilaksanakan,aku takda bahan..harap-harap kawan-kawan lain akan memasukkan berita pasal program yang telah dilaksanakan baru-baru ini ke dalam blog masing-masing.Kali ni aku sekadar nak peringatkan terutama diri aku sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain tentang keistimewaan solat di awal waktu...

Ya..bukan apanya ces...kadang-kadang kita ni (termasuklah aku sekali) seringkali melewat-lewatkan solat walaupun tanpa uzur syaraie..macam-macam alasan yang kita beri...Kekadang tu yang lebih teruk lagi member dah solat depan mata tapi kita buat-buat deeek je..

Malu kita ces..malu dengan ALLAH,malu dengan masyarakat..kitakan berjuang dalam jemaah Islam..tapi camana kita nak menang kalau seruan azan yang antara maksudnya mengajak kita mencapai kemenangan pun kita buat-buat tak tau je...so sebagai peringatan untuk kita semua di sini aku selitkan dua buah hadith berkaitan denga solat di awal waktu ni..



روي عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: "سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم
أي الأعمال أحب إلى الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها”.

رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسلئي

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘anhu katanya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebuh disukai oleh Allah Ta’ala. Sabda Baginda: “Sembahyang pada waktunya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)


وروي عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الوقت الأول من الصلاة رضوان الله، والآخر عفو الله."

رواه الترمذي والدارقطني

Maksudnya: “Dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Awal waktu daripada sembahyang itu keredhaan Allah dan akhir waktu kemaafan Allah.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan ad-Daraquthni)



Assalamualaikum...bersua lagi kita..topik kita kali ni ialah bagaimana nak menarik orang muda supaya bersama dengan PAS terutama menjelang PRU yang ke-13 nanti..Kita kena cari formula bagaimana untuk mendekati mereka...bagaimana nak menyantuni mereka..mereka adalah golongan yang paling ramai yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi..So kita mesti cepat sebelum pihak yang satu lagi tu rampas dan rompak mereka semua..

Aku yakin,kalau kena pada caranya,budak-budak muda ni sebenarnya tiada masalah untuk bersama PAS..Cuma kena tukar sikit jer cara dan stail kita mendekati mereka.Kekadang kita hanya memberi tumpuan kepada golongan anak muda yang sudah tertarbiah fikrahnya dan yang sudah terbiasa bersama dengan kita sejak mereka bergelar pelajar lagi.Sebab itu kita banyak melaksanakan program yang hanya memberi tumpuan kepada golongan tadi..Usrah,Kuliah, Tamrin dan pelbagai lagi program yang hanya memberi tumpuan pada golongan-golongan yang berpendidikan sahaja.

Tapi bagaimana dengan anak-anak muda yang tidak pernah mengikuti program-program pentarbiahan kita?atau tidak berpeluang bersama dengan kita kerana mereka tidak pernah didekati..?Bukankah mereka juga pengundi kita? Mereka ini tentulah tidak biasa atau tidak berapa minat dengan program kerohanian seperti yang biasa kita buat.Bukan sebab mereka benci dengan program-program sedemikian tapi kerana mereka tidak biasa.

Aku berpandangan sudah sampai masanya kita mengubah atau mengolah sedikit cara klasik kita dengan cara yang lebih segar dan "mesra alam"...Usrah tetap dibuat,cuma oleh kerana mereka belum biasa maka kita ubah sikit cara kita berusrah..kalau sebelum ini kita hanya menjadikan markaz tarbiah,pejabat,masjid dan rumah sahabat sebagai tempat berusrah maka dengan golongan ini kita berusrah mengikut tempat yang mereka biasa...contoh padang bola misalannya, gelanggang badminton,restoran atau mana-mana tempat yang mereka berasa tidak janggal ataupun kekok!!Jadi maknanya kita terpaksa lari sedikit daripada kebiasaan kalau kita mahu golongan ini bersama dengan kita di masa hadapan...

Begitu juga dengan program Tamrin,Muqayyam dan sebagainya..Ianya mesti diteruskan tapi perlu diolah sedikit mengikut kemampuan "Sasaran" kita...Tapi ini sekadar cadangan saja..tak lebih dari itu...

Alhamdulillah program yang telah diaturkan sekian lama sempena lawatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS negeri Kedah.al-Fadhil ust Mohammad Fauzi Hussin ke Tawau telah berjalan dengan lancar.Antara program yang dilaksanakan ialah kuliah maghrib,program motivasi bersama pelajar,ceramah Israk Mikraj dan juga Majlis Taffaquh fiddin di Madrasah Darul Hidayah.






Bagi pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak,sekian.

Hampir 4 bulan blog ini dipaksa "BERTAPA" tanpa melakukan apa-apa sumbangan untuk menguatkan lagi jemaah yang sedang diserang dari pelbagai sudut oleh pihak musuh..Keputusan untuk memunculkan semula blog ini dibuat setelah menerima pandangan daripada beberapa sahabat yang begitu prihatin...

Harapnya selepas ini tiada lagi cakap-cakap yang tidak enak didengar...Berilah pandangan,kritikan atau apa-apa juga cadangan untuk memantapkan lagi persembahan laman ini..InsyaAllah aku sedia untuk mendengarnya...

Kepada semua sahabat yang tidak jemu memberikan nasihat serta semangat aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga...begitulah resamnya kita hidup berjemaah...

Ya Allah...manisnya hidup dan duduk dalam jemaah Islam ni....

;;