UMNO dilihat semakin terdesak untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini apabila parti itu mengumumkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon mereka bagi pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Isa yang sebelum ini telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana melakukan rasuah dalam pemilihan UMNO pada tahun 2004 telah diumumkan sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi UMNO di Port Dickson jam 5.15 petang tadi walaupun ianya tidak dipersetujui oleh banyak pihak termasuklah bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad.

Isa dijulang oleh penyokong fanatiknya

Mahathir dalam responnya sebelum ini menyatakan bahawa UMNO akan ditolak oleh rakyat di seluruh negara dalam pilihanraya umum akan datang walaupun mereka menang di Bagan Pinang sekiranya mereka tetap memilih Isa sebagai calon kerana ianya memperlihatkan ketidaksungguhan UMNO dalam memerangi rasuah apabila mereka memilih pemimpin yang pernah melakukan rasuah sebagai calon parti itu.


UMNO,menang sorak maruah tergadai

Apalah nak jadi dengan UMNO ni...dah takde ke ahli atau pemimpin yang lebih berintregriti,jujur,amanah dan tidak rasuah untuk dijadikan sebagai calon? inilah tanda-tanda parti yang nazak dan dah nak mati dah....

Hampir 2 bulan yang lalu aku pernah memaparkan kisah 2 insan yang terhalang ataupun dihalang sebenarnya kasih antara mereka hanya kerana mereka berbeza dari segi taraf dan kedudukan di sisi masyarakat umum. Melalui kisah mereka berdua kita didedahkan dengan sikap orang tua yang lebih mementingkan taraf dan kedudukan atau darjat bakal menantu mereka dan bukannya tahap keimanan atau keintelektualan seseorang yang bakal menjadi menantu itu hanya kerana dia tidak bekerja dengan sektor 'Kerajaan'!


Aku tidak menyalahkan 100% pada ibubapa yang mempunyai sikap sebegini.Mereka ini mungkin terpengaruh dengan persekitaran mereka hingga menyebabkan kekadang mereka hilang pertimbangan untuk menilai sesuatu itu dari sudut yang berbeza..

Namun tidak semua ibubapa yang bersikap atau berpendirian sedemikian.Masih ada lagi yang menjadikan soal taraf,kedudukan dan pekerjaan seseorang menantu itu bukannya syarat wajib tapi yang penting adalah samada orang itu bertakwa atau tidak dan mestilah dapat membimbing anak mereka ke jalan yang di redhai oleh Allah SWT.

gambar hiasan


Baru-baru ini 2 orang sahabatku telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati masing-masing. Mereka berdua telah bertemu jodoh dengan muslimat yang solehah,bijak,cantik dan juga kakitangan kerajaan iaitu bekerja sebagai guru sedangkan kedua-dua sahabatku tadi hanyalah insan biasa yang serba kekurangan dan yang paling utama mereka tidak bekerja dengan kerajaan!!

Sesungguhnya jodoh pertemuan itu adalah urusan Allah SWT ,kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan.Apa yang menggembirakan aku ialah kedua-dua mereka ini diterima baik oleh seluruh keluarga kedua-dua muslimat tadi walaupun mereka dan masyarakat umum mengetahui status pekerjaan dan status ............... mereka.So kepada sahabat-sahabat di luar sana,jangan bimbang sesungguhnya masih ada lagi ibubapa yang sudi menerima orang-orang seperti kita walaupun kita bukan 'orang kerajaan'!! namun yang penting kita mestilah yakin bahawa segala sesuatu itu hanya Allah yang menentukan samada ianya berlaku ataupun tidak...

Maaf terlalu lama tak update blog ni,terlalu banyak program berlangsung sepanjang minggu ni dan minggu yang seterusnya...penat tu memanglah penat tapi itulah keseronokannya bersama dengan jemaah ni,ada jak kerja amal yang kita buat.

PROGRAM KEBAJIKAN


Terima kasih pada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan setiap program yang telah dilaksanakan.

MAJLIS KENDURI KAHWIN ADIB & AMINAH




RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN TAWAU


RABU- Mantan AJK PASTI Kawasan Tawau,Cikgu Fatmang Renreng telah meninggal dunia pada malam tadi di wad I.C.U Hospital Besar Tawau.Allahyarham yang juga merupakan ahli PAS Kawasan Tawau telah menjadi AJK PASTI Kawasan Tawau sekitar tahun 2000 yang mana Pengerusi PASTI pada ketika itu ialah Cikgu Hassan Aladi.




Menurut sumber yang diterima,hampir 50% badan Allahyarham melecur kerana terlibat dengan insiden letupan dapur gas di rumahnya sendiri.Menurut jiran,Allahyarham cuba memperbaiki dapur gasnya yang bocor namun agak malang apabila ianya meletup secara tiba-tiba dan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan yang serius.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah perkuburan orang-orang Islam dekat Sekolah Agama Rakyat Islamiah,jalan Utara pada esok(khamis) sekitar jam 12 tengah hari.Penulis mengharapkan agar semua sahabat handai dan sesiapa juga yang mengenali Allahyarham agar dapat menziarahi dan turut sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,amin.

AHAD-Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah memulakan gerak kerja mengedarkan bantuan kepada golongan fakir miskin pada 13 September 2009 baru-baru ini. Program itu yang dirancang seawal Ramadan telah dimulakan dengan misi mencari dan memohon sumbangan daripada masyarakat yang lebih berkemampuan.

'Para petugas sedang memunggah barang-barang keperluan yang nak diedarkan'

kami terpaksa menggunakan kereta sorong dan memikul dengan bahu untuk mengangkut barang ke kawasan sasaran

Program kali ini yang disempurnakan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Tawau Tuan Mohamad Husain telah diketuai sendiri oleh Ketua Pemudanya iaitu Ust Nazryy Moktar dan dikendalikan oleh Saudara Mohd Kasman Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

saling membantu untuk menjayakan misi bantuan(tak sampai hati tengok YDP memikul beras)

ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni


Pemimpin kita masih mampu tersenyum walaupun agak keletihan


Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan program untuk membantu golongan fakir yang sebenarnya terlalu ramai di Tawau ini.Semoga ALLAH SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas segala amalan tuan-puan sekalian..

Assalamualaikum,apakhabar anda semua? Semoga sihat dalam menjalankan amanah yang terpikul di pundak anda.Alhamdulillah aku dan sahabat semusafirku, ust Tasir masih lagi diberikan kesihatan oleh Allah SWT untuk terus menjalankan amanah yang diberikan jemaah.
sedang menunggu Komuter untuk ke Sentul ...

Ust Tasir sabar menanti ketibaan Komuter ..

Suasana kehidupan di Kuala Lumpur terlalu berbeza dengan Sabah.Ianya begitu banyak mengajar kami agar menghargai masa.Di sini kita mesti bergerak pantas,kalau lambat anda pasti akan tertinggal! Sopan santun dan sikap menghormati orang lain terutama yang lebih tua seolah-olah terlalu asing di sini, kekadang aku terfikir rupanya perlu juga kita belajar seni 'berkurang ajar' agar kita boleh terus hidup di tengah-tengah kota yang penuh cabaran ini!


Mercu tanda kebanggaan warga kota ,bangunan bergembar KLCC dan Menara KL


Di tengah-tengah kesibukan menjalankan amanah yang diberikan,aku telah dipertemukan dengan seorang sahabat yang hampir 2 tahun tidak bertemu semenjak beliau bertukar balik ke tanah semenanjung ini. Pertemuan itu terlalu sentimental bagi aku,dadaku terlalu sebak cuma aku cuba bertahan sedaya mungkin agar airmata lelakiku tidak tumpah di hadapan sahabat yang pernah mencurah khidmat bakti kepada jemaah di Sabah amnya dan Tawau khususnya.



Aku dan sahabat lama,Ust Anuar Salimi..

Pertemuan yang terlalu mengharukan aku..


Sempat bergambar dengan Ust Sharul yang banyak membantu tanpa mengira masa dan wang ringgit..

Dua tenaga penting yang pernah mencurahkan bakti pada jemaah di bumi Tawau, aku amat terasa dengan ketiadaan mereka..


Semoga dengan sedikit paparan ini dapat memberikan anda semua sedikit perkembangan tentang perjalanan kami di kota yang penuh sesak ini..Doakan semoga kami berdua selamat kembali ke bumi Tawau..

;;