Assalamualaikum WW,

Buat semua sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini, dimaklumkan bahawa matbulan akan direhatkan bermula 23hb OGOS 2009 selama 15 hari kerana penulis akan berada di luar kawasan sepanjang 2minggu itu. Justeru itu penulis ingin mengambil kesempatan utnuk memohon maaf pada semua sekiranya sepanjang blog ini wujud,ianya ada menyiarkan artikel yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak samada secara sengaja atau tidak.Semoga Allah mempertemukan kita lagi,INSYAALLAH.Akhirnya selamat menyambut bulan Ramadan semoga kita semua mendapat Rahmat,keampunan dan dibebaskan daripada bahangan api neraka ALLAH SWT,amin...

Sekian.

"Ada kebakaran di Tanjung Batu,segera ke sana!" aku menerima panggilan daripada ketua pemuda pada pukul 4 petang tadi.

Agak terkejut juga,tak sampai seminggu Tanjung Batu sekali lagi ditimpa bencana kebakaran.Cuma kali ini ia berlaku berhadapan dengan Kilang Minyak Sawit Felda,iaitu kawasan yang terdapat banyak rumah sewa!.Tanpa berlengah aku pun terus ke tempat kejadian.Sepanjang perjalanan aku menerima banyak sms memaklumkan kejadian tersebut.

Asap tebal dapat dilihat dari jarak 3KM daripada tempat kejadian



Angin yang bertiup kencang memburukkan lagi keadaan

Pihak Bomba,Polis dan orang awam bertungkus lumus memadamkan api


Orang ramai mengerumuni tempat kejadian



Kawasan yang asalnya padat dengan rumah,menjadi seperti padang jarak selepas kejadian


Bersabarlah wahai saudaraku..


Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul,semoga mereka yang ditimpa bencana ini dapat bersabar.Harapan kami semoga pihak yang berwajib dapat bertindak cepat untuk menghulurkan bantuan.InsyaAllah kami dari Pemuda PAS Kawasan Tawau akan cuba menghulurkan bantuan setakat mana yang kami termampu.


Cuma yang agak mengecewakan aku ialah dalam beberapa kejadian yang berlaku ini,masih tidak terlihat lagi kelibat Unit Amal atau 'Tentera Merah' yang sepatutnya sentiasa terkehadapan sekali dalam memberikan bantuan dibeberapa lokasi kejadian sepertimana yang selalu dilakukan oleh sahabat-sahabat di tanah semenanjung sana.Aku terasa amat bersalah dan bertanggung jawab atas kelemahan ini.









Apa perasaan anda sebagai rakyat Sabah yang menjadi pengundi pada setiap pilihanraya umum apabila membaca tajuk di atas?


Marah? Benci? Sakit hati? atau apa...

Tapi itulah hakikatnya...Bukan aku yang meletakkan nilai ini,tapi seorang teman yang merupakan EXCO Pemuda UMNO Tawau yang meletakkan harga itu,aku pun agak marah pada mulanya apabila kata-kata itu terkeluar dari mulutnya,seakan-akan mahu je aku tampar mulutnya pada saat itu.Tapi apabila mendengarkan sendiri penjelasannya,barulah aku faham..

Teman aku ni merupakan orang yang berjawatan dalam Pemuda UMNO Tawau,tak perlulah aku jelaskan secara terperinci apa jawatannya cuma dia ni memang amat rapat dengan seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berasal dari Sabah.

Aku berjumpa dengannya secara tidak sengaja ketika berlakunya kebakaran di Kampung Vietnam di Tawau baru-baru ni.Mulanya aku hanya bertanya pada dia,agak-agak dia siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir 25hb ni,PAS,UMNO atau calon Bebas?

"PAS akan menang lagi kali ini"spontan je dia menjawab.

"Aik?takkan orang UMNO mengalah awal-awal?" aku cuba mengusiknya.

"Betul bro, pengundi di Semenanjung bukan sama dengan pengundi di Sabah ni!" luahnya lagi.

"Ya kah?,apa pula bezanya pengundi di semenanjung dengan pengundi di Sabah?"soal ku.


Betulkah nilai kita setakat harga nasi bungkus dan minerak water..?

Lalu diapun menceritakan pengalamannya merayu undi ketika pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.Dia bersama 20 orang ahli Pemuda UMNO Tawau telah ditugaskan untuk membantu jentera Pilihanraya UMNO di Bukit Gantang.Dia menceritakan bagaimana mereka menghadapi kesukaran untuk mempengaruhi pengundi walaupun setelah menggunakan pelbagai taktik termasuklah menggunakan pengaruh wang,hiburan dan makan-minum!

Dia juga menceritakan bagaimana majlis ceramah yang UMNO anjurkan tidak mendapat sambutan pengundi walaupun ianya diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal tanah air dan juga ada makan minum ,tetapi ribuan pengundi membanjiri ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang dibuat pada waktu yang sama dan bersebelahan dengan majlis anjuran UMNO tadi walaupun ianya tidak diselitkan dengan acara hiburan dan tiada jamuan percuma!

Petugas-petugas PAS katanya bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan calon mereka tanpa meminta atau diberikan upah sedangkan ianya tidak berlaku di kem UMNO.Pengundi di sana juga tidak mudah terpengaruh dengan pancingan wang ringgit contohnya ketika kempen rumah-ke rumah mereka telah berikan rm100 bagi setiap pengundi yang ada di rumah tersebut tapi bila hari mengundi ternyata mereka kalah teruk di tempat itu!

"Susah bro memang susah nak pengaruh pengundi di semenanjung sana..tak seperti di Sabah ni pengundinya boleh bertukar fikiran hanya dengan memberikan mereka nasi bungkus dan mineral water!" ungkapnya agak geram.

Begitulah rendahnya maruah dan harga diri para pengundi di Sabah pada kacamata pemimpin UMNO.Nilai kita hanyalah setakat RM4.50 itupun kalau nasi itu berlaukan ayam kalau lauknya ikan harga kita cuma RM3.50 je..Nasi ikan RM2.50 + Mineral water 500ml RM1=RM3.50!! Sedarlah wahai pengundi khususnya di Tawau ni,UMNO cuma menganggap kita ini hanyalah seperti LAMPIN anak-anak kita,bila perlu baru beli...

Tawau, Rabu 12 Ogos 2009- Satu kebakaran telah berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Kampung Veitnam,Tanjung Batu Laut.Menurut sumber sebanyak 30 buah rumah telah hangus dijilat api dalam kejadian itu.Namun kecekapan dan kepantasan pihak Bomba dan Penyelamat Tawau telah berjaya mengawal api daripada merebak.



Api terlalu cepat merebak

Kebakaran itu turut melibatkan rumah seorang ahli Unit Amal kawasan Tawau yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor iaitu sdr Airil Syah. Beliau yang ditemui di tempat kejadian bagaimana pun kelihatan tenang dan redha atas apa yang berlaku.


Pasukan Bomba berusaha memadamkan api yang membakar rumah sdr Airil

Tinggal rangka...rumah sdr Airil Syah Noordin,ahli Unit Amal Tawau hangus dijilat api.. semoga beliau dan keluarga dapat bersabar

Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan api

Mangsa musibah kebakaran hanya terdaya melihat rumah mereka dijilat api

Barang-barang yang sempat diselamatkan

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,adalah pemimpin yang paling awal sampai ditempat kejadian

Yang Dipertua PAS kawasan Tawau ketika ditemui ditempat kejadian berkata bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa kebakaran dalam masa yang terdekat ini mengikut kemampuan yang ada.

"Abi karan mati lagi lah!" aku menerima sms daripada isteri pada pukul 9 pagi Jengkel memang menjengkelkan! Dah lah hampir setiap malam bekalan letrik terputus hampir 2 hingga 3 jam sejak 2minggu kebelakangan ini,siang pun terputus juga!


Teman-teman di pejabat pun dah mula bising.Hampir setiap hari bekalan letrik terputus dan ianya mengakibatkan banyak kerugian dari segi masa,tenaga dan wang ringgit!Bukan setakat di kawasan kampung malah kawasan bandar pun terkena juga!

"Jom kita buat demo depan SESB" beritahu seorang sahabat.

"Kita kejutkan sikit para pegawai yang duduk di bilik-bilik berhawa dingin dan kerusi empuk di Pejabat SESB di Jalan Kuhara tu" sampuk teman ku yang satu lagi.


Anak-anak terpaksa menggunakan lilin untuk ulangkaji pelajaran.Terasa seperti kembali ke zaman 'Jepun'

Ramai pengguna dan peniaga yang kerugian akibat daripada masalah yang berlaku ini.Justeru itu kita mengharapkan mereka yang bertanggungjawab harus melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya.Rakyat sudah bosan dengan alasan demi alasan yang diberikan oleh pak menteri untuk menutup kelemahan mereka.

Kita tak boleh nak menyalahkan juga pihak SESB 100% atas apa yang berlaku ini. Bagaimana mereka nak memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya mereka masih lagi menggunakan peralatan yang layak digelar sebagai besi buruk? Ya,mereka semestinya bertanggungjawab sekiranya bekalan letrik terputus akibat daripada kecuaian pekerja yang tertidur atau curi tulang atau apa-apa saja. Tapi kalau bekalan letrik ini terputus akibat mesin atau alat yang digunakan sudah expired atau buruk atau sebenarnya sudah layak dibuang ke laut untuk dijadikan 'tukun tiruan' maka siapa lagi yang harus dipersalahkan? Siapa yang memerintah negara? siapa yang kontrol kewangan negara? siapa yang jadi menteri Tenaga? siapa yang jadi Ketua di dalam negeri? Apa yang mereka buat? Siapa yang undi mereka? Jawapan nya ada pada anda!!

"SELAMAT BERGELAP"




ANTARA 2 DARJAT

" Salam,abang freekah sekarang? Ana nak jumpa,ada hal nak bincang,penting!" tanya seorang sahabat yang menghubungi aku melalui sms.

"Maaf abang agak sibuk minggu ni,banyak program jemaah yang wajib disertai ,minggu depan boleh?Enta tentukan tarikh dan tempat,insyaAllah ana akan luangkan masa" jawabku dengan perasaan agak bersalah kerana terpaksa menolak permintaannya untuk bertemu dan berbincang.

"InsyaAllah nanti ana maklumkan bila dan di mana kita jumpa"jawabnya menutup bicara.

Kita merancang Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih sempurna,walaupun kami telah menetapkan tempat dan tarikh untuk bertemu tapi akhirnya kami telah dipertemukan dengan tidak sengaja pada tarikh dan tempat yang berlainan daripada apa yang dirancang iaitu di masjid.

Selesai solat kami pun memulakan perbincangan. Dia memaklumkan padaku yang dia baru saja 'memutuskan' perhubungannya dengan seorang muslimat. Mereka dah lama kenal dan bercadang untuk menikah. Aku kenal baik dengan muslimat itu. Aku agak terkejut bila dimaklumkan tentang perpisahan itu. Mereka berdua memang serasi,akhlak baik dan amat menitik beratkan batas-batas pergaulan. Sepanjang yang aku tahu mereka hanya berhubung melalui sms itupun sekiranya ada hal penting yang nak dimaklumkan. Tidak pernah aku atau sahabat-sahabat lain terserempak mereka keluar berdua atau bertiga, ramai yang tidak tahu tentang perhubungan mereka kecuali orang-orang tertentu kerana berhati-hatinya mereka menjaga maruah jangan sampai tercemar dan terhindar daripada fitnah dan dosa.Tidak seperti pasangan lain yang ku kenal tidak kira samada mereka ni hebat tarbiah ataupun tidak ,ikut usrah atau tidak,kebanyakkannya belum apa-apa lagi dah kemaruk nak berjumpa tak kira siang atau malam,sms dan berbual dalam telefon tak payahlah cerita kekadang naik geli kita melihatnya!


Apa yang aku paling sedih ialah apabila diberitahu olehnya bahawa perhubungan mereka tidak mendapat restu daripada pihak keluarga muslimat kerana perbezaan taraf kedudukan antara mereka berdua. Seorang lulusan Universiti,seorang lagi setakat STPM,yang seorang dah kerja dengan kerajaan yang seorang lagi bekerja sendiri. Kalau nak kira jumlah pendapatan,tinggi lagi pendapatan sahabat yang bekerja sendiri itu daripada muslimat yang bekerja dengan kerajaan tadi. Tapi status membezakan mereka.Keluarga muslimat tadi hanya akan menerima mereka yang bekerja dengan 'kerajaan' saja!

Aku simpati dengannya,hanya itu yang mampu aku katakan.Aku nasihatkan dia supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.Mungkin bukan jodohnya dengan muslimat tadi dan aku yakin ada hikmah disebalik semua kejadian itu. Cuma yang membebankan aku sekarang ialah apabila dia mohon supaya aku dapat carikan dia pasangan hidup di kalangan adik-adik muslimat yang aku kenali dalam jemaah ini.Alasannya,orang yang berada dalam jemaah Islam ni beserta keluarga mereka tentulah tidak menitik beratkan sangat soal kedudukan dan darjat seseorang .Tapi betulkah demikian? Persoalannya hampir semua adik-adik muslimat yang aku kenali adalah graduan Universiti dan hampir semua dari mereka bekerja dengan kerajaan! Adakah mungkin mereka atau keluarga mereka boleh menerima dia seadanya? Ataukah perbezaan 'kasta' akan terus menjadi agenda utama untuk menentukan samada kita layak atau tidak menjadi suami atau menantu seseorang? Adakah akhlak dan kepribadian yang baik tidak lagi penting atau menjadi ukuran yang paling utama? Atau adakah kita semua sudah kembali ke zaman P.Ramlee melalui filemnya Antara 2 Darjat dan Ibu Mertuaku?

Aku tidak dapat memberikan jawapan atau memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan sahabat tadi.Aku juga takut sebenarnya,justeru itu aku mohon sahabat-sahabat di luar sana tolonglah berikan pandangan untuk menyelesaikan masalah ini.Semoga pandangan-pandangan yang diberikan dapat mententeramkan jiwa sahabat kita yang dalam kebingungan,Wassallam.

Alhamdulillah,terima kasih kami ucapkan pada Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,Presiden Parti Islam Semalaysia(PAS) kerana kesudian beliau mengunjungi kami di Tawau bersama-sama dengan rombongan pada 2 hingga 4 Ogos baru-baru ini.


02 OGOS 2009 ( KETIBAAN )-10.05am

kelihatan barisan Pimpinan PAS Kawasan Tawau sedang menanti ketibaan Tuan Guru Presiden



Sempat bergambar dengan Tuan Guru setibanya di Lapangan Terbang Tawau


02 OGOS 2009(MAJLIS KERAIAN)- 11am

Sahabat dari Kinabatangan yang diketuai oleh ust Zaidi turut hadir walaupun terpaksa meredah ratusan kilometer untuk sampai ke Tawau





02 OGOS 2009 (SOLAT ZOHOR DI MASJID BANDAR)-12.30pm

cg Kadar mempengerusikan majlis tazkirah selepas solat zohor


YB Dato Seri Tuan Guru sempat menyampaikan tazkirah pada para jemaah

antara jemaah yang hadir mendengar tazkirah

Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tuan Guru Presiden



02 OGOS 2009 (MAJLIS DIALOG) 4pm-6pm

petugas melakukan persiapan untuk sesi dialog




Ratusan yang hadir pada majlis dialog sehingga ada yang terpaksa berdiri



sesi bergambar bersama Tuan Guru


pegawai dari cawangan Khas(SB) tersipu-sipu malu bila gambarnya dirakam



02 OGOS 2009( MAJLIS MAKAN MALAM ) 8pm

Tuan Guru dan rombongan diraikan di rumah Tuan YDP Tawau


HARI KE-2


Pada hari yang ke-2,kami bersama rombongan Tuan Guru bertolak ke Semporna tepat jam 2.30pm, di sana sudah menunggu program-program yang telah diaturkan oleh cg Bob dan teman-teman.

03-04 OGOS 2009( PROGRAM JOM MEMANCING ) 5.30opm-10.00am

Inilah kapal yang kami gunakan untuk memancing kapal 'KURNIA 4' milik penduduk tempatan Semporna

Sempat bergambar sebelum memulakan aksi




Tok Guru dan YDP PAS Tawau antara yang paling awal melontar mata kail ke laut

Tuan YDP PAS Kawasan Tawau,Johan Kategori Ikan Paling Besar dan Berat

Cikgu Wahidir dari Tawau Johan Kategori Pemancing yang paling awal mendapat Ikan
Pak Yazid dari Sandakan Johan kategori pemancing paling banyak mendapat ikan


03 OGOS 2009(CERAMAH UMUM,SEMPORNA) 8pm-10.30pm


Tuan Guru Presiden disambut oleh orang ramai setibanya di tapak ceramah

Pengerusi Jemputan memulakan bicara di hadapan ratusan penduduk tempatan yang hadir

Ust Nik Zawawi,Ketua penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Penceramah pertama pada malam itu

Orang ramai terpegun dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh Tuan Guru yang begitu mantap dan berkesan

Sesungguhnya 3 hari bersama Tok Guru adalah pengalaman yang sukar dilupakan.Terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga demi memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ampun maaf sekiranya terdapat sebarang tingkah laku atau kekasaran bahasa yang dilontarkan sepanjang kita bersama dalam program ini.Ketahuilah semua itu berlaku kerana kita semua mahu memastikan keselamatan para tetamu dan kelancaran program menjadi tumpuan yang paling utama.

Pada teman-teman yang tidak berkesempatan untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden pada kali ini,artikel ini aku tujukan khas untuk kalian semua,semoga kalian juga turut merasa apa yang kami rasa,semoga kita bertemu lagi dilain masa,InsyaAllah..

;;