Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya , NGO, anak sabah, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama. Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.

Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah.

Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.


"Duit hantarannya RM20,000.Mulanya dia punya Puang Haji minta RM30,000 tunai sebagai wang hantaran tidak termasuk barangan keperluan yang lain".

"Wow!! mengapa mahal betul?Muslimat tu kerja apa juga? Guru? Peguam? Pengarah Syarikat?

"Dia cuma kerani di sebuah syarikat di KK saja.."

"Laa..habis tu ngapa mahal sangat" "

Puang Hajinya cakap duit hantaran tu sebagai tebusan yakni sebagai imbuhan yang perlu dibayar kerana mereka adalah keturunan Raja B..... berbeza dengan pihak lelaki yang hanyalah orang biasa ataupun dalam bahasa yang mudah difahami, pihak lelaki adalah keturunan HAMBA!!!


Sahabat-sahabat sekalian dialog di atas adalah dialog perbualan antara aku dan seseorang yang amat aku hormati...Beliau mengadu kepadaku tentang masalah anaknya yang aku dan korang semua mungkin kenal kerana dia juga pernah aktif dengan jemaah sebelum ke Menara gading..

Anaknya yakni sahabat kita ni telah menjadi "MANGSA" kepada kerakusan,kedegilan kekerasan hati disebabkan kerana mempertahankan darjat,pangkat,harta, seorang perempuan yang bergelar Ibu,berpangkat Haji berketurunan atau berdarah raja ( betul atau tidak tak taulah ) kepada seorang muslimat yang ingin disuntingnya dan dijadikan isteri..

Betulkah darah keturunan raja ini terlalu suci hingga perlu ditebus-tebus pula kalau ingin dikahwini? Kalau begitu..wah.. teruklah bakal pengantin lelaki kita yang terpilih muslimat yang berketurunan raja!!! mau bergadai-bergolok jawabnya tu! Ada orang kata,laaa kalau mahal sangat carilah yang lain..Amboi,amboi cakap memang mudah bro...cuba enta terkena,amacam? Ingat senangkah nak lepaskan begitu saja cinta yang sudah disemai bertahun-tahun? silap-silap boleh gila woo...

Aku tak dapat nak memberikan nasihat kepada kes di atas walaupun pihak yang terkena itu agak rapat juga dengan aku...lagipun aku tengok budak lelaki tu tidak mahu berganjak dan tetap dengan keputusannya untuk memperisterikan muslimat tadi walaupun terpaksa bergolok bergadai ( bukan senang nak dapat Tengku Puteri bro!! ) Aku cuma dapat memerhati dari jauh...

Kepada muslimat yang berada diluar sana,tolonglah...Inilah masanya kita mempraktikkan segala kebolehan yang kita ada untuk meluahkan pandangan kita kepada ibubapa kita...Lebih-lebih lagi kalau hal itu bersangkutan dengan masa depan kita...janganlah main ikut je... bukan bermakna kita derhaka kalau kita tak ikut cakap mereka sekiranya kita rasa keputusan mereka itu akan menzalimi orang lain!!

Kepada sahabat-sahabatku yang belum kahwin lagi tu...naa..jaga-jaga memang ko lago...sedia memang budget mu.. maaf sekarang ni bukan ada lagi hantaran yang seribu dua ribu..paling sikit 10ribu...kalau dapat Tengku Puteri naaa matai laa....

Sesetengah kita ni kekadang pandai je cakap kononnya berjuang untuk menyebarkan dakwah islamiah...berjuang ikut Nabi SAW...tapi bila sampai bab kahwin...kekadang kita lebih teruk dari.... Arrgh Lu fikir la sendiri bro..


KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

PROGRAM MUQAYYAM TARBAWI ( MINI HIDRO )



CERAMAH UMUM ( MEROTAI BESAR )


Kehadiran ramai pengundi dari kaum Iban pada malam ceramah umum tersebut seolah-olah suatu signal kepada kerajaan umNO/Be End bahawa mereka akan bersama Pakatan Rakyat pada PRU akan datang.So tugas kita hendaklah memastikan agar momentum ini akan kekal berterusan sehingga ke PRU yang akan datang..Tradisi membela rakyat yang dizalimi mesti diteruskan walaupun terpaksa mendiami bilik yang berpintukan jeruji besi!!!

Suasana politik yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini,berikutan kejadian keluar parti oleh wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat iaitu dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP di Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh dipandang ringan oleh kita yang berada di dalam Jemaah PAS ini..

Sebagai manusia yang lemah kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang boleh memudarat kan parti yang kita sama-sama dokongi ini.Sebagai hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT maka ujian demi ujian terpaksa kita tempuhi bagi memantapkan lagi aqidah perjuangan kita sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 214 :


أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Justeru itu,bagi memastikan aqidah perjuangan kita tetap mantap walaupun di hempas badai ujian yang bertali arus,maka kita hendaklah mengaturkan program-program pentarbiahan bagi memastikan ahli-ahli kita tetap teguh pendirian walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cobaan yang melanda agar kita tetap mencapai kemenangan yang hakiki ataupun kita gugur sebagai para syuhadah!!

Namun bagi memastikan semua ini berlaku,maka perancangan yang teliti haruslah dibuat agar program pentarbiahan yang diatur meninggalkan kesan yang mendalam kepada para ahli.Janganlah sekadar melaksanakan program tarbiah seperti melepaskan batuk di tangga yang akhirnya mengakibatkan para ahli yang mengikuti program tersebut merasa diri mereka tertipu!!

Bagaimana bisa sesuatu program itu yang kononnya telah dirancang dengan begitu teliti dianggap sebagai berjaya,kalau mereka-mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakannya tidak berdisplin dalam menjalankan amanah yang diberi? Sikap datang lambat dan balik awal dalam program-program pentarbiahan yang dilaksanakan adalah satu wabak penyakit berbahaya yang harus ditangani segera..Mana mungkin kita boleh mentarbiah orang lain kalau kita terus-terus mengekalkan sikap sebegini...

Bukan nak mengata tapi hanya sekadar memperingatkan diri sendiri...


;;