Polis telah menyekat beberapa jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, untuk menghalang perhimpunan Pro-ISA dan Anti-ISA yang akan diadakan pada tengah hari ini. Berikut adalah perkembangan terkini.

1218 17 tangkapan lagi di kawasan berhampiran Masjid Jamek dan Sogo. Bilangan tangkapan mencecah 103 orang.

1215 13 orang lagi ditangkap di Pasar Seni.

1211 11 orang ditangkap di Bazaar berhampiran Masjid Jamek. Pihak polis memberi arahan untuk menangkap sesiapa yang memakai lencana Mansuhkan ISA.

1200 11 orang ditangkap di Dataran Merdeka. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 62 orang.

1140 Gas pemedih mata ditembak di Dataran Merdeka. Namun demikian, dilaporkan tiada orang awam berhimpun di situ. Ini menyebabkan beberapa anggota polis terpaksa melarikan diri sambil menutup hidung.

1133 Lagi seorang ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek.

1130 Lima orang pemuda yang berumur kira-kira 20 tahun ditangkap di stesen LRT Masjid Jamek. Angka penangkapan ini mencecah 50 orang. Polis dilaporkan sedang memeriksa bag penumpang LRT dan memberi amaran kepada orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan agar tidak berbuat demikian.

Di SOGO, polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan. Dilaporkan juga seandainya lebih 5 orang berkumpul, polis akan terus menyerbu.

1125 Menurut seorang SB (special branch), tenaga polis dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka telah dikerah untuk menggagalkan perhimpunan pada hari ini. Menurutnya, polis akan membuat sekatan di setiap hujung jalan untuk memastikan orang ramai gagal sampai ke Istana Negara.

1120 Dua orang lagi ditangkap di Pasar Seni. Angka penangkapan kini melonjak ke sekurang-kurang 45 orang!

1100 Wartawan merdekareview yang membuat liputan di Masjid Negara melaporkan, 5 atau 6 orang lelaki berkopiah telah ditangkap di Masjid Negara. Angka penangkapan melonjak ke sekurang-kurang 43 orang.

1059 Dua orang ditangkap di Pasar Seni, membuatkan angka penangkapan bertambah kepada 38.

1044 Menurut Suaram, 36 orang telah ditangkap, termasuk 13 orang unit amal dari Perak dan seorang dari Melaka. 14 orang yang ditangkap di KL Sentral ini kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur. Selain itu, 22 orang telah ditangkap Masjid Negara, dan dihantar ke IPD Cheras.

Senarai nama 13 orang unit amal.

1. Shahrul Iman Mohd Salleh
2. Ikhwan Ikram
3. Ahmad Adbul Wahab Abdul Rahman
4. Kamal Nadhir Kadeni
5. Abu Ubaidah Jalaluddin
6. Mohammad Sholihin Mat Salleh
7. Faizuddin Hazman Kadine
8. Saad Musa
9. Mohammad Helmi Hassan
10. Mohammad Hafizuddin Mohd Ghazali
11. Mohd Lokman Ahmad Mawi
12. Mohd Fadzil Jan Jam
13. Shamsul Anuar Nordin

0925 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang berjaya merentasi halangan polis selepas dihalang di Tapah. Beliau tetap tidak mahu ke balai polis. Setelah berunding dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, beliau berjaya meneruskan perjalanan ke KL.

0830 Beberapa jalan raya utama ke arah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur telah disekat. Jalan Syed Putra disekat di persimpangan jalan masuk ke Brickfield.

0820 ADUN Teja, Perak Chang Lih Kang dihalang di Tap ah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menentang ISA. Polis menghalang Chang dengan alasan untuk menyiasat "buletin Gopeng" yang terdapat dalam kereta beliau.

0800 FRU dilihat berkumpul di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.

Ikuti www.merdekareview.com/bm untuk maklumat lanjut.

Fuh! letih bro letih! Drive 500Km ke Kota Kinabalu memang amat meletihkan! Tapi dalam keletihan itu banyak benda yang dipelajari dalam sehari perjalanan menuju ke Kota Kinabalu membawa rombongan YB Dr.Mujahid Yusuf Rawa.Sehari rasanya tak cukup! Maaf pada teman-teman yang tertanya-tanya mengapa matbulan tidak di update.. kami di Tawau sedang berseronok dan berehat-rehat dengan program jemaah yang bertali arus,tidak seperti sahabat-sahabat yang sedang berkeringat dan bercucuran airmata untuk menjadi insan mulia di U sana atau seperti sahabat-sahabat yang sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh para majikan di luar sana atau seperti sahabat-sahabat yang sedang lena diulit mimpi dibilik tidur,atau atau atau.Maafkan aku kerana terlalu berseronok dengan program jemaah,sampai tak sempat nak update blog! Ku selitkan sedikit rakaman peristiwa sepanjang percutian kami bersama Dr.Mujahid dan Sdr Hu Pang Chou..


CERAMAH UMUM






JOM SERTAI PAS (PASAR SIN ONN)






JOM SERTAI PAS(PASAR TAMU TAKADA)









ZIARAH KE PASTI KINABATANGAN







Terkadang aku terfikir juga,tak terasakah teman-teman di luar sana dengan kesibukan yang kami alami untuk memastikan program jemaah berjalan lancar,tak merajukkah mereka kerana tidak terlayan atau apa ya? Selamat membaca dan komenlah apa yang patut.. semoga kita dipertemukan dilain program..Hampir aku terlupa,terima kasih tidak terhingga kepada sdr KY dan sdr Palan UMS yang turut menjayakan program bersama Dr Mujahid dan rombongan di KK. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian semua..

Sebaik saja menerima aduan daripada orang awam berhubung dengan masalah jalan yang rosak berdekatan dengan Stesen Petronas ,Jalan Utara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS dan DAP terus bergegas ke lokasi yang dimaklumkan.


YB Jimmy ADUN N57 Sri Tanjung menunjukkan sesuatu kepada pihak kontraktor


Wakil Pas Kawasan Tawau menerangkan sesuatu kepada wakil pihak yang berkenaan


Berbincang bersama untuk menyelesaikan masalah rakyat


Sebenarnya masalah ini telah pun diajukan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau pada 12 November 2007 melalui ketua Pemudanya pada ketika itu Sdr Ahmad Nasir Ali dan pihak JKR telah memberikan jawapan balas terhadap masalah itu pada 12 Disember 2007 melalui Jurutera Daerah Tawau pada ketika itu En Ali Ahmad Hamid dan beliau memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembaikkan akan dilaksanakan segera apabila ianya mendapat kelulusan daripada pihak Ibupejabat. Namun sehingga ke hari ini kerja-kerja pembaikkan masih belum dapat dijalankan.Mana dia slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan?'



Pondok Bas yang telah lama runtuh akibat masalah yang berlaku


Jalan ini amat membahayakan para pengguna sekiranya ia runtuh tiba-tiba

BERHUBUNG DENGAN ISU KEMATIAN MENDIANG TEOH BENG HOCK

1. PAS Kawasan Tawau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock atas kematiannya yang tragis di bangunan MASALAM,Shah Alam Selangor pada 16 Julai 2009 yang lalu

2. PAS Kawasan Tawau menuntut dan mendesak supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kematian Teoh Beng Hock yang berlaku di Pejabat SPRM Selangor dan dalam masa soal siasat SPRM dan dalam kawalan SPRM



3. PAS Kawasan Tawau menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat secara menyeluruh kematian Teoh Beng Hock dan seluruh episode penyiasatan SPRM terhadap beliau.



4. PAS Kawasan Tawau ingin menegaskan bahawa kematian Teoh Beng Hock bukan merupakan isu perkauman.Nilai nyawa mendiang sama dengan nilai nyawa orang Melayu atau bangsa yang lain di Malaysia. Mendiang Teoh Beng Hock ialah anak bangsa Malaysia dan apabila kematiannya berlaku secara tragis maka wajib kes kematiannya mendapat pembelaan dan keadilan.


En. Mohamad Husain

Yang Dipertua,

PAS Kawasan Tawau

Tawau, Isnin - Satu pertemuan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat Tawau telah diadakan hari ini bagi membincangkan isu kematian mengejut Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.


Perbincangan yang mengambil masa hampir 2jam itu diadakan di Pejabat PAS Kawasan Tawau telah menemukan wakil PAS,DAP dan PKR.PAS diketuai oleh Sdr Mohamad Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Sdr Darmanshah Lamasa, Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Mohd Kasman AJK Dewan Pemuda PAS Tawau, DAP pula diketuai oleh YB Jimmy Wong ADUN Sri Tanjung,Chan Foong Hin,Mr James dan sdr Fung Thin Yein manakala PKR diwakili oleh En. Gan dan En Nasaruddin.


Satu sidang akhbar akan diadakan esok pagi bagi memaklumkan pendirian pihak Pakatan Rakyat Kawasan Tawau berhubung dengan kes kematian Teoh yang mendapat liputan diseluruh negara.

Semua wartawan akhbar tempatan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar itu yang diadakan pada :

Tarikh : 21 Julai 2009
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Tawau
Masa : 10pagi

;;