Suasana politik yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini,berikutan kejadian keluar parti oleh wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat iaitu dari Parti Keadilan Rakyat dan DAP di Perak, Pulau Pinang dan Selangor tidak boleh dipandang ringan oleh kita yang berada di dalam Jemaah PAS ini..

Sebagai manusia yang lemah kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang boleh memudarat kan parti yang kita sama-sama dokongi ini.Sebagai hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT maka ujian demi ujian terpaksa kita tempuhi bagi memantapkan lagi aqidah perjuangan kita sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 214 :


أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ مَّسَّتۡہُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ (٢١٤
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Justeru itu,bagi memastikan aqidah perjuangan kita tetap mantap walaupun di hempas badai ujian yang bertali arus,maka kita hendaklah mengaturkan program-program pentarbiahan bagi memastikan ahli-ahli kita tetap teguh pendirian walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cobaan yang melanda agar kita tetap mencapai kemenangan yang hakiki ataupun kita gugur sebagai para syuhadah!!

Namun bagi memastikan semua ini berlaku,maka perancangan yang teliti haruslah dibuat agar program pentarbiahan yang diatur meninggalkan kesan yang mendalam kepada para ahli.Janganlah sekadar melaksanakan program tarbiah seperti melepaskan batuk di tangga yang akhirnya mengakibatkan para ahli yang mengikuti program tersebut merasa diri mereka tertipu!!

Bagaimana bisa sesuatu program itu yang kononnya telah dirancang dengan begitu teliti dianggap sebagai berjaya,kalau mereka-mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakannya tidak berdisplin dalam menjalankan amanah yang diberi? Sikap datang lambat dan balik awal dalam program-program pentarbiahan yang dilaksanakan adalah satu wabak penyakit berbahaya yang harus ditangani segera..Mana mungkin kita boleh mentarbiah orang lain kalau kita terus-terus mengekalkan sikap sebegini...

Bukan nak mengata tapi hanya sekadar memperingatkan diri sendiri...


0 Comments:

Post a Comment