KEJUTKAN MEREKA ITU...

by Abg Dai on Thursday, October 14, 2010 at 12:22am

Bantahan demi bantahan terhadap kelulusan yang dibuat oleh PUSPAL terhadap penganjuran Konsert artis GAY kontroversi Adam Lambert,terus kedengaran..Suara Mahasiswa terutama yang berpusat di Lembah Klang antara yang paling keras kedengaran membantah setiap konsert yang berunsur maksiat walau siapapun dan darimanapun artis tersebut.Syabas diucapkan kepada mereka.Tapi..ya..itu Mahasiswa yang berada di Tanah Semenanjung sana..apakhabar dan apa crita pula pula dengan Mahasiswa yang berada di Kepulauan Borneo? Di mana suara mereka? Mengapa mereka seolah-olah membisu diam tanpa sebarang bicara terhadap isu2 hangat yang menerja rakyat dan masyarakat yang berada di sekeliling mereka?




"student power"


Adakah ini kerana mereka terlalu seronok dibuai mimpi indah dan berkhayal kerana mereka merupakan sarjana yang nantinya keluar akan punyai kedudukan dan gelar yang hebat di dalam masyarakat?ataukah mereka terlalu sibuk mencatur kehidupan serba mewah yang tentunya menghantui mereka selepas studi nanti? ataukah mereka hanya seronok bermain kata atau berretorika kerana mereka sang mahasiswa? atau sebenarnya mereka sedang sibuk mengumpul dan memperbanyakkan koleksi anak2 ikan emas yang setiap hari mereka belai dan santuni itu sehingga mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya punyai senjata dan kuasa yang ampuh serta bisa merobek dan mengoyakkan keegoan sang perasuah yang sedang berkuasa? Arghh..payah juga sebenarnya berbicara dengan anak2 yang terlalu idealis ini? sebenarnya mereka sedang tertidur!! Ayuh kawan..kita terjah mereka..Kejutkan mereka yang sedang berkhayal itu...



0 Comments:

Post a Comment