Mungkin ada yang kurang senang dengan tajuk kali ini! itupun kalau lah ada orang yang melayari blog 'matbulan' ni,maklumlah blog ni baru dilahirkan dan tak ramai lagi yang tahu kewujudannya. Maknanya kalau tiada orang yang baca artikel kali ini maka penulis blog ini juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang syok sendiri.

Terlalu gusar sebenarnya apabila berbicara tentang tajuk di atas ni.. Ialah aku harus mengakui bahawa mereka ini adalah golongan-golongan yang terpilih dan dipilih untuk menjejakkan kaki mereka ke menara gading disebabkan kerana kecerdikkan mereka. Bermakna mereka ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan teman-teman mereka yang lain.

Tetapi ini tidaklah bermaksud bahawa mereka-mereka yang tidak memijakkan kaki mereka ke menara gading itu adalah golongan yang tidak cerdik atau bodoh! Tetapi mereka kurang bernasib baik kerana disebabkan beberapa faktor. Ada yang disebabkan kerana mereka dilahirkan sebagai seorang yang tidak sah taraf kewarganegaraannya,ada yang disebabkan kerana kemiskinan dan banyak sebab lagi walaupun hampir keseluruhan mereka ini mempunyai otak yang cerdik malah ada yang lebih cerdik daripada kawan-kawan mereka yang sedang berada di menara gading,tetapi kerana beberapa sebab tadi maka mereka terpaksa akur dengan keadaan.

Aku terpaksa membangkitkan hal ini kerana beberapa sebab. Bukan kerana aku dengki dengan mereka,juga bukan kerana aku sakit hati dengan mereka atau bukan dengan apa-apa,melainkan kerana aku sangat bimbang dengan golongan cerdik pandai ini atas beberapa faktor di bawah :
  1. Ada student yang sebelum ke 'U' sangat komited dengan kerja-kerja amal islami ataupun kerja-kerja jemaah tetapi bila balik dari 'u' atau bercuti mereka ini menjadi sangat pemalas dan seolah-olah tidak berminat.
  2. Kalau sebelum ini mereka sanggup pergi usrah atau perjumpaan di mana-mana saja tanpa mengira waktu dan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan tapi sejak balik ni macam-macam alasan yang diberi untuk mengelak diri daripada hadir usrah ataupun mana-mana program jemaah.
  3. Kalau dulu hari-hari boleh jumpa wajah mereka ini di pejabat atau di Markaz Tarbiah hingga kekadang sampai naik jemu melihat mereka tapi sejak balik dari 'U' ni nak jumpa seminggu sekali pun payah!
  4. Ada juga yang dulunya sangat beradab,wala dengan pimpinannya tapi sejak belajar di 'U' ni pimpinannya sudah tidak lagi dihormati kerana mereka merasakan diri mereka lebih hebat dari pimpinan mereka atau sekurang-kurangnya sama taraf.
  5. Dulu dialah yang paling taat dengan arahan tetapi sekarang dialah yang paling keras menentang atau membantah arahan.
  6. Yang paling membimbangkan ialah apabila ada yang dulunya boleh solat bersama kita,zikir sesama kita,baca al-mathurat sesama kita,berdoa sesama kita dan banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bersama tetapi sejak balik dari'U' ni mereka dah tak bersama lagi malah ada yang mengatakan perbuatan yang dilakukan sebelum ini seperti doa beramai-ramai,zikir beramai-ramai,baca al-mathurat itu adalah perbuataan bidaah yang sesat dan tertolak!
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan aku bimbang dengan budak-budak 'U' ni.Walau bagaimana pun jumlah yang mempunyai perangai sebegini hanyalah segelintir saja dan tidak ramai.Ramai lagi yang menjadi lebih komited,rajin ke usrah,rajin ke pejabat atau markaz, tetap wala' dengan pimpinan,taat pada arahan selepas belajar di 'U' cuma tidak juga menjadi kesalahankan kalau kita tegur dari awal,moga-moga yang sedikit itu tidak bertambah menjadi semakin ramai!

Kepada adik-adik sekalian,artikel ini bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi ianya sekadar satu pandangan,aku mengakui masing-masing punyai hujjah untuk mempertahankan tindakan masing-masing cuma kalau boleh ada baiknya kita berbincang agar kekusutan yang ada boleh terungkai..wassallam..

Islam
Memimpin Perubahan

103 point melakar gagasan politik PAS mendepani cabaran dewasa kini dengan membuat penegasan berani dan meyakinkan bahawa Islam Memimpin Perubahan .

Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS . Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan .

Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka . Bahkan dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Akllah swt .

Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja [ buruh kasar ] bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut . Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah islam di atas dan yang lainnya di bawah .

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini , Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai [ Rijal at Taghyir .] Pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut .

Jika Dato' Seri Presiden bertanya kepada kita hari ini :

من أنصاري إلى الله

Siapakah pembantuku untuk memperjuangkan Agama Allah swt .

Insyaallah , Pemuda - pemuda PAS tegak dan segak berdiri : lalu berkata :


نحن أنصار الله

Kamilah pembantu - pembantu [ pejuang ] Agama Allah swt

Harapan Dato' Seri Presiden dalam ucapan dasar yang dibentang , harapan para saff pimpinan dan harapan para perwakilan terhadap pemuda , suka saya tegaskan bahawa terlebih dahulu Rasulullah saw telah meletakkan harapannya yang tinggi kepada pemuda apabila baginda bersabda :


حالفني الشباب و خالفني الشيوخ

Pemuda selalu mendokong perjuanganku
sementara aku sering disanggahi oleh orang - orang tua .

Kami Pemuda PAS akan mengulangi kenyataan Miqdad ibnu Amru Rha kepada Rasulullah saw ketika mereka [ Baginda Rasul saw dan para sahabat rhm ] berbincang untuk mengambil keputusan turun ke medan berjuang demi menegakkan agama Allah swt . :

يا رسول الله : إمض لما أمرك الله فنحن معك .
و الله لا نقول لك كما قالت بنوا اسرائيل لموسى :
إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون
و لكن إذهب أنت و ربك فقاتلا إنا معاكما مقاتلون

Wahai Rasulullah saw : Berangkatlah ke medan juang sekira - kira Allah swt telah mengarahkanmu nescaya kami akan bersamu . Demi Allah ! kami tidak akan berkata sebagaimana kenyataan Bani Israel kepada Nabi Musa as. Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang sementara kami mahu kekal tinggal duduk di sini . Akan tetapi kami akan berkata , pergilah engkau bersama Tuhanmu berjuang sesungguhnya kami turut berjuang bersamamu.

Kami para Pemuda PAS berikrar :

  • Bahawa kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw .
  • Kami tidak akan mencemarkan wajah Al Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .
  • Kami sekali - kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini .

Hari ini dalam sejarah apabila pemuda telah diberi " amanah Presiden " yang dinaskan dalam ucapan dasar agar :

Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan PAKATAN Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat .

Insyaallah pemuda [ DPPP ] akan terus memelihara ketulenan / keabsahan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong . Kita akan pastikan PAS akan kekal identiti dan jati diri PAS sebagai Harakah Islamiyah dari 3 orientasi utamanya iaitu Dakwah , Tarbiyyah , Siasah .


Sementara 3 identiti PAS turut dipertahankan :

Futuristik [ strategi dan persiapan PAS ]

Fundemental [ prinsip perjuangan yang sedang didokong ]

Kontemporary [ dalam pendekatan dan penampilan .]


Pemuda PAS juga insyaallah agar senantiasa segar dan tegar untuk menegur atau kritikan membina kepada saff pimpinan sebagaimana pemuda selamanya rendah diri senantiasa memerlukan tunjuk ajar daie , para ulamak dan saff kepimpinan .

Tawau : Bermula 8 Jun 2009 hingga 20 Jun 2009 Jabatan Air Bahagian Tawau akan memulakan operasi pemotongan bekalan air di seluruh Daerah Tawau. Justeru itu dinasihatkan kepada semua pelanggan yang belum lagi menjelaskan bayaran bagi bil-bil yang tertunggak diharap dapat menjelaskannya dengan segera.Kami juga mengharapkan agar para penduduk di daerah Tawau dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pegawai-pegawai Jabatan Air yang akan menjalankan tugas dalam operasi tersebut. Sekiranya terdapat sebarang masalah,berhubunglah terus kepada pihak Jabatan Air Bahagian Tawau.



kelihatan kain rentang mengenai operasi pemotongan untuk makluman orang ramai


Orang ramai kelihatan berpusu ke Jabatan Air sejak 2minggu kebelakangan ini


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji



TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji


NAIB PRESIDEN


Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)

Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)



AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)



PEMERIKSA KIRA-KIRA


Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Alhamdulillah,perasmian Muktamar Parti Islam seMalaysia(PAS) yang ke-55 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada pagi Jumaat 5 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8pagi. Berikut dipaparkan gambar-gambar sekitar perasmian tersebut.

Para pimpinan tertinggi dibawa masuk ke dalam dewan perasmian

Barisan pimpinan di atas pentas utama

Lambaian kasih sayang



Para perwakilan dan pemerhati telah memenuhi Stadium Malawati

Kelihatan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Zaid Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan

Juga tidak ketinggalan para pejuang bahasa hadir sebagai tanda sokongan


Para petugas media tidak ketinggalan hadir untuk membuat liputan

para pemerhati dari negara luar pun turut dijemput


wakil HAMMAS turut kelihatan bersama dengan bekas imam masjid Al-Aqsa, Palestin

























;;