Mungkin ada yang kurang senang dengan tajuk kali ini! itupun kalau lah ada orang yang melayari blog 'matbulan' ni,maklumlah blog ni baru dilahirkan dan tak ramai lagi yang tahu kewujudannya. Maknanya kalau tiada orang yang baca artikel kali ini maka penulis blog ini juga boleh dikategorikan sebagai golongan yang syok sendiri.

Terlalu gusar sebenarnya apabila berbicara tentang tajuk di atas ni.. Ialah aku harus mengakui bahawa mereka ini adalah golongan-golongan yang terpilih dan dipilih untuk menjejakkan kaki mereka ke menara gading disebabkan kerana kecerdikkan mereka. Bermakna mereka ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan teman-teman mereka yang lain.

Tetapi ini tidaklah bermaksud bahawa mereka-mereka yang tidak memijakkan kaki mereka ke menara gading itu adalah golongan yang tidak cerdik atau bodoh! Tetapi mereka kurang bernasib baik kerana disebabkan beberapa faktor. Ada yang disebabkan kerana mereka dilahirkan sebagai seorang yang tidak sah taraf kewarganegaraannya,ada yang disebabkan kerana kemiskinan dan banyak sebab lagi walaupun hampir keseluruhan mereka ini mempunyai otak yang cerdik malah ada yang lebih cerdik daripada kawan-kawan mereka yang sedang berada di menara gading,tetapi kerana beberapa sebab tadi maka mereka terpaksa akur dengan keadaan.

Aku terpaksa membangkitkan hal ini kerana beberapa sebab. Bukan kerana aku dengki dengan mereka,juga bukan kerana aku sakit hati dengan mereka atau bukan dengan apa-apa,melainkan kerana aku sangat bimbang dengan golongan cerdik pandai ini atas beberapa faktor di bawah :
  1. Ada student yang sebelum ke 'U' sangat komited dengan kerja-kerja amal islami ataupun kerja-kerja jemaah tetapi bila balik dari 'u' atau bercuti mereka ini menjadi sangat pemalas dan seolah-olah tidak berminat.
  2. Kalau sebelum ini mereka sanggup pergi usrah atau perjumpaan di mana-mana saja tanpa mengira waktu dan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan tapi sejak balik ni macam-macam alasan yang diberi untuk mengelak diri daripada hadir usrah ataupun mana-mana program jemaah.
  3. Kalau dulu hari-hari boleh jumpa wajah mereka ini di pejabat atau di Markaz Tarbiah hingga kekadang sampai naik jemu melihat mereka tapi sejak balik dari 'U' ni nak jumpa seminggu sekali pun payah!
  4. Ada juga yang dulunya sangat beradab,wala dengan pimpinannya tapi sejak belajar di 'U' ni pimpinannya sudah tidak lagi dihormati kerana mereka merasakan diri mereka lebih hebat dari pimpinan mereka atau sekurang-kurangnya sama taraf.
  5. Dulu dialah yang paling taat dengan arahan tetapi sekarang dialah yang paling keras menentang atau membantah arahan.
  6. Yang paling membimbangkan ialah apabila ada yang dulunya boleh solat bersama kita,zikir sesama kita,baca al-mathurat sesama kita,berdoa sesama kita dan banyak lagi amalan yang boleh dilakukan bersama tetapi sejak balik dari'U' ni mereka dah tak bersama lagi malah ada yang mengatakan perbuatan yang dilakukan sebelum ini seperti doa beramai-ramai,zikir beramai-ramai,baca al-mathurat itu adalah perbuataan bidaah yang sesat dan tertolak!
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan aku bimbang dengan budak-budak 'U' ni.Walau bagaimana pun jumlah yang mempunyai perangai sebegini hanyalah segelintir saja dan tidak ramai.Ramai lagi yang menjadi lebih komited,rajin ke usrah,rajin ke pejabat atau markaz, tetap wala' dengan pimpinan,taat pada arahan selepas belajar di 'U' cuma tidak juga menjadi kesalahankan kalau kita tegur dari awal,moga-moga yang sedikit itu tidak bertambah menjadi semakin ramai!

Kepada adik-adik sekalian,artikel ini bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi ianya sekadar satu pandangan,aku mengakui masing-masing punyai hujjah untuk mempertahankan tindakan masing-masing cuma kalau boleh ada baiknya kita berbincang agar kekusutan yang ada boleh terungkai..wassallam..

0 Comments:

Post a Comment