ANTARA 2 DARJAT ( SIRI 2 )


"Duit hantarannya RM20,000.Mulanya dia punya Puang Haji minta RM30,000 tunai sebagai wang hantaran tidak termasuk barangan keperluan yang lain".

"Wow!! mengapa mahal betul?Muslimat tu kerja apa juga? Guru? Peguam? Pengarah Syarikat?

"Dia cuma kerani di sebuah syarikat di KK saja.."

"Laa..habis tu ngapa mahal sangat" "

Puang Hajinya cakap duit hantaran tu sebagai tebusan yakni sebagai imbuhan yang perlu dibayar kerana mereka adalah keturunan Raja B..... berbeza dengan pihak lelaki yang hanyalah orang biasa ataupun dalam bahasa yang mudah difahami, pihak lelaki adalah keturunan HAMBA!!!


Sahabat-sahabat sekalian dialog di atas adalah dialog perbualan antara aku dan seseorang yang amat aku hormati...Beliau mengadu kepadaku tentang masalah anaknya yang aku dan korang semua mungkin kenal kerana dia juga pernah aktif dengan jemaah sebelum ke Menara gading..

Anaknya yakni sahabat kita ni telah menjadi "MANGSA" kepada kerakusan,kedegilan kekerasan hati disebabkan kerana mempertahankan darjat,pangkat,harta, seorang perempuan yang bergelar Ibu,berpangkat Haji berketurunan atau berdarah raja ( betul atau tidak tak taulah ) kepada seorang muslimat yang ingin disuntingnya dan dijadikan isteri..

Betulkah darah keturunan raja ini terlalu suci hingga perlu ditebus-tebus pula kalau ingin dikahwini? Kalau begitu..wah.. teruklah bakal pengantin lelaki kita yang terpilih muslimat yang berketurunan raja!!! mau bergadai-bergolok jawabnya tu! Ada orang kata,laaa kalau mahal sangat carilah yang lain..Amboi,amboi cakap memang mudah bro...cuba enta terkena,amacam? Ingat senangkah nak lepaskan begitu saja cinta yang sudah disemai bertahun-tahun? silap-silap boleh gila woo...

Aku tak dapat nak memberikan nasihat kepada kes di atas walaupun pihak yang terkena itu agak rapat juga dengan aku...lagipun aku tengok budak lelaki tu tidak mahu berganjak dan tetap dengan keputusannya untuk memperisterikan muslimat tadi walaupun terpaksa bergolok bergadai ( bukan senang nak dapat Tengku Puteri bro!! ) Aku cuma dapat memerhati dari jauh...

Kepada muslimat yang berada diluar sana,tolonglah...Inilah masanya kita mempraktikkan segala kebolehan yang kita ada untuk meluahkan pandangan kita kepada ibubapa kita...Lebih-lebih lagi kalau hal itu bersangkutan dengan masa depan kita...janganlah main ikut je... bukan bermakna kita derhaka kalau kita tak ikut cakap mereka sekiranya kita rasa keputusan mereka itu akan menzalimi orang lain!!

Kepada sahabat-sahabatku yang belum kahwin lagi tu...naa..jaga-jaga memang ko lago...sedia memang budget mu.. maaf sekarang ni bukan ada lagi hantaran yang seribu dua ribu..paling sikit 10ribu...kalau dapat Tengku Puteri naaa matai laa....

Sesetengah kita ni kekadang pandai je cakap kononnya berjuang untuk menyebarkan dakwah islamiah...berjuang ikut Nabi SAW...tapi bila sampai bab kahwin...kekadang kita lebih teruk dari.... Arrgh Lu fikir la sendiri bro..

1 Comment:

  1. Kamarudin Toyo said...
    Salam. Gua caya lu la bang dai... Kalau pndgn pribadi ana la bg dai... camni jak.. kalau dorg dua tu betul2 cintanya sejati ala romeo n julie.. dan c perempuan tu kaya la misalnya..mereka kena bt camni :
    1) diorg kongsi sparuh2, 50/50 la.
    2) klau hantrnnya 30 ribu, c lelaki hnya da 10 ribu, c prempuan tambahla sbnyak 20 ribu tu, sbb dia kaya.
    3) dgn syarat mereka rahsiakn, jgn bgtau sapa2.

    Hanya syart jak pon.

    Benda camni, slalu brlaku jgk... kawan ana da kena dah. diorg bt camni la tk slesaikan msalah dorg. lgpon yg pompuan tak rugi apa la.. sbb duit tu akn kmbli pda dia jgk.. huhu.. just pndgn..

Post a Comment