Masjid Al-Kauthar yang terletak di bandar Tawau Sabah mula dikenali di seluruh negara apabila ianya diziarahi oleh Yang di-Pertuan Agong ke-12,Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail beberapa tahun yang lalu.Pada September 2009,sekali Masjid Al-Kauthar mencipta sejarah apabila ianya dikunjungi oleh orang nombor 1 negara yakni Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis berbuka puasa.

AL-KAUTHAR MASJID YANG PALING TERBESAR DI TAWAU

Kini,sekali lagi Masjid Al-Kauthar mencipta kejutan dan kontroversi apabila semenjak sebulan kebelakangan ini tiada lagi kedengaran laungan azan apabila masuknya waktu solat.Pelbagai andaian telah dibuat oleh masyarakat umum mengenai masalah yang berlaku ini.Sehinggakan ada individu yang mendakwa bahawa pihak Masjid Al-Kauthar telah mendapat bantahan daripada pihak gereja berhubung isu azan tersebut yang kononnya laungan azan tadi telah mengganggu ketenteraman awam lebih-lebih lagi pada waktu subuh.

Ada juga yang mendakwa bahawa pihak Pengurusan Masjid Al-Kauthar terpaksa tunduk dengan tekanan dari pihak-pihak tertentu berkaitan dengan isu azan tadi menyebabkan mereka terpaksa mengarahkan bilal yang bertugas hanya menggunakan 'speaker' dalam masjid sahaja apabila melaungkan azan.Kes serupa juga pernah berlaku pada Masjid Bandar Tawau,apabila pihak pengurusannya terpaksa tunduk dengan tekanan daripada pihak-pihak tertentu kerana pihak tersebut mendakwa laungan azan setiap waktu solat telah mengganggu ketenteraman pelanggan mereka yang ingin berehat! Akibat dari bantahan itu sehingga sekarang kita mendapati azan yang dilaungkan di Masjid Bandar hanya dapat didengar di sekitar masjid sahaja kerana 'speaker'nya diletak menghala ke dalam masjid dan bukan ke luar seperti masjid yang lain.

masjid Bandar Tawau juga menjadi mangsa tekanan pihak yang bencikan laungan azan

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini,penulis telah menghubungi pihak ataupun sumber yang rapat dengan pengurusan Masjid Al-Kauthar bagi mendapat gambaran yang sebenar supaya berita yang disampaikan nanti bersifat adil dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.Menurut sumber tersebut segala andaian atau prasangka yang dibuat mengenai isu azan di Masjid Al-Kauthar adalah tidak tepat.Sebenarnya sistem pembesar suara pada masjid tersebut telah mengalami kerosakan dari segi teknikal menyebabkan laungan azan tidak dapat didengar melalui corong pembesar suara yang terletak pada menara masjid. Menurutnya lagi puluhan ribu telah dibelanjakan untuk memperbaiki sistem pembesar suara tersebut namun ianya masih masih belum dapat diatasi.Katanya lagi pihak pengurusan Masjid Al-Kauthar telah menganbil keputusan untuk memperbaiki sistem pembesar itu secara menyeluruh iaitu dari A-Z,agar masalah itu tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

Demikianlah ulasan yang dapat dibuat mengenai isu terbaru di bandar Tawau ini. Tentunya maklumat ini berguna untuk kita semua.Penulis menyerahkan sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat penilaian,namun apa yang penting ialah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena di sini.Walaupun mungkin isu bantahan dari pihak-pihak luar terhadap isu azan itu tidak benar tapi isu pengurusan kewangan Masjid Al-Kauthar ini perlu diambil perhatian.Jadilah masyarakat yang prihatin! Isu ini merupakan isu besar yang harus diambil perhatian yang serius!!





4 Comments:

  1. Adry said...
    Salam bang... pasal masjid al kauthar ni aku memang dah agak masalah teknikal... tapi pasal masjid bandar tu aku agak musykil la.... ura ura kononnya dapat bantahan dari pihak hotel tu agak kuat... hermmm
    Abg Dai said...
    betul bro..pasal msjd bandar ni pun abg dah lama dah dgr cuma perlukn maklumat yg terperinci dan tepat.. tlg ya..
    Maya said...
    Bab ni perlukan sumber yang tepat dan perlu ditangani dengan sebaiknya. Adui harap2 dapat settle dengan aman.
    Anonymous said...
    Apa guna JAIS ada...jalanknlah tanggungjawab anda..klu nak cari kesalahan ummat islam melakukan sumbang mahram...punyala cepat...tp,dlm hal2 mcm ni..menuding jari dan saling memgharap jak...

Post a Comment