TAWAU-Ihtifal Alam Ria PASTI Tawau kali yang ke-9 yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Tawau telah berlangsung dengan begitu meriah dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.Hampir 3000 orang hadir pada majlis tersebut.

Majlis itu yang dirasmikan oleh AJK PAS Pusat Tuan HJ Ahmad Dullah telah turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan juga Democratic Action Party (DAP) kawasan Tawau.

Sedikit info bergambar untuk tatapan anda pada sebelum,semasa dan selepas acara ihtifal itu dijalankan.

SEBELUM MAJLIS BERMULA(PERSIAPAN TEMPAT)

Dewan utama tempat acara berlangsung


Para petugas jemaah bertungkus lumus menyiapkan latar belakang pentas

antara tenaga penting yang menjayakan ihtifal kali ini



Guru-guru PASTI bekerjasama menyiapkan pentas


Usrah tetap diadakan tak kira di mana atau sesibuk manapun kita

SEMASA MAJLIS BERJALAN


orang ramai memenuhi ruangan tempat duduk sejak awal lagi

antara acara yang sempat dirakamkan

SELEPAS MAJLIS

berat sama dipikul,ringan sama dijinjing



para petugas diraikan setelah penat mengerah tenaga sepanjang hari

orang-orang penting PASTI ( dari kiri Timb Pengerusi,Pengarah Ihtifal Alam ria dan Pengerusi PASTI )

barisan hakim yang arif lagi bijaksana

adik-adik Nisa turut membantu memeriahkan lagi majlis

Doa dipanjatkan agar majlis ihtifal ini diberkati

Kepada semua yang menjayakan Majlis Ihtifal Alam Ria Kali ke-9 ini,kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,Allah saja yang dapat membalasnya.Kami juga memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan di sepanjang majlis ini dijalankan..

3 Comments:

  1. hanaizor83 said...
    Alhamdulillah..

    Segalanya dah selesai.Tahniah bt semua petugas yang bertungkus- lumus menjayakan Ihtifal ni.Sama2 kita niatkan benda ni sebagai benda dakwah kerana Allah..
    Erm..gambar2 ni mesti diangkap guna hp kan :)
    Abg Dai said...
    amboi,mcm tak nampak je hanaizor83 ni masa ihtifal hari tue....
    hanaizor83 said...
    hanaizor83 jadi invisible masa tu :)

Post a Comment