Akhirnya umpan ku mengena...memang sudahku duga isu yang aku paparkan sebelum ini akan menimbulkan kontroversi! Aku menerima banyak sms dan juga cemuhan kerana telah membongkar satu perancangan jahat yang telah disusun dengan rapi kononnya tapi alhamdulillah ianya dapat dihidu lebih awal.
Aku tahu,tentunya yang bising-bising dan marah-marah tu tentulah"AHLI KUMPULAN ELIT"
yang merupakan dalang disebalik rancangan "UNTUK MERAMPAS KUASA PENTADBIRAN" persatuan pelajar tersebut.Kumpulan ini sebenarnya memulakan gerak secara perlahan agar tak ketahuan.Mereka mula mengumpul kekuatan ketika masih belajar dan mula menunjuk taring selepas mereka sudah punya "gelar".Perancangan mereka ini mula dapat dihidu apabila mereka mula mengemukakan cadangan pada tahun 2008 agar penasihat persatuan pelajar tersebut ditambah kepada 2 orang yang diletakkan dengan tujuan untuk mengurangkan pengaruh penasihat yang lama agar beliau dapat disingkirkan secara perlahan-lahan.
Banyak lagi usaha yang telah mereka buat dan sedang mereka rancang untuk memastikan nafsu serakah mereka ini dapat dipuaskan..Kepada "ahli kumpulan elit" ini aku cuma dapat menasihatkan agar dapat bersabar seketika..Aku yakin masa untuk korang pegang persatuan pelajar tu akan tiba jua..Pimpinan yang sedia ada tidak berniat pun nak pegangnya sampai mati! tapi kalu iya pun sabar-sabarlah sikit...Jangan lah jadi macam puak-puak parti sebelah sana tu yang sanggup khianati kawan semata-mata untuk mendapatkan kuasa!
Tak salah pun kalau persatuan pelajar ini dipegang oleh mereka-mereka yang ada masalah dari segi teknikal yang penting mereka punyai bakat kepimpinan serta bertaqwa pada ALLAH SWT! Janganlah kutuk mereka tapi berilah bimbingan..jangan lah hina mereka tapi berilah nasihat.. Apa hak saudara untuk mengatakan yang persatuan ini telah "diantarabangsakan" hanya kerana segelintir mereka punyai masalah teknikal? Hei!! ayuh kawan! relax lah...
Aku teringat kata-kata penasihat persatuan pelajar ini pada satu hari yang dia lontarkan dalam satu majlis Usrah di rumah Cg 'A' pada pertengahan tahun 2006, katanya "Cikgu tidak terkejut jika satu hari nanti ada kelompok yang menentang cikgu dan tidak bersetuju dengan pendapat cikgu dan di antara mereka yang berada dalam kelompok itu adalah terdiri dari bekas pelajar-pelajar cikgu ataupun mereka-mereka yang pernah berusrah bersama cikgu!" ternyata apa yang beliau katakan itu terbukti sudah pada hari ini!!
Hai!! dunia...dunia...
Kita sambung lagi di artikel akan datang...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)