Assalamualaikum pada semua...
Rasanya dah lama blog ni tak di update.Kesibukan dalam menguruskan diri,keluarga dan jemaah sehingga terkadang terlupa nak settlekan benda lain..
Dah seminggu kita berada di tahun 2010 ni,terlalu cepat masa berlalu..tup tup, pejam celik pejam celik tak sedar yang masa terus berlalu menandakan usia semakin meningkat dan saat kematian dah semakin dekat.Kita terus dengan kesibukan kita sehinggakan tak sedar dengan temu janji kita dengan Yang Maha Esa..
Terlalu banyak peristiwa penting yang berlaku pada tahun 2009 yang telah meninggalkan kita.Cuma pada kali ini aku hanya ingin mengulas sedikit peristiwa-peristiwa yang menjadi kontroversi di persekitaranku sahaja dan bukan diperingkat yang lebih tinggi. Yalah kekadang kita ni kuman di seberang laut kita nampak tapi gajah yang berada didepan matapun kekadang buat-buat tak nampak!
Yang pertamanya aku nak menyatakan kekesalanku atas apa yang berlaku pada Organisasi yang aku antara orang yang diamanahkan untuk memimpinnya..Berslogankan 'MELANGKAH GAGAH' rupanya masih belum cukup untuk menaikkan semangat juang teman-teman yang berada dalam saf pemuda yang amat aku sayang ini.Gerak langkah kami masih terlalu longlai..
Banyak program-program yang diaturkan tidak mendapat kerjasama yang baik daripada sebilangan besar teman-teman.Ada sebahagiannya terus sibuk mengaturkan program-program pribadi seolah-olah mereka tidak rasa bersalah dan tidak takut dengan pertanyaan Allah di akhirat kelak tentang amanah yang dipikulkan di atas pundak mereka.Semoga Allah memberikan kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan di tahun 2010 ini.Ingat pesanan ust Idris Ahmad, "Untuk memastikan kita mengecapi kemenangan yang selesa pada PRU13,maka kita tidak boleh hanya bergantung kepada kelemahan dan kerosakan yang berlaku pada parti lawan,tapi kita kena membina kekuatan kita sendiri bermula dari sekarang.Justeru itu sebagai langkah yang paling berkesan kita hendaklah menghidupkan usrah-usrah yang kita kelolakan kerana ianya merupakan enjin kepada jemaah kita.Kalau enjin itu rosak maka terbantutlah gerakan kita..
Yang keduanya,
Aku nak komen pasal satu kontroversi yang berlaku dengan satu Persatuan Pelajar yang merupakan salah satu ranting kecil dalam Pemuda.Akhir tahun lalu persatuan ini mengadakan mesyuarat agungnya dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan yang baru.Itu merupakan perkara yang biasa yang mesti dilaksanakan oleh mana-mana organisasi ataupun persatuan. Cuma yang aku agak terkejut apabila aku dimaklumkan bagaimana satu perancangan rapi telah dibuat oleh sekumpulan bekas ahli persatuan tersebut untuk memastikan pemimpin yang naik pada kali ini adalah merupakan 'orang-orang mereka' terlaksana seperti mana yang diinginkan! Mereka pun pasang la 'SB' dari kalangan ahli persatuan itu sendiri untuk melaporkan kepada mereka apa-apa jua perancangan termasuk butiran mesyuarat dan juga keputusan-keputusan yang dibuat.Buktinya bagaimana keputusan penting dan sepatutnya menjadi maklumat sulit yang dibuat oleh ahli majlis tertinggi persatuan tersebut boleh terlepas kepada pengetahuan ramai..Sebenarnya banyak lagi perancangan yang telah dan sedang diatur bagi memastikan hasrat 'Kumpulan Elit' ini tercapai.So,kepada yang bertanggung jawab ke atas persatuan pelajar ini jangan alpa dan leka. Pastikan agar tahun ini persatuan anda bebas daripada serangan anai-anai yang boleh menghancurkan persatuan anda.Jangan biarkan diri anda diperlekeh oleh golongan yang merasakan merekalah yang paling hebat..Dan pastikan tiada ahli yang wataknya macam watak JKKK kampung yang dilantik oleh UMNO berada dalam persatuan anda!
Setakat ini dulu ulasan yang dibuat tentang apa yang berlaku di akhir tahun 2009!Semoga kita semua tabah dalam menempuh onak dan duri di tahun baru ini....