Apa perasaan anda sebagai rakyat Sabah yang menjadi pengundi pada setiap pilihanraya umum apabila membaca tajuk di atas?
Marah? Benci? Sakit hati? atau apa...
Tapi itulah hakikatnya...Bukan aku yang meletakkan nilai ini,tapi seorang teman yang merupakan EXCO Pemuda UMNO Tawau yang meletakkan harga itu,aku pun agak marah pada mulanya apabila kata-kata itu terkeluar dari mulutnya,seakan-akan mahu je aku tampar mulutnya pada saat itu.Tapi apabila mendengarkan sendiri penjelasannya,barulah aku faham..
Teman aku ni merupakan orang yang berjawatan dalam Pemuda UMNO Tawau,tak perlulah aku jelaskan secara terperinci apa jawatannya cuma dia ni memang amat rapat dengan seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berasal dari Sabah.
Aku berjumpa dengannya secara tidak sengaja ketika berlakunya kebakaran di Kampung Vietnam di Tawau baru-baru ni.Mulanya aku hanya bertanya pada dia,agak-agak dia siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir 25hb ni,PAS,UMNO atau calon Bebas?
"PAS akan menang lagi kali ini"spontan je dia menjawab.
"Aik?takkan orang UMNO mengalah awal-awal?" aku cuba mengusiknya.
"Betul bro, pengundi di Semenanjung bukan sama dengan pengundi di Sabah ni!" luahnya lagi.
"Ya kah?,apa pula bezanya pengundi di semenanjung dengan pengundi di Sabah?"soal ku.
Lalu diapun menceritakan pengalamannya merayu undi ketika pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.Dia bersama 20 orang ahli Pemuda UMNO Tawau telah ditugaskan untuk membantu jentera Pilihanraya UMNO di Bukit Gantang.Dia menceritakan bagaimana mereka menghadapi kesukaran untuk mempengaruhi pengundi walaupun setelah menggunakan pelbagai taktik termasuklah menggunakan pengaruh wang,hiburan dan makan-minum!
Dia juga menceritakan bagaimana majlis ceramah yang UMNO anjurkan tidak mendapat sambutan pengundi walaupun ianya diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal tanah air dan juga ada makan minum ,tetapi ribuan pengundi membanjiri ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang dibuat pada waktu yang sama dan bersebelahan dengan majlis anjuran UMNO tadi walaupun ianya tidak diselitkan dengan acara hiburan dan tiada jamuan percuma!
Petugas-petugas PAS katanya bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan calon mereka tanpa meminta atau diberikan upah sedangkan ianya tidak berlaku di kem UMNO.Pengundi di sana juga tidak mudah terpengaruh dengan pancingan wang ringgit contohnya ketika kempen rumah-ke rumah mereka telah berikan rm100 bagi setiap pengundi yang ada di rumah tersebut tapi bila hari mengundi ternyata mereka kalah teruk di tempat itu!
"Susah bro memang susah nak pengaruh pengundi di semenanjung sana..tak seperti di Sabah ni pengundinya boleh bertukar fikiran hanya dengan memberikan mereka nasi bungkus dan mineral water!" ungkapnya agak geram.
Begitulah rendahnya maruah dan harga diri para pengundi di Sabah pada kacamata pemimpin UMNO.Nilai kita hanyalah setakat RM4.50 itupun kalau nasi itu berlaukan ayam kalau lauknya ikan harga kita cuma RM3.50 je..Nasi ikan RM2.50 + Mineral water 500ml RM1=RM3.50!! Sedarlah wahai pengundi khususnya di Tawau ni,UMNO cuma menganggap kita ini hanyalah seperti LAMPIN anak-anak kita,bila perlu baru beli...
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
org d semenanjung tak sama dgn sabah..
singguh kesian org kita.. dorh tak tau realiti sebenarnya.. kalo tngk tv pun, tngk saluran yg dimonopoli oleh umno-bn.
perjuangan di sabah sngt sukar..
berjuanglah selagi mampu..
dan..
tunggu kepulangan kami.. ank2 sabah atau lebih tepatnya ank2 tawau..
kepulangan kami akn mbawa ilmu yg bermanfaat insyaAllah..