ANTARA 2 DARJAT

" Salam,abang freekah sekarang? Ana nak jumpa,ada hal nak bincang,penting!" tanya seorang sahabat yang menghubungi aku melalui sms.

"Maaf abang agak sibuk minggu ni,banyak program jemaah yang wajib disertai ,minggu depan boleh?Enta tentukan tarikh dan tempat,insyaAllah ana akan luangkan masa" jawabku dengan perasaan agak bersalah kerana terpaksa menolak permintaannya untuk bertemu dan berbincang.

"InsyaAllah nanti ana maklumkan bila dan di mana kita jumpa"jawabnya menutup bicara.

Kita merancang Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih sempurna,walaupun kami telah menetapkan tempat dan tarikh untuk bertemu tapi akhirnya kami telah dipertemukan dengan tidak sengaja pada tarikh dan tempat yang berlainan daripada apa yang dirancang iaitu di masjid.

Selesai solat kami pun memulakan perbincangan. Dia memaklumkan padaku yang dia baru saja 'memutuskan' perhubungannya dengan seorang muslimat. Mereka dah lama kenal dan bercadang untuk menikah. Aku kenal baik dengan muslimat itu. Aku agak terkejut bila dimaklumkan tentang perpisahan itu. Mereka berdua memang serasi,akhlak baik dan amat menitik beratkan batas-batas pergaulan. Sepanjang yang aku tahu mereka hanya berhubung melalui sms itupun sekiranya ada hal penting yang nak dimaklumkan. Tidak pernah aku atau sahabat-sahabat lain terserempak mereka keluar berdua atau bertiga, ramai yang tidak tahu tentang perhubungan mereka kecuali orang-orang tertentu kerana berhati-hatinya mereka menjaga maruah jangan sampai tercemar dan terhindar daripada fitnah dan dosa.Tidak seperti pasangan lain yang ku kenal tidak kira samada mereka ni hebat tarbiah ataupun tidak ,ikut usrah atau tidak,kebanyakkannya belum apa-apa lagi dah kemaruk nak berjumpa tak kira siang atau malam,sms dan berbual dalam telefon tak payahlah cerita kekadang naik geli kita melihatnya!


Apa yang aku paling sedih ialah apabila diberitahu olehnya bahawa perhubungan mereka tidak mendapat restu daripada pihak keluarga muslimat kerana perbezaan taraf kedudukan antara mereka berdua. Seorang lulusan Universiti,seorang lagi setakat STPM,yang seorang dah kerja dengan kerajaan yang seorang lagi bekerja sendiri. Kalau nak kira jumlah pendapatan,tinggi lagi pendapatan sahabat yang bekerja sendiri itu daripada muslimat yang bekerja dengan kerajaan tadi. Tapi status membezakan mereka.Keluarga muslimat tadi hanya akan menerima mereka yang bekerja dengan 'kerajaan' saja!

Aku simpati dengannya,hanya itu yang mampu aku katakan.Aku nasihatkan dia supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.Mungkin bukan jodohnya dengan muslimat tadi dan aku yakin ada hikmah disebalik semua kejadian itu. Cuma yang membebankan aku sekarang ialah apabila dia mohon supaya aku dapat carikan dia pasangan hidup di kalangan adik-adik muslimat yang aku kenali dalam jemaah ini.Alasannya,orang yang berada dalam jemaah Islam ni beserta keluarga mereka tentulah tidak menitik beratkan sangat soal kedudukan dan darjat seseorang .Tapi betulkah demikian? Persoalannya hampir semua adik-adik muslimat yang aku kenali adalah graduan Universiti dan hampir semua dari mereka bekerja dengan kerajaan! Adakah mungkin mereka atau keluarga mereka boleh menerima dia seadanya? Ataukah perbezaan 'kasta' akan terus menjadi agenda utama untuk menentukan samada kita layak atau tidak menjadi suami atau menantu seseorang? Adakah akhlak dan kepribadian yang baik tidak lagi penting atau menjadi ukuran yang paling utama? Atau adakah kita semua sudah kembali ke zaman P.Ramlee melalui filemnya Antara 2 Darjat dan Ibu Mertuaku?

Aku tidak dapat memberikan jawapan atau memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan sahabat tadi.Aku juga takut sebenarnya,justeru itu aku mohon sahabat-sahabat di luar sana tolonglah berikan pandangan untuk menyelesaikan masalah ini.Semoga pandangan-pandangan yang diberikan dapat mententeramkan jiwa sahabat kita yang dalam kebingungan,Wassallam.

1 Comment:

  1. Unknown said...
    Terharu pulak dengan cerita abg dai. Susah jugak kalau ada keluarga bergitu. Berkerja dengan kerajaan pun bukan tentu menjamin kebahagian rumahtangga seseorang di dunia mahupun akhirat. Moga-moga orang yag berkenaan aku doakan mendapat jodoh yang lebih baik daripada Allah s.w.t. Walaupun ada orang yang memandang kita sedemikian rupa tetapi ingatlah! Allah tidak memandang kita berdasarkan harta,rupa, keturunan, pangkat, mahupun darjat, Allah akan memandang setiap amalan yang kita lakukan. Takbir!!!!

Post a Comment