KG VEITNAM TERBAKAR LAGI

Tawau, Rabu 12 Ogos 2009- Satu kebakaran telah berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Kampung Veitnam,Tanjung Batu Laut.Menurut sumber sebanyak 30 buah rumah telah hangus dijilat api dalam kejadian itu.Namun kecekapan dan kepantasan pihak Bomba dan Penyelamat Tawau telah berjaya mengawal api daripada merebak.



Api terlalu cepat merebak

Kebakaran itu turut melibatkan rumah seorang ahli Unit Amal kawasan Tawau yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor iaitu sdr Airil Syah. Beliau yang ditemui di tempat kejadian bagaimana pun kelihatan tenang dan redha atas apa yang berlaku.


Pasukan Bomba berusaha memadamkan api yang membakar rumah sdr Airil

Tinggal rangka...rumah sdr Airil Syah Noordin,ahli Unit Amal Tawau hangus dijilat api.. semoga beliau dan keluarga dapat bersabar

Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadamkan api

Mangsa musibah kebakaran hanya terdaya melihat rumah mereka dijilat api

Barang-barang yang sempat diselamatkan

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,adalah pemimpin yang paling awal sampai ditempat kejadian

Yang Dipertua PAS kawasan Tawau ketika ditemui ditempat kejadian berkata bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa kebakaran dalam masa yang terdekat ini mengikut kemampuan yang ada.

2 Comments:

  1. Unknown said...
    janagan bersedih di atas apa yang telah berlaku. Mungkin Allah nak uji sejauh mana kita sanggup berkorban demiNya. Macam aku kehilangan laptop
    Anonymous said...
    Mu hilang laptop sbb ada sesuatu dalam laptop yg menjdi rbutan mat2 sabul haha

Post a Comment