Aku yakin,kalau kena pada caranya,budak-budak muda ni sebenarnya tiada masalah untuk bersama PAS..Cuma kena tukar sikit jer cara dan stail kita mendekati mereka.Kekadang kita hanya memberi tumpuan kepada golongan anak muda yang sudah tertarbiah fikrahnya dan yang sudah terbiasa bersama dengan kita sejak mereka bergelar pelajar lagi.Sebab itu kita banyak melaksanakan program yang hanya memberi tumpuan kepada golongan tadi..Usrah,Kuliah, Tamrin dan pelbagai lagi program yang hanya memberi tumpuan pada golongan-golongan yang berpendidikan sahaja.
Tapi bagaimana dengan anak-anak muda yang tidak pernah mengikuti program-program pentarbiahan kita?atau tidak berpeluang bersama dengan kita kerana mereka tidak pernah didekati..?Bukankah mereka juga pengundi kita? Mereka ini tentulah tidak biasa atau tidak berapa minat dengan program kerohanian seperti yang biasa kita buat.Bukan sebab mereka benci dengan program-program sedemikian tapi kerana mereka tidak biasa
.
Aku berpandangan sudah sampai masanya kita mengubah atau mengolah sedikit cara klasik kita dengan cara yang lebih segar dan "mesra alam"...Usrah tetap dibuat,cuma oleh kerana mereka belum biasa maka kita ubah sikit cara kita berusrah..kalau sebelum ini kita hanya menjadikan markaz tarbiah,pejabat,masjid dan rumah sahabat sebagai tempat berusrah maka dengan golongan ini kita berusrah mengikut tempat yang mereka biasa...contoh padang bola misalannya, gelanggang badminton,restoran atau mana-mana tempat yang mereka berasa tidak janggal ataupun kekok!!Jadi maknanya kita terpaksa lari sedikit daripada kebiasaan kalau kita mahu golongan ini bersama dengan kita di masa hadapan...
Begitu juga dengan program Tamrin,Muqayyam dan sebagainya..Ianya mesti diteruskan tapi perlu diolah sedikit mengikut kemampuan "Sasaran" kita...Tapi ini sekadar cadangan saja..tak lebih dari itu...

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)