HARGA PENGUNDI DI SABAH HANYALAH SEKITAR RM3.50 HINGGA RM4.50!
2 comments Posted by Abg Dai at 5:35 PMApa perasaan anda sebagai rakyat Sabah yang menjadi pengundi pada setiap pilihanraya umum apabila membaca tajuk di atas?
Marah? Benci? Sakit hati? atau apa...
Tapi itulah hakikatnya...Bukan aku yang meletakkan nilai ini,tapi seorang teman yang merupakan EXCO Pemuda UMNO Tawau yang meletakkan harga itu,aku pun agak marah pada mulanya apabila kata-kata itu terkeluar dari mulutnya,seakan-akan mahu je aku tampar mulutnya pada saat itu.Tapi apabila mendengarkan sendiri penjelasannya,barulah aku faham..
Teman aku ni merupakan orang yang berjawatan dalam Pemuda UMNO Tawau,tak perlulah aku jelaskan secara terperinci apa jawatannya cuma dia ni memang amat rapat dengan seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berasal dari Sabah.
Aku berjumpa dengannya secara tidak sengaja ketika berlakunya kebakaran di Kampung Vietnam di Tawau baru-baru ni.Mulanya aku hanya bertanya pada dia,agak-agak dia siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil di Permatang Pasir 25hb ni,PAS,UMNO atau calon Bebas?
"PAS akan menang lagi kali ini"spontan je dia menjawab.
"Aik?takkan orang UMNO mengalah awal-awal?" aku cuba mengusiknya.
"Betul bro, pengundi di Semenanjung bukan sama dengan pengundi di Sabah ni!" luahnya lagi.
"Ya kah?,apa pula bezanya pengundi di semenanjung dengan pengundi di Sabah?"soal ku.
Lalu diapun menceritakan pengalamannya merayu undi ketika pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.Dia bersama 20 orang ahli Pemuda UMNO Tawau telah ditugaskan untuk membantu jentera Pilihanraya UMNO di Bukit Gantang.Dia menceritakan bagaimana mereka menghadapi kesukaran untuk mempengaruhi pengundi walaupun setelah menggunakan pelbagai taktik termasuklah menggunakan pengaruh wang,hiburan dan makan-minum!
Dia juga menceritakan bagaimana majlis ceramah yang UMNO anjurkan tidak mendapat sambutan pengundi walaupun ianya diselitkan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis terkenal tanah air dan juga ada makan minum ,tetapi ribuan pengundi membanjiri ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang dibuat pada waktu yang sama dan bersebelahan dengan majlis anjuran UMNO tadi walaupun ianya tidak diselitkan dengan acara hiburan dan tiada jamuan percuma!
Petugas-petugas PAS katanya bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan calon mereka tanpa meminta atau diberikan upah sedangkan ianya tidak berlaku di kem UMNO.Pengundi di sana juga tidak mudah terpengaruh dengan pancingan wang ringgit contohnya ketika kempen rumah-ke rumah mereka telah berikan rm100 bagi setiap pengundi yang ada di rumah tersebut tapi bila hari mengundi ternyata mereka kalah teruk di tempat itu!
"Susah bro memang susah nak pengaruh pengundi di semenanjung sana..tak seperti di Sabah ni pengundinya boleh bertukar fikiran hanya dengan memberikan mereka nasi bungkus dan mineral water!" ungkapnya agak geram.
Begitulah rendahnya maruah dan harga diri para pengundi di Sabah pada kacamata pemimpin UMNO.Nilai kita hanyalah setakat RM4.50 itupun kalau nasi itu berlaukan ayam kalau lauknya ikan harga kita cuma RM3.50 je..Nasi ikan RM2.50 + Mineral water 500ml RM1=RM3.50!! Sedarlah wahai pengundi khususnya di Tawau ni,UMNO cuma menganggap kita ini hanyalah seperti LAMPIN anak-anak kita,bila perlu baru beli...
Tawau, Rabu 12 Ogos 2009- Satu kebakaran telah berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Kampung Veitnam,Tanjung Batu Laut.Menurut sumber sebanyak 30 buah rumah telah hangus dijilat api dalam kejadian itu.Namun kecekapan dan kepantasan pihak Bomba dan Penyelamat Tawau telah berjaya mengawal api daripada merebak.
Kebakaran itu turut melibatkan rumah seorang ahli Unit Amal kawasan Tawau yang kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor iaitu sdr Airil Syah. Beliau yang ditemui di tempat kejadian bagaimana pun kelihatan tenang dan redha atas apa yang berlaku.
Yang Dipertua PAS kawasan Tawau ketika ditemui ditempat kejadian berkata bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa kebakaran dalam masa yang terdekat ini mengikut kemampuan yang ada.
S.E.S.B = SABAH ELECTRICITY SENDIRIAN BERHAD ATAU SURE EVERYDAY SABAH BLACKOUT!!?
0 comments Posted by Abg Dai at 4:50 PM"Abi karan mati lagi lah!" aku menerima sms daripada isteri pada pukul 9 pagi Jengkel memang menjengkelkan! Dah lah hampir setiap malam bekalan letrik terputus hampir 2 hingga 3 jam sejak 2minggu kebelakangan ini,siang pun terputus juga!
Teman-teman di pejabat pun dah mula bising.Hampir setiap hari bekalan letrik terputus dan ianya mengakibatkan banyak kerugian dari segi masa,tenaga dan wang ringgit!Bukan setakat di kawasan kampung malah kawasan bandar pun terkena juga!
"Jom kita buat demo depan SESB" beritahu seorang sahabat.
"Kita kejutkan sikit para pegawai yang duduk di bilik-bilik berhawa dingin dan kerusi empuk di Pejabat SESB di Jalan Kuhara tu" sampuk teman ku yang satu lagi.
Kita tak boleh nak menyalahkan juga pihak SESB 100% atas apa yang berlaku ini. Bagaimana mereka nak memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya mereka masih lagi menggunakan peralatan yang layak digelar sebagai besi buruk? Ya,mereka semestinya bertanggungjawab sekiranya bekalan letrik terputus akibat daripada kecuaian pekerja yang tertidur atau curi tulang atau apa-apa saja. Tapi kalau bekalan letrik ini terputus akibat mesin atau alat yang digunakan sudah expired atau buruk atau sebenarnya sudah layak dibuang ke laut untuk dijadikan 'tukun tiruan' maka siapa lagi yang harus dipersalahkan? Siapa yang memerintah negara? siapa yang kontrol kewangan negara? siapa yang jadi menteri Tenaga? siapa yang jadi Ketua di dalam negeri? Apa yang mereka buat? Siapa yang undi mereka? Jawapan nya ada pada anda!!
"SELAMAT BERGELAP"
" Salam,abang freekah sekarang? Ana nak jumpa,ada hal nak bincang,penting!" tanya seorang sahabat yang menghubungi aku melalui sms.
"Maaf abang agak sibuk minggu ni,banyak program jemaah yang wajib disertai ,minggu depan boleh?Enta tentukan tarikh dan tempat,insyaAllah ana akan luangkan masa" jawabku dengan perasaan agak bersalah kerana terpaksa menolak permintaannya untuk bertemu dan berbincang.
"InsyaAllah nanti ana maklumkan bila dan di mana kita jumpa"jawabnya menutup bicara.
Kita merancang Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih sempurna,walaupun kami telah menetapkan tempat dan tarikh untuk bertemu tapi akhirnya kami telah dipertemukan dengan tidak sengaja pada tarikh dan tempat yang berlainan daripada apa yang dirancang iaitu di masjid.
Selesai solat kami pun memulakan perbincangan. Dia memaklumkan padaku yang dia baru saja 'memutuskan' perhubungannya dengan seorang muslimat. Mereka dah lama kenal dan bercadang untuk menikah. Aku kenal baik dengan muslimat itu. Aku agak terkejut bila dimaklumkan tentang perpisahan itu. Mereka berdua memang serasi,akhlak baik dan amat menitik beratkan batas-batas pergaulan. Sepanjang yang aku tahu mereka hanya berhubung melalui sms itupun sekiranya ada hal penting yang nak dimaklumkan. Tidak pernah aku atau sahabat-sahabat lain terserempak mereka keluar berdua atau bertiga, ramai yang tidak tahu tentang perhubungan mereka kecuali orang-orang tertentu kerana berhati-hatinya mereka menjaga maruah jangan sampai tercemar dan terhindar daripada fitnah dan dosa.Tidak seperti pasangan lain yang ku kenal tidak kira samada mereka ni hebat tarbiah ataupun tidak ,ikut usrah atau tidak,kebanyakkannya belum apa-apa lagi dah kemaruk nak berjumpa tak kira siang atau malam,sms dan berbual dalam telefon tak payahlah cerita kekadang naik geli kita melihatnya!
Apa yang aku paling sedih ialah apabila diberitahu olehnya bahawa perhubungan mereka tidak mendapat restu daripada pihak keluarga muslimat kerana perbezaan taraf kedudukan antara mereka berdua. Seorang lulusan Universiti,seorang lagi setakat STPM,yang seorang dah kerja dengan kerajaan yang seorang lagi bekerja sendiri. Kalau nak kira jumlah pendapatan,tinggi lagi pendapatan sahabat yang bekerja sendiri itu daripada muslimat yang bekerja dengan kerajaan tadi. Tapi status membezakan mereka.Keluarga muslimat tadi hanya akan menerima mereka yang bekerja dengan 'kerajaan' saja!
Aku simpati dengannya,hanya itu yang mampu aku katakan.Aku nasihatkan dia supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.Mungkin bukan jodohnya dengan muslimat tadi dan aku yakin ada hikmah disebalik semua kejadian itu. Cuma yang membebankan aku sekarang ialah apabila dia mohon supaya aku dapat carikan dia pasangan hidup di kalangan adik-adik muslimat yang aku kenali dalam jemaah ini.Alasannya,orang yang berada dalam jemaah Islam ni beserta keluarga mereka tentulah tidak menitik beratkan sangat soal kedudukan dan darjat seseorang .Tapi betulkah demikian? Persoalannya hampir semua adik-adik muslimat yang aku kenali adalah graduan Universiti dan hampir semua dari mereka bekerja dengan kerajaan! Adakah mungkin mereka atau keluarga mereka boleh menerima dia seadanya? Ataukah perbezaan 'kasta' akan terus menjadi agenda utama untuk menentukan samada kita layak atau tidak menjadi suami atau menantu seseorang? Adakah akhlak dan kepribadian yang baik tidak lagi penting atau menjadi ukuran yang paling utama? Atau adakah kita semua sudah kembali ke zaman P.Ramlee melalui filemnya Antara 2 Darjat dan Ibu Mertuaku?
Aku tidak dapat memberikan jawapan atau memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan sahabat tadi.Aku juga takut sebenarnya,justeru itu aku mohon sahabat-sahabat di luar sana tolonglah berikan pandangan untuk menyelesaikan masalah ini.Semoga pandangan-pandangan yang diberikan dapat mententeramkan jiwa sahabat kita yang dalam kebingungan,Wassallam."InsyaAllah nanti ana maklumkan bila dan di mana kita jumpa"jawabnya menutup bicara.
Kita merancang Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih sempurna,walaupun kami telah menetapkan tempat dan tarikh untuk bertemu tapi akhirnya kami telah dipertemukan dengan tidak sengaja pada tarikh dan tempat yang berlainan daripada apa yang dirancang iaitu di masjid.
Selesai solat kami pun memulakan perbincangan. Dia memaklumkan padaku yang dia baru saja 'memutuskan' perhubungannya dengan seorang muslimat. Mereka dah lama kenal dan bercadang untuk menikah. Aku kenal baik dengan muslimat itu. Aku agak terkejut bila dimaklumkan tentang perpisahan itu. Mereka berdua memang serasi,akhlak baik dan amat menitik beratkan batas-batas pergaulan. Sepanjang yang aku tahu mereka hanya berhubung melalui sms itupun sekiranya ada hal penting yang nak dimaklumkan. Tidak pernah aku atau sahabat-sahabat lain terserempak mereka keluar berdua atau bertiga, ramai yang tidak tahu tentang perhubungan mereka kecuali orang-orang tertentu kerana berhati-hatinya mereka menjaga maruah jangan sampai tercemar dan terhindar daripada fitnah dan dosa.Tidak seperti pasangan lain yang ku kenal tidak kira samada mereka ni hebat tarbiah ataupun tidak ,ikut usrah atau tidak,kebanyakkannya belum apa-apa lagi dah kemaruk nak berjumpa tak kira siang atau malam,sms dan berbual dalam telefon tak payahlah cerita kekadang naik geli kita melihatnya!
Apa yang aku paling sedih ialah apabila diberitahu olehnya bahawa perhubungan mereka tidak mendapat restu daripada pihak keluarga muslimat kerana perbezaan taraf kedudukan antara mereka berdua. Seorang lulusan Universiti,seorang lagi setakat STPM,yang seorang dah kerja dengan kerajaan yang seorang lagi bekerja sendiri. Kalau nak kira jumlah pendapatan,tinggi lagi pendapatan sahabat yang bekerja sendiri itu daripada muslimat yang bekerja dengan kerajaan tadi. Tapi status membezakan mereka.Keluarga muslimat tadi hanya akan menerima mereka yang bekerja dengan 'kerajaan' saja!Aku simpati dengannya,hanya itu yang mampu aku katakan.Aku nasihatkan dia supaya bersabar dengan ujian yang dihadapi.Mungkin bukan jodohnya dengan muslimat tadi dan aku yakin ada hikmah disebalik semua kejadian itu. Cuma yang membebankan aku sekarang ialah apabila dia mohon supaya aku dapat carikan dia pasangan hidup di kalangan adik-adik muslimat yang aku kenali dalam jemaah ini.Alasannya,orang yang berada dalam jemaah Islam ni beserta keluarga mereka tentulah tidak menitik beratkan sangat soal kedudukan dan darjat seseorang .Tapi betulkah demikian? Persoalannya hampir semua adik-adik muslimat yang aku kenali adalah graduan Universiti dan hampir semua dari mereka bekerja dengan kerajaan! Adakah mungkin mereka atau keluarga mereka boleh menerima dia seadanya? Ataukah perbezaan 'kasta' akan terus menjadi agenda utama untuk menentukan samada kita layak atau tidak menjadi suami atau menantu seseorang? Adakah akhlak dan kepribadian yang baik tidak lagi penting atau menjadi ukuran yang paling utama? Atau adakah kita semua sudah kembali ke zaman P.Ramlee melalui filemnya Antara 2 Darjat dan Ibu Mertuaku?
Alhamdulillah,terima kasih kami ucapkan pada Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,Presiden Parti Islam Semalaysia(PAS) kerana kesudian beliau mengunjungi kami di Tawau bersama-sama dengan rombongan pada 2 hingga 4 Ogos baru-baru ini.
02 OGOS 2009 ( KETIBAAN )-10.05am
02 OGOS 2009(MAJLIS KERAIAN)- 11am
Sahabat dari Kinabatangan yang diketuai oleh ust Zaidi turut hadir walaupun terpaksa meredah ratusan kilometer untuk sampai ke Tawau
02 OGOS 2009 (SOLAT ZOHOR DI MASJID BANDAR)-12.30pm
02 OGOS 2009 (MAJLIS DIALOG) 4pm-6pm
pegawai dari cawangan Khas(SB) tersipu-sipu malu bila gambarnya dirakam02 OGOS 2009( MAJLIS MAKAN MALAM ) 8pm
HARI KE-2
Pada hari yang ke-2,kami bersama rombongan Tuan Guru bertolak ke Semporna tepat jam 2.30pm, di sana sudah menunggu program-program yang telah diaturkan oleh cg Bob dan teman-teman.
03-04 OGOS 2009( PROGRAM JOM MEMANCING ) 5.30opm-10.00am

Cikgu Wahidir dari Tawau Johan Kategori Pemancing yang paling awal mendapat Ikan
Pak Yazid dari Sandakan Johan kategori pemancing paling banyak mendapat ikan03 OGOS 2009(CERAMAH UMUM,SEMPORNA) 8pm-10.30pm
Sesungguhnya 3 hari bersama Tok Guru adalah pengalaman yang sukar dilupakan.Terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga demi memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ampun maaf sekiranya terdapat sebarang tingkah laku atau kekasaran bahasa yang dilontarkan sepanjang kita bersama dalam program ini.Ketahuilah semua itu berlaku kerana kita semua mahu memastikan keselamatan para tetamu dan kelancaran program menjadi tumpuan yang paling utama.
Pada teman-teman yang tidak berkesempatan untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden pada kali ini,artikel ini aku tujukan khas untuk kalian semua,semoga kalian juga turut merasa apa yang kami rasa,semoga kita bertemu lagi dilain masa,InsyaAllah..
Pada teman-teman yang tidak berkesempatan untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden pada kali ini,artikel ini aku tujukan khas untuk kalian semua,semoga kalian juga turut merasa apa yang kami rasa,semoga kita bertemu lagi dilain masa,InsyaAllah..
;;
Subscribe to:
Posts (Atom)



