Rasanya seperti baru semalam mengenalinya.Orangnya cukup peramah,hormat dan sentiasa merendah diri.Pertama kali aku bersua dengannya ketika aku bersama rombongan Dewan Pemuda PAS Tawau mengikuti kursus unit Amal anjuran pemuda negeri di Tamparulli beberapa tahun yang lalu.Ketika itu aku panggil dia 'ust tuala' sebab dia meletakkan tuala di bahu ketika menyampaikan kuliah maghrib(maaf ust,ana tak tahu lagi nama ust masa tu..)
Selepas itu barulah aku dimaklumkan yang nama 'Ust Tuala' yang sebenarnya ialah Ust Hafizullah..Aku terus ingin mengenalinya dengan lebih rapat ketika kami bersama dalam barisan EXCO pemuda negeri. Namun kerana jarak sempadan yang begitu luas memisahkan kami maka ianya sedikit sebanyak telah membataskan kemesraan kami.Rasanya dekat setahun aku tidak dapat berjumpa dan berbual dengannya walaupun kami bersama dalam saff kepimpinan..Tup..tup.. aku dengar berita dia dah nak berpindah!
Bohonglah kalau aku katakan aku tidak terkejut ketika mendengar perkhabaran ini..
Bohong jugalah aku jika aku tidak terasa dengan perpindahannya..
Dan tentulah aku berbohong jika aku tidak berasa sedih dengan perpisahan ini..
Aku cuba membayangkan apakah akan jadi selepas ini..adakah yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti? Ya..aku sentiasa teringat kata-kata bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan dan bukan kita juga yang mengakhirkan perjuangan..Tapi realitinya tidak berlaku sedemikian.Ramai sudah sahabat-sahabat yang kembali ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan dan menyambung sisa-sisa perjuangan tetapi tempat yang mereka tinggalkan sehingga kini belum lagi diisi atau ada pengganti.Memang betul ramai sarjana dan para ust yang dihantar bertugas di Sabah,tapi mereka ini datang secara senyap dan pergi juga secara senyap.Seboleh mungkin mereka ini tidak mahu kelibat mereka di Sabah dicium oleh jemaah di sini.Ada di antara mereka anak-anak pimpinan di peringakt negeri di tanah semenanjung. Ada di antara mereka merupakan pimpinan kita di Mesir,Jordan dan sebagainya. Ada di antara mereka yang merupakan pimpinan-pimpinan kampus! Tapi apabila mereka sampai di bumi Sabah mereka jadi seperti tikus!! Mereka lebih senang duduk di dalam zon yang selesa daripada berjuang di jalan dakwah!
Namun walau macam manapun kita terpaksa melepaskan Ust Hafiz pergi..Adat orang merantau akhirnya kembali ke asal jua...SELAMAT BERJUANG SAHABATKU...terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan untuk mempertahankan islam di bumi Sabah..Doakan kami di bumi Sabah ini agar terus istiqamah dalam perjuangan dan mempertahankan islam sehingga kita memperoleh kemenangan ataupun kami Syahid dalam perjuang...
1 Comment:
-
- Pembantu Pejuang said...
November 23, 2009 at 1:57 AMya.. kini kurang lagi tenaga kita di Sabah... kita cukup marah kwn2 yang pulang tanpa ada sumbangan untuk jemaah di Sabah.. apatah lagi dia 'ustaz' pulak.. orang kuat di Jabatan Pelajaran (unit pend. Islam) pernah tegur isu ustaz pulang tanpa berdakwah di Sabah.. apa pun, syukran ustaz Hafizullah atas jasa baik nya di bumi ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)