Tawau,Khamis : Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan, PAS kawasan Tawau tetap meneruskan Program Masyarakat Prihatin yang telah dilancarkan awal bulan Oktober lalu bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan.
Pada 5 November 2009 baru-baru ini,PAS Kawasan Tawau telah menyumbangkan bantuan berupa wang tunai kepada 17 pelajar Madrasah Darul Hidayah yang terletak di Kampung Sg.Imam,Tawau.Pelajar terbabit yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh ketua Urusan ulama' PAS Kawasan Tawau,Al-Fadhil Ust Allias Sulung.
Kepada muslimin dan muslimat yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka ini melalui dewan Pemuda PAS Kawasan tawau,bolehlah terus masukkan ke dalam akaun bernombor 10025010011767 atas nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.
Semoga sumbangan tuan/puan diberikan balasan setimpal oleh ALLAH SWT,amin...
2 Comments:
-
- Pembantu Pejuang said...
November 7, 2009 at 10:39 PMyop.. kena ingatkan pg lujnah kebajikan pemuda sokmo, kot2 dia lupa ingatkan kepala2 upu.. termasuk ust yusry umas.. he he.. lama2 beras tu rosak..- Abg Dai said...
November 9, 2009 at 4:28 PMya ust,betul betul betul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)