Tawau : Seorang kanak-kanak perempuan yang baru mencapai usia 12 tahun telah mengugut untuk membunuh diri jika cintanya ditolak oleh teman lelakinya yang juga seusia dengannya. Kanak-kanak perempuan itu yang masih lagi belajar di darjah 6 di sebuah sekolah di Kawasan Tawau telah mengambil tindakan demikian setelah mendapati yang teman lelakinya yang juga belajar di sekolah yang sama tidak mahu menerima cintanya.Ugutan untuk membunuh diri itu telah dinyatakannya dalam sekeping surat yang dikirimkan kepada teman lelakinya.

surat tanda cinta adik 'ima' dgn teman lelakinya 'K',keduanya baru 12 tahun bro!

Aku dapat surat ni dari seorang pelajar darjah 5 di sekolah sk... sebenarnya aku 'tangkap' surat ni ketika buat 'spotcheck' dekat masjid kampung aku.Aku memang selalu buat pemeriksaan di masjid tu untuk mengelakkan budak-budak yang datang sembahyang tu tidak bawa benda-benda yang tidak sepatutnya ke masjid.Pernah satu ketika aku ternampak dia orang bawa 'pitik',pisau dan bermacam-macam benda lagi.

gelagat anak-anak muda kita di jalan pantai sabindo

Ketika baca surat ni,bermacam-macam perasaan menerjah fikiranku.Nak ketawa pun ada,nak menangis pun ada dan bermacam-macam perasaan lagilah.Bayangkanah budak-budak tu baru 12 tahun tapi dah pandai bercinta,pandai tulis surat dan pandai ugut bunuh diri!! tak lucu kah? bulu ketiak pun belum tumbuh lagi!! Tak sedih kah? Bayangkanlah kalau dia tu anak tuan-tuan atau adik tuan-tuan atau anak saudara tuan-tuan.


bercumbuan secara terbuka sudah jadi perkara biasa(mana pihak penguatkuasa?)

Inilah akibatnya kalau kita tidak menjadikan islam sebagai satu cara hidup.Kita tidak mau menjadikan ulama sebagai pemimpin kita.Kita takut menegur anak-anak kita,kononnya sayang tapi sebenarnya kita telah menghancurkan masa depan mereka dengan membiarkan mereka melakukan perbuatan maksiat dan sebagainya.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar....

2 Comments:

  1. bicara_sufi said...
    krisis moral yang kian meruncing dan menakutkan..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..selaku guru, salah laku dan kepincangan sakhsiah anak muda muslim ini di dapan mata dan setiap hari..
    Tiada asbab lain kesan keegoan dan keingkaran manusia menjadikan Islam sebagai cara hidup..
    Pandangan peribadi, usaha dakwah dan pengukuhan kemantapan akidah perlu kita pertingkatkan seiring dengan kerja keras kita dalam mewarnai iklim politik dengan negara dengan wajah islami..
    Abg Dai said...
    terima kasih atas pandangan cikgu,insyaAllah kita akan terus harungi jalan yg penuh berliku ini untuk menyebarkan dakwah islamiah kerana di hujung sana ada janji yang sudah menanti..

Post a Comment