Gombak,Selangor : Seorang ahli Unit Amal Tawau,Sdr Firdaus bin Mohd Yusuf telah terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini. Beliau yang bekerja sebagai Grafic Designer di sebuah syarikat percetakan dikatakan telah gagal mengawal motorsikal yang ditungganginya di sebuah selekoh lalu terbabas dan mengakibat kecederaan di bahagian kaki.



Ketika dihubungi sebentar tadi beliau yang kini berada dalam keadaan yang stabil mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan yang serius ataupun membawa maut.

kecederaan yang dialami oleh sdr Firdaus

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Tawau,kami mendoakan agar beliau cepat sembuh dan boleh terus menyumbang tenaga pada jemaah walau dimana beliau berada.Kepada semua sahabat-sahabat yang berada di tanah semenanjung diharap agar dapat menziarahi sdr Firdaus andainya terdapat luang dan kesempatan.

3 Comments:

  1. Hidayat said...
    alahai daus..baru jak ko beym dgn aku beraksi mengatakan ko la plg handalan d kl ni..huhu
    Abg Dai said...
    dengan abg dai pn dia bgtau yg dialah juara rempit di KL..haa daus amacam sekrg? rempitlah lagi,baru sikit luka tu belum jg sampai lubang kubur lg..
    saif al mansur said...
    Semoga cepat sembuh dan kembali beraksi di medan amalulillah..

    Pengarah
    Jabatan Amal Negeri Sabah

Post a Comment