HARAKAH DISERANG LAGI!

“Maaf! Kakak dah tak berani jual Harakah ni…” begitulah luahan seorang pengedar akhbar Harakah kepada saya sebentar tadi. Saya melihat ada sedikit riak kebimbangan di wajahnya ketika dia berkata demikian.

“Mengapa kak?” saya cuba mendapatkan kepastian.

“Sebentar tadi kakak telah diberi amaran oleh seorang pegawai agar tidak lagi menjual Harakah kalau masih mahu berniaga di kompleks ini sebab katanya bangunan ini kepunyaan UMNO jadi kalau tak setuju dengan UMNO jangan berniaga di bangunan UMNO!”

Inilah sebahagian daripada budaya UMNO! Saya tidak terkejut dengan apa yang terjadi dengan wakil pengedar Harakah itu sebab sebenarnya bermula bulan lalu semua wakil kami telah didatangi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Dalam Negeri. Mereka diugut untuk diambil tindakan sekiranya mereka masih lagi berdegil untuk terus menjual akhbar Harakah.

Kesan daripada tindakan itu,maka hampir 50% daripada ahli-ahli PAS kawasan Tawau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akhbar Harakah yang diterbitkan setiap 2kali seminggu. Inilah demokrasi ala UMNO,mereka akan melakukan apa saja untuk memastikan lawan politik mereka tersembam termasuklah menggunakan seluruh instrument kerajaan yang ada untuk memuaskan nafsu serakah mereka!


inilah bangunan yang didakwa milik, UMNO Tawau...



0 Comments:

Post a Comment