Tawau: Sukaneka Pasti Kawasan Tawau yang diadakan pada 28 Jun 2009 baru-baru ini berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni. Kehadiran lebih 3000 pengunjung termasuk ibu bapa pelajar PASTI menghangatkan lagi suasana.Sukaneka itu yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Sabah Sdr Lahirul Latigu juga turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk YB Jimmy Wong Tze Phin ADUN N57 Sri Tanjung serta wakil dari Parti Keadilan Rakyat Kawasan Tawau.
Namun, kemeriahan sukaneka pada hari tersebut telah dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menghubungi Ibupejabat Polis Daerah Tawau dan membuat laporan palsu dengan mengatakan bahawa satu ceramah politik tanpa permit telah diadakan di tempat sukaneka itu diadakan.Pelapor itu juga mengadu kononnya penceramah itu(yang sebenarnya adalah perasmi sukaneka ) telah memburuk-burukkan nama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. Walau bagaimana pun sepasukan anggota polis cawangan Jenayah seramai 4 orang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Inspektor yang diarahkan untuk menyiasat aduan tersebut tidak menemui sebarang bukti untuk mengesahkan aduan tersebut dan mereka mendapati tidak ada sebarang aktiviti ceramah yang berlangsung.
Inilah ragam manusia! Dengki! Khianat! dah jadi sebahagian daripada satu cara hidup mereka!
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)