"Ya ALLAH,aku bermohon padamu agar Kau jadikanlah anakku ini sebagai seorang srikandi yang akan terus berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam, menegakkan kebenaran dan menghancurkan kebathilan..."
Semalam 6 Julai 2009,kami sekeluarga mengadakan sedikit kenduri kesyukuran sempena meraikan ulang tahun kelahiran anak kami yang ke-2 Nur Ayu Farhana yang ke-3 tahun. Kami cuma mengadakan majlis ringkas dengan menjemput beberapa orang teman seperjuangan. ALhamdulillah majlis berjalan lancar dan terima kasih pada semua yang hadir.
sdr Rozaili sedang membacakan doa kesyukuran
cepatnya masa berlalu,tak sedar mereka berdua semakin dewasa
Maknanya, aku sudah semakin tua, bak kata pepatah 'rumah kata pergi,kubur kata mari'. Ya Allah andainya telah Engkau takdirkan matiku pada waktu yang telah ditentukan janganlah Engkau matikan aku dalam keadaan yang sesat dan berdosa kecuali Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku.. amin..
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)