Alhamdulillah Syukur,kerana Allah masih mempertemukan kita di arena ini. Aku pun sebenarnya baru sampai dari pekan Kinabatangan awal subuh tadi kurang lebih jam 1.30. Aku bersama 2 orang lagi sahabat ust Yus dan sdr Borhan diarahkan untuk menghadiri program pemuda negeri di sana. Kami bertiga bertolak dari Tawau seawal pagi 04 Julai 2009. Aku mula bersiap seawal jam 4subuh sebab rancangan awal kami nak solat subuh di Kunak.Terima kasih pada isteri yang tercinta kerana begitu setia melayani sang suami yang sering meninggalkan dirinya dan anak-anak. Tentunya dia tahu kelebihan yang diperolehi oleh sang isteri yang sering ditinggalkan suami yang pergi berjuang di jalan Allah.
Pagi itu aku,ust Yus, sdr Borhan dan seorang lagi sahabat iaitu sdr Rosli 'Putih' meredah keheningan pagi menuju ke Kinabatangan dengan menggunakan Unser Ust Nazri.Aku ambil tempat di posisi pemandu. Dalam perjalanan aku sering mengerling ke belakang untuk melihat keadaan ust Yus.Terus terang aku bangga punyai sahabat seperti ust Yus,walaupun dia sebenarnya tidak sihat dan mengalami sakit di bahagian kiri tubuhnya tetapi dia tetap meneruskan perjalanan untuk ke program di Kinabatangan yang jauhnya beratus Kilometer. Ternyata kesakitan itu tak dapat menghalang sang pejuang ini untuk meneruskan niatnya.Andainya ada sepuluh orang sepertinya di bumi Tawau ini,aku pasti UMNO takkan senang duduk! Silap-silap Tawau akan jadi Mamali ke-2!
Tapi sayang! ramai sahabat yang dikaruniakan kesihatan yang baik tidak sanggup untuk meluangkan masa malah ada yang menolak apabila diminta untuk memikul beban amanah di medan dakwah ini. Di saat-saat sahabat lain meredah keheningan subuh untuk menyahut seruan jihad,mereka pula sedang lena diulit selimut..Wahai orang-orang yang berselimut! Bangung! Berilah peringatan!
Wahai sahabat janganlah kerana terlalu seronok dengan nikmat yang Allah berikan kepada kamu sehingga melalaikan kamu dari mengingati Allah! Kesenangan,kemewahan dan kesihatan yang ada pada kita pada hari ini bila-bila masa saja Allah boleh tarik. Justeru itu :

- Rebutlah masa sihatmu sebelum datang waktu sakitmu.
- Rebutlah waktu kayamu sebelum datang kemiskinan
- Rebutlah masa lapangmu sebelum datang waktu sempit
- Rebutlah masa mudamu sebelum datang waktu tuamu
- Rebutlah Waktu hidupmu sebelum datang matimu
Semua itu mestilah dilakukan untuk membantu menegakkan agama ALLAH. Peringatan ini untuk diri aku dan kepada mereka yang alpa..
semua khusyuk mendengar amanat
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)