TV3 PEMBOHONG!!

Semalam melalui tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, al Fadhil Ust Nasaruddin Hassan Tantawi di dalam blognya kita semua dimaklumkan bahawa punca ketidakhadiran YB Ust Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas di hari penamaan calon PRK DUN Manek Urai adalah disebabkan beliau dimasukkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pembedahan kecil. Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan dan tulisan Ust Tantawi tentulah maklum akan perkara ini.

Namun apabila kita mengikuti siaran berita melalui Buletin Utama di Tv3 semalam, mereka masih lagi mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan antara Tuan Guru Mursyidul Am dan Ust Nasha dengan membuat penafsiran kononnya ketidak hadiran Timbalan Presiden PAS itu ada kaitan dengan perbalahan antara mereka sebelum ini berkenaan penubuhan kerajaan perpaduan.


TV3 menggunakan pelbagai strategi untuk memecah-belahkan PAS

Samada mereka ini tidak tahu akan keadaan sebenarnya ataupun buat-buat tidak tahu ataupun memang tahu tapi mereka ini MEMANG sengaja berbuat demikian untuk mengkucar-kacirkan PAS dengan menabur fitnah bagi memastikan PAS tewas di Manek Urai!

Kepada mereka yang berkenaan,kepada pembaca berita yang terlibat dengan fitnah tersebut,bertaubatlah! bukankah kita semua tahu bahawa dosa memfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh?

FIKIR-FIKIRKANLAH....

0 Comments:

Post a Comment