Natrah, sebuah nama besar yang diingati oleh generasi tua negara ini, yang berkesempatan hidup dalam dekad 50an di zaman payah penjajahan British . Namanya terus meniti bibir daripada generasi ke generasi, sebuah episod duka yang meninggalkan parut yang dalam dan kekal kepada sejarah bumi leluhur ini. Natrah, bukan hanya sebuah tragedy cinta berdarah, namun ianya adalah sebuah potret kekentalan semangat moyang kita yang bersatu diatas nama akidah menentang pemurtadan diatas nama hak. Natrah telah meninggalkan kita dalam usia 77 tahun akibat sakit panjang yang dideritainya, leukemia. Namun ada kesakitan yang lebih parah yang telah membunuh jiwanya sejak puluhan tahun iaitu direnggus akidah dan kasih sayang daripada ibu angkatnya yang berasal dari Terengganu. Wanita ini pernah berkata bahawa keindahan hidup yang satu-satunya yang pernah dikecapi ialah semasa waktu kecilnya dalam agama Islam. Membesar dalam suasana kampong dijajaran Pantai Laut China Selatan yang menguntum kebahagiaan, belajar mengaji al Quran. Didakap hidup dalam budaya Melayu yang santun.

Kegelisahan jiwanya jelas terpapar selepas dimurtadkan, beliau pernah didakwa di Mahkamah Belanda atas tuduhan cuba membunuh suaminya, JG Wolkenfelt. Natrah juga pernah mengalami gangguan jiwa, berkahwin dan berpisah, juga pernah berusaha mencari kebahagiaan di Amerika namun gagal.Beliau akhirnya kembali ke Belanda dengan seribu duka yang dipoles pada wajah kehidupan.
Peristiwa Natrah yang berlaku pada tahun 1950 merupakan mercusuar kebangkitan umat Islam Tanah Melayu dan Singapura dalam menentang penjajah dan usaha pemurtadan yang dilakukan oleh mereka. Selama ratusan tahun buni Melayu dijarah Barat namun orang Melayu sangat kental dalam menjaga akidah. Tragedi Natrah telah membuktikan kebenaran sejarah ini, datuk nenek kita sanggup berkubang darah demi akidah seorang gadis.
Natrah atau nama sebenarnya Maria Huberdina Hertogh, dilahirkan pada tahun 1937 di Tjimahi , Pulau Jawa. Beliau anak kepada seorang askar Belanda , Petrus Hertogh dan Adeline (seorang Serani) dan mempunyai enam orang adik beradik dimana Maria adalah anak yang ketiga. Semasa pendudukan Jepun di Indonesia, suasana sangatlah gawat sehingga bapa Natrah telah dipenjarakan oleh Jepun. Ibu Natrah berlindung dirumah neneknya di Bandung. Pada masa inilah keluarga ini berkenalan dengan Che Aminah yang berasal dari Terengganu. Che Aminah ialah seorang mempunyai latar sejarah kehidupan yang menarik. Berketurunan bangsawan dari Kemaman Terengganu, beliau pernah berada di Tokyo selama 12 tahun kerana mengikuti suaminya yang bekerja sebagai pensyarah Bahasa Melayu di sana. Beliau kembali ke Tanah Melayu dengan seorang anak angkat keturunan Jepun kerana Che Aminah tidak mempunyai zuriat.
Suaminya telah meninggal dunia dan beliau akhirnya berkahwin dengan seorang saudagar yang berasal dari Bandung , iaitu Maarof Bin Haji Abdul. Dengan berlakunya pendudukan Jepun di Indonesia, beliau yang fasih berbahasa Jepun telah diambil bekerja sebagai penterjemah di Pejabat Tentera Jepun di Bandung dan ini telah memberikan perlindungan kepada Aminah. Kedudukan istimewa Che Aminah ini menyebabkan Adeline, ibu Natrah berbaik dengan beliau. Keadaan payah dan sukar di zaman Jepun telah menyebabkan Adeline menyerahkan Natrah kepada Aminah saat Natrah berumur lima tahun.
Sifat keibuan Che Aminah telah menempatkan beliau dihati Natrah, gadis kecil ini disekolahkan di Bandung tetapi pada tahun 1947, Che Aminah kembali ke Kemaman kerana bimbankan keselamatan keluarga beliau. Natrah diasuh di Sekolah Perempuan Melayu Chukai, mendapat kasih saying yang melimpah ruah daripada ibu angkatnya. Perbezaan yang ketara pada Natrah berbanding anak Melayu tipikal yang lain akhirnya telah dihidu oleh penjajah British.
Seorang pegawai Tadbir British yang bernama Arthur Locke pada bulan April 1950 telah memperdayakan Che Aminah supaya membawa Natrah ke Singapura dengan alasan untuk menyelesaikan dokumen berkaitan dengan penjagaan anak angkatnya. Kerana sayangkan Natrah, Che Aminah bertolak ke Singapura bersama Natrah, tetapi selepas 10 hari disana, beliau telah menerima surat mahkamah yang bertarikh 22 April 1950 yang mengarahkan agar Natrah diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura. Penjajah Inggeris dan Belanda bersatu dalam usaha memurtadkan Natrah, isu ini mula membakar perasaan umat Islam apabila akhbar Melayu Raya berterusan melaporkan kelicikan penjajah untuk merampas akidah Natrah dan meleraikan kasihsayang ibu angkatnya , Che Aminah..
Natrah telah ditempatkan di Girls Homecraft Centre, York Hill pada 24 April, perbicaraan kes ini telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa kerana disensasikan oleh media Barat yang mengakibatkan akhbar berjiwa Melayu telah bertindak balas .
Dalam perbicaraan kes ini yang pertama, peguam Che Aminah ialah almarhum Ahmad Ibrahim. Mahkamah meletakkan keputusan supaya Natrah diserahkan kepada ibu bapanya. Che Aminah telah merayu dan mencabar keputusan mahkmahitu dan pada 28 Julai mahkamah Rayuan telah mendapati adanya kesalahan teknikal pada pihak penyaman,Natrah diserahkan kembali hak penjagaannya kepada ibu angkatnya. Keputusan itu amat mengembirakan Che Aminah dan umat Islam , Natrah telah dikahwinkan dengan seorang guru dari Kelantan iaitu Mansor Adabi . Natrah ketika itu baru berusia 13 tahun manakala Mansor pula berusia 21 tahun.

Teringat penulis pada suatu masa di Surau Bakariah Kampung Chubadak, seusai kuliah maghrib seorang tua yang sempat menjadi saksimata peristiwa Natrah yang berdarah itu. Beliau bercerita Katanya , waktu itu beliau lagi bocah kecil yang membesar di Singapura.Saat berlaku peristiwa itu, orang Melayu dan India Muslim bersatu melawan polis British, beliau menceritakan kaum ibu juga bersemangat tinggi. Mereka memasak air panas mendidih, mencurahkan air panas diatas kepala polis British dari atas tingkat dua surau, menggelupur kesakitan polis British diterjah air panas mendidih. Orang Melayu bertakbir membesarkan Allah sehingga kerajaan British telah mengistiharkan darurat di Singapura.

Tragedi Natrah menjadi besar kerana ianya melibatkan sentiment anti penjajahan atas nama agama, sentiment anti British sangatlah menebal dijiwa orang Melayu terutama aliran kiri, juga pengaruh gerakan revolusioner Indonesia yang masih mempengaruhi aktivis politik Melayu. Orang Melayu merasa jengkel dengan sikap biadap penjajah British, keluarga kandung Natrah, juga pihak gereja yang menempatkan Natrah (transit), akhirnya tersebar gambar Natrah melutut dihadapam patung Marry yang menyimbah minyak pada api kemarahan umat Islam. Kemarahan ini juga akibat peranan akhbar Melayu Raya yang sentiasa melaporkan berita Natrah dalam pandang sisi orang Melayu yang tertindas:
“As far as we known Che Aminah had accorded Mrs hertogh every hospitality when the letter met Nadrah at her home, but the return complitment with Che Aminah got from Mrs. Hertogh and Dutch Consul was in the form of rejection of Che Aminah’s request to meet Nadrah in the Convent”.
“Women journalist from English newspapers were allowed to meet Nadrah and take photo of here and take our reports.When Malays women journalists went there and seek permission to see Nadrah, they were turned down.What will happen in the Convent?There are a group or women and mother superiors are daily busily enganged in persuading Nadrah to pertake taboo goods and to observe Christians teachings..in short to make nadrah a renegade from Islam, where as the decision to hand over Nadrah to the care of her mother is still under an appeal.what now Muslims?This is a challenge from a Christian ink towards Islam.What action will Maulana Abdul Aleem take in this matter?What has Chief Khadi done? The council of theologians which met last Tuesday night had appointed a committee and requested the public to be patient.A day has passed..what has the committee done?”
Pihak berkuasa agama juga dilihat lembab dan lemah dalam menanggani isu natrah ini, kelembapan mereka dalam kebiadapan penjajah maka orang Melayu mencari ‘wira’ mereka dalam isu ini maka tertonjollah peranan Dr Burhanuddin al Helmi dan juga tokoh tokoh kiri yang lain . Dr Burhanuddin dengan pengalaman politik dan pengaruhntya dengan pantas berjaya menyatukan elemen Melayu dan Islam, termasuk menyatukan Melayu dan kelompok India Muslim yang agak ramai di kota Singapura. Beliau seorang ikon besar dalam politik juga sangat kental dengan nuansa politik ‘Melayu Raya’ , bersama-sama dengan Inspektor Taha Kalu telah membakar semnagta orang Melayu termasuk polis yang berbangsa Melayu yang turut menyokong gerakan Natrah ini.


“The fact remains , however ,that they (Dr. Burhanus=ddin and Taha Kalu) seized upon Karim Ghani’s leadership and were counstantly in his presence throughout the vital period.There is no firm evidence yet that they in any way organized Indonesian support.but the old M.N.P pan Indonesians sympathies are that naturally arise..It is not unreasonable to suggest that experience as a minister in the revolutionary Indian Independence Government of the occupation period whwn they decided to hitch their wagon to his star”
HARI-HARI YANG RUSUH
Rusuhan dalam isu Natrah telah berlaku pada 11 September 1950 iaitu hari perbicaraan rayuan Che Aminah untuk meminta Mahkamah menangguhkan keputusan supaya dikembalikan Natrah kepada ibubapanya. Orang Islam berhimpun di Singapura , mereka juga dating dari semenanjung untuk berkongsi keprihatinan kes ini. Pasukan polis telah menghalang orang ramai untuk menghampiri mahkamah, sehagiannya adalah askar Gurkha. Apabila ayah angkat mansor Adabi keluar dari mahkamah, orang ramai yang berjumlah ribuan orang telah menyerbu kearahnya dan cba dihalang oleh polis maka meledaklah api kemarahan yang memang sudah menyala akibat perana tokoh agama dan akhbar Melayu Raya. Menurut sumber laporan British:
“The anger of the crowd was aroused and they became more hostile to the police.There was more stone throwing and many seized large sticks from a fence an the Padang which they used to beat passing vehicles;Mr.Linsell and Mr. Johnson were hit by stone .Mr. Calderwood , was also hit and to be admitted to hospital as a result.Five Gurkhas were injured by stones as they stood in formations.The order clearly regarded the with drawl of the Gurkha as avictory and many turned their attention to European spectators standing on the roof of the cricket club, at whom they threw sticks , stones and bottles”.
Kemarahan penunjuk perasaan dengan pantas diredakan apabila pemimpin-pemimpin Melayu mengarahkan mereka kea rah Masjid. Tetapi di Masjid pula pada hari oitu menyaksikan berlakunya rusuhan yang agak besar termasuk kejadian membakar trak-trak polis dan membelasah warga Eropah. Singapura terus menjadi kecoh dan disebaliknya , pihak British turut menyalahkan polis berbangsa Melayu yang tidak mengikut arahan dengan membiarkan perusuh berbuat apa sahaja:

“In describing the rioting outsite the Supreme Court and the Sultan Mosque area we have referred to instances of deliberate inaction on the part of the rank and file of Malay Police and of disobedience to orders…A Malay riot squard equipped with stell helmets and shields were within ten yards of R.V Morris, but they did nothing to help him…when the crowd advanced to attack a motor vehicle the Malay members of this squard deliberately disobeyed their sergeant’s order to defend it and bolted , although they were armed with revolvers..the only reasonable conclutions to be drawn from their refusual is that they were not prepared to take action against their co-reli-gionistists in the mob- the crew of certains radio cars did take actions agains the others , but they were not Malays”

Penulis sempat menemuramah seorang bekas polis yang pernah terlibat dalam peristiwa Natrah yang masih hidup, beliau menceritakan bagaimana semangat anti British pada saat itu sangat memuncak, mereka tidak mahu menjadi alat kepada arahan British yang terang-terang menghina Islam iaitu membubarkan perkahwinan yang sah diantara Natrah dan Mansor Adabi. Akhirnya menurut Bekas polis (jamaah masjid Ar Rahman UM), mereka telah tidak dibenarkan keluar dari berek polis dan sebahagian tugasan mereka telah iambil oleh askar Gurkha.

Menurut risikan British, isu Natrah ini juga telah berjaya dimanipulasi oleh Jawatankuasa Bertindak Natrah yang dipimpin oleh tokoh-tokoh Melayu, juga dengan cekap memanfaatkan media yang mereka ada seperti akhbar.Tidak sedikit orang Islam termasuk pasukankeselamatan yang bersimpati dengan Natrah kesan daripada kempen Jawatankuasa Bertindak ini.
“The Malay police failed because the activities of the Nadrah Action Committee and the press treatment of the Hertogh case and given them the erranous idea that the court proceedings constituted an attack on their religions and that Maria was being forcibly converted to Christiannity .In view of the splendid behaviour of the Malay troops, it is fair to assume that the Malay police would not have succumbed to subversive influence had their morale been higher”

Isu Natrah bukan sahaja telah meledakkan kebangkitan rakyat di Singapura dan Tanah Melayu tetapi juga telah meraih simpati uamat Islam di seluruh dunia terutama Negara-negara yanbg dijajah oleh British. Tokoh besar seperti Soekarno telah memberikan komentar berkaitan isu ini:
“Muslems all over the world, the President insisted , thought otherwise .They regarded the marriage as a valid Moslem marriage which civil law could not in their conviction invalidate.The courts riding roughshod over deep religious convictions invalidate.The courts riding roughshod over deep religious convictions has spread resentment through out the Moslem World.This could not be dispelled by purely legaslistic explanation and he feared that there might be unfortunate and far-reaching political consequences for Britains in Mosleem areas af the world…the Hertogh case was another serious political blunder of the west”.
Menurut Ramlah Adam (2004:364) Walaupun British berhati-hati dengan kesan kes Nadrah kepada dunia Islam, namun bukan setakat Indonesia sahaja yang terasa , tetapi penganut Islam di Arab Saudi , Pakistan ,India, Timur Tengah ,afrika Utara dan Thailand.Akhbar-akhbar di negara-negara itu telah menyiarkan berita dan cerita Nadrah.Masyarakat Melayu di Hijaz, Arab Saudi melalui All Malaya Students Association, telah menyatakan protes mereka secara terbuka kepada kerajaan British.Parti Masjumi Indonesia juga menyokong bantahan pelajar tersebut.

0 comments

0 Comments:

Post a Comment