Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia,Kelantan adalah antara negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu bagi negeri tersebut.Antara 2 hari tersebut,maka hari Jumaat adalah hari yang paling ditunggu oleh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana pada hari tersebut mereka akan berpeluang mengikuti kuliah mingguan yang disampaikan oleh Menteri Besar kelantan,YAB Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz di Medan Ilmu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bahru.


Semua khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan


Memang amat jauh bezanya negeri yang ditadbir oleh Ulama' yang mengambil berat tentang kehidupan ukhrawi dan duniawi serta memegang erat amanah yang diberikan dengan negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang hanya mementingkan keuntungan di dunia semata-mata dan menjadikan amalan rasuah sebagai satu cara untuk mengkayakan diri dan keluarga serta sahabat handai.


kelihatan sebahagian jemaah daripada ribuan yang mengikuti kuliah ini setiap minggu


Hati begitu tenang melihat lautan manusia di setiap penjuru kota yang sanggup duduk di atas aspal jalan raya yang panas dan hanya beralaskan selipar atau surat khabar hatta mereka sanggup duduk ditepi-tepi longkang sekalipun asalkan dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh tok guru tanpa mengira pangkat dan darjat,kaya atau miskin serta fahaman politik yang berbeza.Sama-sama khusyuk mendengar kerana mereka yakin bahawa ketika itu mereka sedang berada di taman-taman syurga..


golongan wanita adalah antara pengunjung yang paling ramai

Kesempatan berkunjung ke Kelantan baru-baru ini,tidak disia-siakan penulis untuk mengikuti kuliah tersebut secara langsung.Namun hati agak sedikit terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bersalaman dengan Tok Guru kerana ribuan lagi sedang menunggu untuk melakukan perkara yang sama.


masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan tok guru


Selain daripada mendapat keuntungan akhirat,keuntungan dunia juga tidak terlepas kerana ramai peniaga-peniaga kecil berpeluang meraih rezeki yang berlipat ganda apabila gerai-gerai jualan turut dibuka untuk kemudahan para pengunjung yang bertandang ke majlis ilmu tersebut saban minggu.


Para peniaga kecil tidak mensia-siakan peluang untuk menambah pendapatan mereka


Kepada yang belum berkesempatan menziarahi Kelantan ,rebutlah peluang sekiranya berkemampuan untuk melihat sendiri suasana kehidupan rakyat negeri tersebut. Sesungguhnya apa yang saudara/i, dengar dan lihat di kaca tv atau dicorong radio sangat jauh berbeza dengan fakta sebenar.Kelantan tidak mundur atau ketinggalan,cuma kesederhanaan hidup yang diamalkan oleh rakyatnya sering disalah tafsir oleh mereka-mereka yang bencikan kepimpinan ulama di negeri yang mendapat jolokan serambi Mekah ini tempat istirahat kepada mereka yang cintakan kehidupan di akhirat sana.

0 Comments:

Post a Comment